Ke Genting lagi. Saya sebut LAGI sebab pada 2/12/2012 saya dah ke Genting. Ke Genting untuk kali ke berapa puluh dah, tak ingat. Bawa anak saudara yang datang bercuti sekolah. Masa tu kami memandu sampai ke atas. Jarak dari rumah lebih kurang 40 kilometer. Jalan-jalan sambil menghidup udara segar dan balik. Satu sen pun tak dikeluarkan di Genting.
Kali ini adik no 6 dari Sungai Petani pula yang datang bercuti bersama 2 anak lelaki mereka.
Dari rumah saya memandu hampir 20 minit untuk sampai ke Stesen Kereta Kabel, Gohtong Jaya. Kami naik kereta kabel. Tiket kereta kabel ke Genting berharga RM 6 sehala untuk dewasa. Gondola kereta kabel ini boleh mengisi maksimum 8 orang.
Berbanding awal Disember lalu, cuaca kali ini sangat berbeza. Berkabus dan berangin.
Adik saya dan keluarga.
Ini adik bongsu yang tinggal di Jalan Klang Lama. Hujung minggu dia balik ke rumah saya.
Harga tiket Genting Theme Park
- Dewasa RM 66
- Kanak-kanak – RM 45
- Warga Tua – RM 45
- Pakej Keluarga – RM 200 ( 2 dewasa + 2 kanak-kanak)
Harga Tiket Outdoor Park
- Dewasa Rm 50
- Kanak-kanak – RM 35
- Warga Tua – RM 35
- Pakej Keluarga – RM 153 ( 2 dewasa + 2 kanak-kanak)
Harga Tiket First World Indoor Theme Park
- Dewasa RM 30
- Kanak-kanak – RM 28
- Warga Tua – RM 28
- Pakej Keluarga – RM 102 ( 2 dewasa + 2 kanak-kanak)
* Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan mesti ketinggian 90sm ke atas. Kalau tak cukup tinggi, tak boleh main.
Kami tak main apa pun. Memandangkan cuaca yang berkabus, sejuk dan berangin, kami lebih banyak luangkan masa di luar bangunan.
Layan dua budak yang super aktif – Ku Faiz dan Ku Irfan
Menikmati cuaca dan persekitaran tanah tinggi
Pukul 4 petang, kami dah selamat sampai ke rumah semula.
Ini adalah cubaan menggunakan Gallery WordPress 3.5. Bukan senang nak snap gambar Ku Irfan ni, tak duduk diam
©kujie – 16hb Disember belum hujung tapi rasa best pula letak tajuk macam tu. biar je lah… hiks!
NOTA : Harga park kereta di Genting dan Stesen Kereta Kabel – PERCUMA
Senang sekali ya dipenghujung tahun bisa libur bersama keluarga.. syukurlah kemarin sayapun juga sempat untuk berliburan bersama keluarga
sejuk jugak bermalam kat genting bersama keluarga… tapi tak pernah naik kereta kabel.. sedihnye…
ohh.. dekat saja rumah kakjie dgn genting ya…
kalau sy, boleh kira dgn jari berapa kali je pegi genting… naik kereta kabel sekali je tu pun masa ank sulung masih kecik 😉
masa tu pula belum bukak blog, so tengok gambar dlm album je laa… 😉
bagus ye ada pakej keluarga tu
p/s: kakjie ank sulung ye.. ramai adik beradik. mmg sibuk la melayan adik2 dan keluarga ye 😉 bestnya ada kakak dekat mcm ni. kakak sy jauh2
kak jie anak sulung dari 8 beradik
adik bongsu di KL, adik no 6 di Tanjong Malim dan dia orang selang seminggu datang ke rumah
adik lain kat Kedah
kak jie memang rapat dgn adik² ipar ( ada 4 adik ipar perempuan )
Kalau naik Genting teringin hendak bermain outdoor game tetapi anak-anak kecil. Tunggu besar sikit baru dapat merasa. 🙂
haaa… samelah dgn saya. kalau teringin sgt boleh je Akubiomed, gilir2 dgn isteri. kami buat mcm tu le 😉
bila dah gilir tak rasa seronok
seronok sama2 tu yg best
awal tahun ni ada ke genting. ingat nak tgk bunga api. tapi kerana hujan bunga api tiada. pegi seharian kurang seronok melainkan kita cuma sekadar ingin lepak2
oooo dah selalu pergi, mmg sekadar lepak²
pergi KL lagi besar belanjanya…
pergi sini jimat…
Bestnya pergi genting, dah lama saya nak pergi genting ni tapi tak kesampaian.
bagi yg dah kerap, dah tak ada yg best
selalu cuma bawa sedara mara jejalan je….
teringin nak gi ke genting…ramai tak orang kat sana sekarang? tengah cuti sekolah lagi…huhu
kalau nak main game kat taman tema dia, kena pergi bukan pada waktu cuti sekolah… itu je nasihat kak jie
kalau sekadar nak jalan²… tak apa
last saya pergi genting bulan lepas..pergi dengan family..seronok. hehe
aktiviti dgn family mmg best
belum ada rezeki lagi nak ke sana..
kak jie dok hulu selangor, ni tempat dekat nak bawa tetamu berjalan
nak pergi KL mmg sesak lah…
Genting? Lamanya tak ke genting. Padahal, masa muda remaja, parents selalu bawa. Asal ada cuti berganti, ke sinilah tempat dituju.
Sejak kawin, x pernah sampai lagi….. Wahhhh… Tetiba rasa kesian pulak kt anak tunggal ku ini. Hihih
kalau boleh biar dia dah cukup ketinggian….bolehlah main game
dah lama tak naik kereta kabel untuk ke puncak…biasa naik kereta sampai ke atas…
last pegi tahun 2003 masa outing. lama daaahh…ish..
haha..comel betul ku irfan ekk..
Ehhh dekat jer rumah ngan genting yer..wahh seronoknya naik kereta kebal…mesti gayat kan..jantung pun dup dap-dup dap jer..haha
mmmm.. tak hujan ker skrg kat GH tu.. skrg musim hujan, cam tak berbaloi jer nak pergi kalau hujan
kami tak bercadang untuk main ourdoor game…dulu² dah pergi.
cuma nak tengok, kata adik…. yang baru kali pertama pergi
p/s – registerlah gravatar.com utk dptkan avatar bila komen
saya takde la nak pergi genting dah. baca kisah orang ke sana je lah. irfan tuh comel.
Memang ada perancangan nak pegi Genting dalam masa terdekat ni tapi nampak gaya macam nak kena tangguh ke awal tahun depan je..banyak urusan lain yang perlu diselesaikan..
Tak pernah jumpa lagi Ku Faiz dan Ku Irfan ni..anak-anak Ku Jamil ke?
Sbb berdasarkan gambar tu dah tak berapa kenal..dulu jumpa masa kecik2 je..
kalau dekat memang pergi melepak sana je la … nanti pg rumah kakjie , kakjie bawak bee g sana ek . ek ..
saya pun gi genting 2 minggu lepas
jalan2 main kat indoor je’bawak anak kecik mmg dok dalam je lah
genting daht ak sesejuk dulu, tapi alhamdullilah, masih boleh rasa dingin dia