Selepas terbang 4 jam, kami selamat mendarat di Liangjiang International Airport Guilin pada jam 10:30 pagi. Kami bertiga dan cik Intan ponteng sekolah…issshhh…dendiam tau!
Sepanjang kami di Guilin, suhu antara 17° C hingga 20°C waktu siang. Waktu malam lagi sejuk. Waktu di Guilin sama dengan di Malaysia ( GMT +8 ) , tak perlu ubah jam.
Bulan April, Guilin musim bunga. Pemandangan gunung batu kapur yang sangat mempesonakan di bandar Guilin.
Masa memula sampai, nampak aje bukit bukit cantik macam tu, tak henti-henti mengambil gambar. Bila dah tengok sekeliling, bukit bukau keliling, dah tak larat…hahaha
Pusat bandar Guilin dikelilingi gunung batu kapur dan 2 sungai bersama 4 tasik. Tak puas tengok gambar sebab keadaan berkabus.
Guilin adalah bandar pelancongan di China. Bandarnya bersih dan jaringan jalan raya yang luas. Ada 2 lorong untuk kereta dan 1 lorong motosikal yang sama lebar seperti lorong kereta. Walaupun jumlah motosikal di sini sangat banyak, keadaanya tenang dan tidak bising kerana majoritinya menggunakan kuasa elektrik.
Salah satu spesis bunga sakura berkembangan di pesisir jalan. Maaf gambar tak berapa jelas sebab dari kenderaan yang bergerak.
Untuk entri ini, saya akan fokuskan kepada bab makanan halal di Guilin. Semua orang yang akan ke China mesti memikirkan bab makanan halal.
Makanan pertama di bumi China. Kami makan tenghari di The Islam Restaurant, Xicheng Road di Guilin dimiliki oleh Persatuan Islam Guilin dan lima buah masjid yang lain. Pemandu pelancong yang dah biasa bawa pelancong dari Malaysia dah siap-siap mintakan cili.
Makan malam hari pertama di restoran ke dua di Endian Restaurant,Chongshan Road, Guilin berdekatan dengan Masjid Chongshan . Menurut pemiliknya, Endian bermaksud Barakah.
Menunya nasi bersama ayam goreng, sup rumpai laut dan telur goreng kucai. Seperti biasa, setiap hidangan dimulai dengan teh hijau cina.
Hari kedua, kami ke Yangshuo. Makan tengahari yang sangat special. Mee tarik atau LaMien ( 拉面 )
Mee tarik paling sedap pernah saya makan….Ya Allah, bersyukur sangat sebab masih diberi deria rasa dan deria selera dan berpeluang makan makanan sesedap ni.
Bukan tujuan nak bagi korang telan air liur tapi nak tunjukkan sedap itu datang dari mana…hihihi….Ini mee tarik cendawan menu yang dipilih suami.
Intan tak makan daging lembu, jadi dia order telur. Harga makanan di sini antara 10 – 25 Yuan ( 5.80 – 14.50 RM )
Macam satey tapi berlada. Kagum sungguh dia cucuk seketul seketul.
Hari ke -4, kami tapau aje makan malam. Semua sedap….nasi yang sedap, ayam, daging lembu dan kentang . Dari pemeerhatian, makanan di Guilin dibungkus menggunakan mangkuk kertas seperti ini.
Inilah kedai makanan halal mee tarik di Yangshou. di Pantao road. Dia uli tepung depan kita, masak dan terus hidangkan panas-panas. Tak tau apa nama kedai ni tapi lokasi restoran halal di Yangshou ni berhadapan West Street yang popular, beberapa langkah daripada jejantas.
Di hadapan pintu kedai, sebelah kanan adalah jejantas ke West Street dan sebelah kirinya adalah stesen bas. This place is definitely recommended. Kedai ini ada badge tripadvisor, maksudnya ada review yang baik daripada pelancong.
Hari ke 4 kami makan di MZD The brand og beef noocles di Guilin selepas turun daripada Gunung Yao. Konsep sama seperti kedai makan mee tarik di Yangshou. Kat sini air tak disediakan.
Beberapa nota panduam penting bila mencari menu , nasib baik Cik Intan tahu Mandarin, bolehlah dia faham sikit bila baca tulisan cina di sana.
- 清真 – halal
- 清真 – Islam
- 羊肉 – daging kambing
- 牛肉 – daging lembu
- 鸡 – ayam
- 鸡蛋 – telur ayam
Kalau tak reti nak cakap, tunjuk saja mana satu yang berkenan kerana menunya ditampal besar gedabak di dinding restoran.
kalau siput sedut pom mereka sembelih tu lg kompem halal haha
rupanya senang juga nak cari makanan halal kat sana ye.
Jadi ngiler nih saat puasa seperti ini.
Untung ya masih ada saja yang halal.
Andai saja bisa kesana …
Nampaknya sudah tidak menjadi masalah untuk menjamu selera di China. Patutlah ramai yang suka melancung ke sana..
ini lah salah satu negara yg akan ku jejaki suatu hari nanti..
mcm sedap jek makanan tu kak..
Wah, subhanallah cantik sgt bunga tu. Nampak mcm ala-ala bunga sakura pun ada. Alahai, sedapnya nampak. Terutama mee tarik tu. Memang tertarik betul tengok. 😀
gambar banyak dan sangat menarik…
Info yang sangat berguna. Setahu saya China ni memang susah nak cari restoran makanan halal.
Bestnye dapat bercuti , sedap2 pulak tu makanan dia.
untung bawa si intan nih.
ada tukang alih bahasa.
masa pergi china dulu, bab makan susah sikit.tak byk tempat ada restoran muslim. hari2 mkn ubi bakar ngan telur rebus
makanan tapau day 4 tu nampak macam menyelerakan sangat.selalu tengok dalam movie diorang makan chinese food dalam paper container..teringin nak cuba..
Rupanya bulan April di Guilin ada musim bunga. Sejuk juga tu dengan suhu 17 hingga 20 darjah C. Penggunaan motosikal elektrik juga dapat membantu kestabilan suhu dan kebersihan alam. Tentu banyak pengalaman berharga yang diperolehi di rantauan ini.
cantiknya bukit bukit kat belakang tu! memang best kalau pergi musim bunga. cantik dan sejuk
dah ada tempat ni tak perlu risau pasal makanan halal lagi di china.
Nampak kawasan sekitarnya juga bersih dan gambar-gambar masakan oreintal memang menyelerakan. 🙂
info yang sangat menarik.
Info yg berguna nih kalau bila2 masa travel ker China.
bukan keseluruhan China…Guilin saja
belum kesempatan nak jelajah seluruh China:)
Wah..syoknya jalan-jalan. lagi syok bila makanan halal senang nak dapat. Nanti kalau boleh, upload lah lagi gambar bukit comel-comel di sana.
gambar banyak..malas nak pilih sebenarnya…hihihi
nak siapkan entri ni pun berzaman…punyalah malas