Kenali Kemboja Secara Ringkas
Percutian

Kenali Kemboja Secara Ringkas

Ada banyak gambar dan cerita yang ingin saya berkongsi setelah balik dari program Kembara Kemboja Jejak Rehlah Dakwah Dan Mujahadah bersama eQurban yang membawa tema Blogger Mengemban Tanggungjawap Sosial. ( sebelum ditanya , mengemban ertinya mendokong/menggalas/melaksana)

Ada pelbagai program yang menarik sepanjang lawatan itu yang saya sifatkan bukanlah lawatan perlancongan yang biasa tetapi pendedahan akar umbi mengenai masyarakat Islam di Kemboja. Kami melawat sekolah yang diuruskan Cambodia Muslim Cooperative ( CMC ) dan menyalurkan sumbangan yang diinfaqkan oleh rakan blogger melalui kutipan sebelum berlepas.

Pihak Cambodia Muslim Cooperative yang menyambut kami sewaktu ketibaan di lapangan terbang dan van merekalah kenderaan kami sepanjang berada di Kemboja.

kembojaCambodia Muslim Cooperative

Sebelum saya bercerita lanjut, entri ini adalah gambaran ringkas untuk membolehkan rakan-rakan melihat Kingdom of Cambodia dengan lebih jelas. Kemboja adalah sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan dengan Norodom Sihamoni sebagai raja dan Hun Sen adalah Perdana Menteri.

kembojamas ke phnom penh
Kami mendarat jam 10.15 pagi selepas penerbangan selama 1 jam 50 minit. Waktu tempatan di Kemboja lewat satu jam dari negara kita.  Pemandangan dari udara sebelum mendarat.

jalan-kemboja

Secara umumnya beginialah pemandangan di bandar Phnom Penh.  Sistem pemanduan di sebelah kiri.  Tak banyak bangunan tinggi, sesedap mata memandang dan lebih tenang walaupun kita melihat pergerakkan kenderaan kereta motor basikal dan tuk tuk yang bersimpang siur tetapi keadaannya menjadi teratur kerana penduduknya mempunyai sikap tolak ansur yang tinggi.

sekolah-kemboja
Kami tiba waktu tamat persekolahan. Mereka sekolah cuma 4 jam sahaja.

kenderaan-kemboja
Melawan arus di jalan raya adalah perkara biasa dan mereka menerima dengan tenang. Tak ada pemandu lain nak hon. Masing-masing bertolak ansur memberi ruang.

pemandangan-kemboja
Keadaan tiang elektrik dan telefon sama saja dengan di negara Thailand. Juruteknik di sini tentunya mempunyai skil yang tinggi untuk menguruskan setiap tiang yang terdapat di Phnom Penh

rumah-di-kemboja
Jika kita memasuki kawasan luar bandar, ini adalah pemandangan biasa yang boleh dilihat. Kebanyakkan rumah penduduk dibina tinggi bukan saja untuk mengelak dinaiki air banjir tetapi tujuan lain untuk memelihara ternakan seperti lembu, kambing dan babi di bahagian bawah rumah.

Kebanyakkan rumah mempunyai 2-10 tempayan besar untuk mengisi bekalan air.

kembojakereta kuda
Jalan raya dikongsi dengan bas, lori, motorsikal , kereta yang pelbagai guna membawa muatan melebihi muatan, ada kereta lembu malah juga kereta kuda.

kembojarumah penduduk kemboja
Uniknya Kemboja adalah rumah setiap penduduk di sepanjang jalan raya. Tak ada kampung yang jauh dari jalan raya. Sepanjang jalan kita akan melihat deretan rumah penduduk diselang seli dengan sawah.

kembojakemboja sawah

Jalan Phnom Penh ke Siem Reap lebih kurang 320 Kilometer melalui Kampung Thom sedang dalam  proses membina lebuhraya.  Kami mengambil masa 6 jam untuk bergerak dari Phnom Penh ke Siem Reap iaitu sebuah bandar perlancongan.

Sesuatu yang sangat ketara – talian internet sangatlah laju dan setiap ceruk ada capaian internet walaupun ditengah tasik dan jauh di pendalaman.

Nota : Esok saya akan tulis secara khusus mengenai setiap tempat persinggahan lawatan kami.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Kenali Kemboja Secara Ringkas

  1. selain dapat tengok Kemboja, dapat tau jugak maksud mengemban tu. ingatkan kak jie silap taip. wah nampak sangat bahasa malaysia ku perlukan booster -_-

  2. Betul lah pepatah mengatakan Jauh Berjalan Luas Pemandangan

    Baru kita dapat mengerti keperluan bersyukur kan..

    Terima kasih atas perkongsian ni..

    P/s: bestnya sekolah 4 jam je..hehe

Comments are closed.