Tren 20 Senandung Langkawi tiba mengikut jadual di platform 3, Rawang. Saya dah biasa naik keretapi, tidak sukar mencari kedudukan Koc Kelas Superior Malam dengan katil.
Kami buat tempahan di saat akhir, hanya katil tingkat atas yang masih ada. Penghuni katil bawah kebanyakkan dah masuk ‘dalam kelambu’ bertutup rapat, tidur atau membaca ( tiap katil ada lampu peribadi di dalamnya ).
Ada bantal dan juga selimut.
Katil saya dan Intan bertentangan. Boleh hulur² barang tak perlu turun.
Perkhidmatan Keretapi Antarabandar KTM
Ekspress Rakyat Butterworth – Singapura
Ekpress Sinaran Utara KL Sentral – Butterworth
Ekpress Sinaran Selatan KL Sentral – Singapura
Ekpress Timur Singapura – Tumpat
Senandung Langkawi KL Sentral – Hatyai
Senandung Mutiara KL Sentral – Butterworth
Senandung Sutera Kl Sentral – Singapura
Senandung Timuran Singapura – Tumpat
Senandung Wau KL Sentral – Tumpat
* Ekpress untuk perjalanan siang, Senandung untuk perjalanan malam
* Sekarang boleh beli tiket online KTMB
Hampir 6 pagi selepas perjalanan 8 jam kami tiba di Sungai Petani. Tepat jam 6 pagi, menara jam di tengah bandar Sungai Petani berdenting 6 kali. Klasiknya bunyi di kala bandar yang sunyi sepi masih tidur.
Menara Jam Sungai Petani yang didirikan pada tahun 1934 di Jalan Ibrahim adalah hadiah daripada taukeh Lim Lean Teng kepada penduduk Sungai Petani sempena meraikan Jubli Perak King George V dan Queen Mary . ( sumber : www.memori-kedah.com )
Jemput Angah di asrama dan selebihnya kisah anak beranak.
Jadual tak dirancang – memandu balik ke Baling dan berkesempatan berjumpa adik² lain yang kebetulan pulang ke rumah mak tanpa dirancang juga.
Masih ingat Shinchan? Kisahnya dalam Alahai…. Gebu Macam Mak Long. Kalau panggil dia Shinchan baru nak sengeh²
masih pening pening lalat
2 malam berturut² tidur dlm keretapi
balik dengan Tren 21 Senandung Langkawi dari utara
dulu time study kat perlis,saya selalu ambik train arau-ipoh senandung langkawi.train lepas maghrib,sampai ipoh dah awal pagi,memang kena la time saya tidoq.kalau nak katil bawah,memang kena book awal.setakat ni tak pernah merasa naik first class,masih dok simpan angan2.best nya teringat memori macamni..lagi best bila beli tiket dapat diskaun pelajar.hehe
la ni tiket travel diskaun staf lah pulak ye..hehe
Jom terjah post menarik dari saLoma ..saloma jatuh basikal dalam seragam jururawat COMEL!
nampak selesa keadaan dalam keretapi tu..
Jom terjah post menarik dari Mus ..Gambar Makan Sedap – Nasi Goreng Udang
saya dah agak lama tak naik train.. dulu transport faveret! 😛
Jom terjah post menarik dari Na’imah Zuki ..Sebab-sebab & Gejala Cysts
cam best je naik keretapi ni. bila la nak dapat rasa suasana camni. dalam keretapi ada katil berdua ke kak jie? 🙂
Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Kebaikan CoQ10 untuk kesihatan jantung dan darah tinggi
Lama dah x naik ketapi.. Dulu kecik2 pernah naik.. Tapi ketapi dulu x macam sekarang, nyaman je bila nak tido.. Dulu time nak tido ssh, bunyi ketapi macam bunyi kilang..hu3
Jom terjah post menarik dari decrewz ..Kenapa Mesti Entry SEO Search Engine Optimization
wahhh….rajin kujie nek ketaapi yerr….
Last taun 1998 kot nek ketaapi nih…
Jom terjah post menarik dari yas ..Satu hari nantiGambaran hidup manusia dimasa hadapan
Masa zaman sekolah dulu selalu naik keretapi. Memang asyik kena tidur kat ataslah, tapi masa tu, suka sangat sebab masih cute dan kalau panjat-memanjat tu okay je.
Sekarang ni, kalau naik keretapi pun setakat pergi KL aje.
Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Sekitar Seminar Keusahawanan
Bestnya..
Lama dah tak naik keretapi..
dulu dulu punya dulu
best gak naik ngan famili
kakjie.. saya tak pernah naik keretapi.. huhuhu.. 🙁
dah lama saya teringin nak tidor dalam train macam ni.
one fine day, mesti kena try gak nih 😛
Jom terjah post menarik dari cek chun ..cek chuns book club cuma tak se gah oprah punya jer
Sudah jauh berubah ketika saya dahulu menaiki keretapi ketika bapa saya belajar di USM. Selain bas yang membuatkan saya muntah, keretapi adalah kenderaan kami dari KL ke Butterworth sebelum naik feri ke Pulau Pinang. Saya masih ingat ketika itu koc mana ada keretapi hanya ada kipas bumbung sahaja
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Transformasi seekor rama-rama
tak pernah lagi naik keretapi kt malaysia seumur hidup. huhu
Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Ubahsuai Kilang Simen Menjadi Rumah Kediaman!
Tak pernah ada pengalaman naik kereta api. 😆
* Alahai senyuman Shinchan mengoda
Jom terjah post menarik dari Mrs.Ayie ..5 lontaran suara lelaki
dah lama tak naik ketapi..
dulu masa belajar selalu naik sebab ada diskaun utk student
Jom terjah post menarik dari acu sayang ..Tahniah Boss
Wah, bestnya Kak Jie..saya pun nak cuba la nak train macam ni..yang paling best boleh membaca tu..
Jom terjah post menarik dari Lina Rahim ..Caca Marba
Seronok naik ketapi esp time malam…dulu duduk asrama penah dpt konsesi tiket..murah je
Jom terjah post menarik dari Pereman ..Sudah Buat e-Filling Ingat ya! Sebelum 31 April 2011 Tips
Lama sungguh tak naik ketapi dah. Dulu2 masa anak tak berapa ramai, rajin jugak la.
tak sangka Kak KUJIE orang utara ghupanya. Seronoknya balik kampung. Tak lama lagi cuti sekolah, lagi meriah!
Jom terjah post menarik dari azieazah ..Pesta Buku 2011- Nyanyian Tanjung Sepi- bolehkah sejarah berulang
pnh gi tanah merah kelantan naik ketapi. balik pun. suka 😀
senandung mandung tak penah lagik
Jom terjah post menarik dari jemarioren ..Yang selalu kita tak perasan
macam best je.. nak try la skali nanti.. hehe.. lame dh tak jenjalan jauh2
💡 Maka terjawablah tanda tanya saya selama ini…
Kena pi try jugak sekali, naik yg Deluxe tu.
Terima Kasih, atas info berguna ni, Kujie.
tengok keretapi ni buat gua teringat pulak kisah gua balik raya tahun lepas hahaha..satu malam tido gemas sebab tade tiket nak balik kelate hahahaha..
malang itu tidak berbau sebab mereka xpakai perfume
Jom terjah post menarik dari mijae ..Number One Was Killed in Malaysia but Im Number Four
saya pernah naik keretapi ekpress dari perak ke kl sentral di waktu 3 pagi…tak tahu keretapi apa…temankan mak saudara yang in time kerja pagi di batu tiga…mungkin 10 tahun lepas…sejuk betul…lepas tu just sekali sekala naik ktm, lrt, monorail jela untuk jalan2…
Jom terjah post menarik dari azura ..Utamakan keluarga- semakin hari semakin sayang
Mcam best je naik train…teringat je naik train dolu2 haha
Jom terjah post menarik dari Beli Tungku Moden ..Most expensive watches-A 201-carat Chopard
kena try nih. mcm sedap je
Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Tidak Ku Sangka
*melahirkan…
Jom terjah post menarik dari liyana ..Pipit Wonderful Market 6
langsir koc melahitkan suasana army.. 😉
Jom terjah post menarik dari liyana ..Pipit Wonderful Market 6
comelnya sinchan..
Jom terjah post menarik dari naimulfirdaus ..penulis blog ini akan meninggal dunia
ada 1st class Cabin – katil 2 tingkat
ada juga 1st Class Deluxe – ada tv, tandas sendiri
💡 Tambah sikit lagi…
Jambatan dalam background gambar Angah & Intan tu, laluan saya berulang alik heret kontena berat berisi chipboard dari kilang Dongwha (dulunya MERBOK) ke Pelabuhan Pulau Pinang.
Salah satu kenangan perbadi saya, dari sudut yang berbeza.
Terima kasih, Kujie. Untuk gambar itu.
Hehehe… sebijik macama upper deck kat dalam kabin Scania 124L yg saya pandu.
Kebiasaannya upper deck tu tempat saya, sebab partner saya gayat tidur di tingkat atas.
Saya dah terbiasa, pasal pernah duk asrama dan tidur kat tingkat atas katil 2 tingkat.
p/s: Nak tanya,Kujie. Ada ke koc KTM yang mempunyai bilik persendirian?
Jom terjah post menarik dari Abang Zul (9W2FLY) ..SCANIA RULES
Kebetulan baru minggu lepas pun naik tren yang ada katil macam ni..selesa sikit perjalanan ke penang sebab ada masalah tulang belakang..dapat katil selesa sikit..bayar pun tak banyak lebih..huhu
Jom terjah post menarik dari faiz ..Husin- Mon Dan Jin Pakai Toncit Sambungan Hantu Kak Limah
tak pernah lagi saya balik kg, kelantan naik keretapi
camne la ek rasa naik keretapi ni