Kuala Lumpur Dari Balai Cerap Planetarium Negara
Percutian

Kuala Lumpur Dari Balai Cerap Planetarium Negara

Selepas ke Pameran Raja Kita di Muzium Diraja Istana Negara, kami singgah ke Planetarium Negara. Dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 7hb Februari 1994 , tempat ini adalah tempat pendidikan dengan memberi kesedaran  orang awam tentang bidang sains angkasa.

Planetarium Negara  biasanya menjadi lokasi untuk melihat gerhana matahari atau bulan, melihat bujur bintang atau melihat anak bulan ketika menentukan awal Ramadan atau Syawal.

Balai Cerap Planetarium Negara

Antara kemudahan yang paling menarik minat di sini adalah Balai Cerap Planetarium Negara.  Dari kedudukan ketinggian 112 meter dari aras laut, kita berpeluang melihat keindahan Bandaraya Kuala Lumpur dari udara.

Terdapat juga beberapa permainan interaktif dan galeri pameran yang juga mempamerkan pelbagai bahan teknologi  angkasa termasuk replika kapal angkasa Soyuz.

angkasa malaysia

Ruang letak kereta  di sini luas dan percuma. Disekitar bangunan dikelilingi dengan kawasan rekreasi bertemakan angkasa.

Waktu Lawatan Planetarium Negara

  •  9.30 pagi hingga 4.30 petang
  • Selasa hingga Ahad termasuk pada cuti umum
  • Ditutup setiap hari Isnin ,Hari Raya Puasa and Hari Raya Haji

Bayaran Masuk Planetarium Negara

  • Percuma

Bayaran Masuk Pertunjukan di Teater Angkasa 

  • Dewasa (13 tahun dan ke atas) : RM 6.00
  • Kanak-kanak (bawah 12 tahun) : RM4.00

Setiap hari  ada  4 pertunjukan atau tayangan iaitu Earth, Moon & Sun, Solar Storm, Journey To The Stars dan Across the Universe: The Voyager Show di Teater Angkasa yang berbentuk kubah.

Nota : Tiada tayangan pada hari Jumaat

Cuti sekolah minggu depan, bolehlah merancang membawa anak-anak ke tempat menarik dan berfaedah di sekitar Kuala Lumpur  atau lokasi yang sesuai .  Semak lokasi tempat menarik untuk bercuti di sini –  Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Malaysia.

 

 

Lokasi Planetarium NegaraLokasi ke Planetarium Negara  ( GPS Coordinate – 3.139434,101.689442 )

 

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Kuala Lumpur Dari Balai Cerap Planetarium Negara

    1. asik dok tanda je…bila nk jengoknya
      ni sehari lawatan je ni…jimat sbb free
      hahaha…boleh bawa bekal sbb sekitar kawasan ni ada taman boleh berkelah

    1. ada anak2 umur 9 tahun keatas sesuai sgt..dia mula faham ttg persekitaran
      dan kita boleh kaitkan dgn kehidupan

Comments are closed.