Cuti sekolah, Intan ajak jalan-jalan ke Kuala Lumpur.. Kebetulan anak saudara yang sama usia dengan Intan ada bercuti bersama di rumah. Tapi, masalahnya nak pergi mana? Mana tempat sesuai nak bercuti di Kuala Lumpur? Saya bukan berminat nak ke KLCC atau tempat tumpuan ramai seperti megamall . Akhirnya tadi, kami ke Taman Orkid Kuala Lumpur.
Saya dah pernah pergi tempat-tempat menarik yang sesuai dengan jiwa di Kuala Lumpur, seperti
- Berlagak Macam Merak Di Taman Burung Kuala Lumpur,
- Rock Music Di Pusat Sains Negara,
- Menyingkap Istana Negara Disebalik Pameran Raja Kita ,
- Pameran Bola Sepak Suzuki AFF 2010 Di Muzium Negara ,
- Perpustakaan Negara
- dan beberapa tempat lain yang sesuai bawa anak-anak bercuti ( link ).
Taman Orkid Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada 15 April 1986 oleh Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali. Taman Orkid terletak di dalam kawasan Tasik Perdana, bersebelahan dengan Taman Burung. Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Masuk adalah percuma.
GPS Coordinate Taman Orkid Kuala Lumpur – 3.14403, 101.687717
Kami dua beranak yang menggebu riang ria dikelilingi bunga yang indah-indah.
Ada banyak jenis orkid dan pelbagai warna di taman dengan susunan lanskap yang kemas dan menarik. Saya hilang kata-kata untuk menulis capture gambar yang ada… layan sajalah.
Inilah dia jurugambar kami yang menghasilkan semua gambar tersebut. – cik intan anwar yang baru pegang DSLR tiga empat bulan.
Ini pula gambar dari telefon saya….
Kalaulah bunga-bunga ini di tepi halaman rumah sendiri… eeeee…geram…geram sangat!
Deru air yang mengalir menambah damai dan tenang persekitaran landskap di sini.
Kami saja pelancong tempatan yang ada, yang lain pelancong asing di Taman Orkid.
istri saya pecinta bunga anggrek, mungkin bila melihat taman ini dia akan suka. sayangnya di KL ya, jauh juga dari Jakarta…
fuh bokeh..lens apa kak jie?
cantiknya orkid-orkid tu… gerammmm
No bad hasil bidikan Intan. Ada bakat.
adoiiii .. baru hari ni saya tahu taman orkid ada kat sini. Selama ni hanya tahu ada taman burung je. Padahal dulu selalu ulang alik ke KL (lalu sebelah tasik Perdana).. Thanks untuk info ni.
Memang geram tgk gambar2 orkid ni. ..ggrrr =)
Oklah jugak kak jie ada tmpat nak tuju..KL ni semua tmpat nak masuk, kena bayar mahal2…zoo pun dah mahal…
ahhh..ni memang bagus. memang saya terfikir nak bawak anak2 ke Taman Orkid dan Taman Burung.
Zoo negara pun dalam pilihan.
maklumlah cuti sekolah
istana negera lama pun masih dibuka sampai hujung bulan 12
kalau ke Taman Burung, pergi awal pagi… dalam pukul 10 tu waktu burung di beri makan… agak jinak untuk ditunjukkan pada anak². Pukul 12 ada show kat zone 4
wadduuuuhh…cantik cantik oked nye….dah la ma nak singgah…tak tersinggah singgah… err..kak…taman oked ni cuma tunjuk oked je ek..ada jual tak bunganye..?
🙂
ada dayah… tu gambar no 3 dari bawah tu…pasu berderet tu..situ ada dua tiga lot kedai yang jual pokok, baja dan pelbagai lagi benda yang berkaitan dengan orkid.
oh…
hehe..ok..at least kalau sempat singgah satu hari nanti boleh beli satu buat kenangan..
🙂
berbagai macam bunga orkid tumbuh di sini, bagus untuk foto2 nih..
ini adalah taman yang memang dirancang landskapnya dengan pokok orkid
cantik-cantik gambar dalam entry nih…kalau bawak mak PM ke taman nih pasti dia pun suka sebab dia penggemar bunga orkid…
intan yang rajin … kak jie jalan kejap je
tak larat nak pusing satu taman. :p
oo ada taman orkid dekat tasik perdana ye.. hari tu tersesat sampai masuk tasik perdana..dah sampai sana tak tahu nak tuju ke mana..kalau tau teringin juga masuk kesana..kami ni kalau bab jalan2 kat kl memang feel..tak sah kalau tak sesat..
sesat kat kl tak pa… bukannya sesat je tiba2 muncul kat uganda ke, kat afrika ke.. yang tu parah dah..hehehehehe ( ni ayat sedapkan hati tiap kali sesat )
kalau pergi sini, masuk tepi bank rakyat lalu bikit aman, masuk kiri , dan terus…sampai taman burung, park kereta kat taman burung dan jalan kaki lintas jalan ke taman orkid. dia dok depan taman burung je
terima kasih..atas panduan tu..
betullah kalau sesat pun kat kl tu takdelah sampai uganda..hehee..tapi masa sesat tu cuak juga..abg pilot awal2 bg amaran jgn bercakap!..jgn membebel!..nanti lagi jauh kita jalan!…hahahaa..ada co-pilot kat sebelah pun tak boleh pakai..maklumlah hamba ni tak reti nak baca signboard ( selalu je keliru ) ngeee…
Cuti semester kali ni saya sempat ke legoland je… tu pun tak puas.. Nanti ada masa nak turun JB lagi… rugi dapat anual pass free kalau tak digunakan… huhu
wahhh … tu tempat mahal. kalau dah dapat pass percuma mesti pergi
kalau berbayar, kak jie fikir banyak kali kot baru nak masuk
keutaman kak jie benda lain….
mesti seronok dalam tu, kan
Syukur sebab ada saudara yang kerja dengan GLC, so boleh la dapat tiket free ke sana. Boleh lah nak kata best kat situ… Tapi satu hari je dah boleh cover semua adventure games kat sana… Sekarang belum dapat nak rasa puas kalau masuk Legoland sebab belum siap sepenuhnya. Tahun 2014 nanti baru Taman Tema Air dalam Legoland tu siap. Masa tu baru betul-betul boleh nak puaskan diri kat sana. 🙂
Putri saya senang sekali kalau diajak bermain di taman bunga.
betul, rasanya semua orang pun akan jadi tenang dan damai bile bersama dipersekitaran yang indah
wahh..memang rajin benar berjalan-jalan nih..
dekat saja dari rumah… 30 minit memandu dah sampai
tempat percuma, tak mahal
wah tamanannya indahnya, pengen pergi kesana. tapi terlalu jauh dari rumahku. trimakasih.
kalau ada peluang untuk datang, masukkan destinasi ini dalam list rujukan kamu ye… 🙂
lama juga tak berkunjung di sana huhu…mama saya selalu bawa saya gi taman tu masa kecik…
sekarang ni jarang sangat nampak family bawa anak2 ke situ
masing2 dah ke megamall… :p
Gambar terbaiklah.
anak kak jie yang snap… temankan dia saja. mak² ni mana larat nak bergerak jalan dalam taman tu… luas
Cantik foto-foto bunga tu. Rasanya dah lama tak berkunjung menikmati pemandangan disitu
lokasi dekat dgn rumah, murah dan tak sesak… itulah sebabnya
cantiknya pokok orkid tu, suke photography ke….???
tu anak saya yg berumur 13 tahun.. dia yang suka
sy pun suka tapi tak berapa cukup masa nak belajar
Tak sangka luas juga taman Orkid ini. Memang sesuai untuk membidik dengan kamera DSLR.
kawasan Tasik Perdana ni memang sesuai untuk bergambar, cantik dan tenang damai
teringat kat arwah mak..dulu memang kat rumah penuh dengan pokok orkid..tapi lepas mak meninggal, takde sape nak jaga pokok2 orkid tu, sedekah kat sedara mara je..
rasanya sesiapa yg tak minat tanam orkid ( mcm kak jie ni ) pun suka tengok bila dah warna warni cantik mcm tu
tak minat tanam sebab tak pandai nak jaga
betul tu kak..macam arwah mak dulu memang passion dia menjaga pokok2 bunga orkid dia yang bermacam2 tu..nampak macam senang je nak jaga tapi kalau terlebih terkurang sikit mau tak jadi gemuk subur pokoknya..
tak salah lagi… macam saya katakan… hasil tembakan Intan dah banyak improvement. nanti belajar plak ape itu “Rules of third” untuk memperbaiki kekemasan ye Intan.
ape pon.. saya suke gambar nombor-8 tu (kiraan dari gambar pertama). kalau dibetulkan sikit “Rules of third” dia.. gambar tu akan lebih impact ketika melihat… tuuuuddddiiiiaaaaa..
dia belum pandai cari sudur…. maksudnya, nampak objek terus snap… dia tak berapa pandai nak view frame dia lebih tepat.
tapi dia mmg suka ambil gambar…
tak pe… orang kata.. gile petik shutter.. sama la jugak dengan gile stereng.. lebih kurang gak istilah tu. nanti lame-kelamaan.. dia mencarik kelainan dalam setiap artwork dia. biar dia explore sudut dulu. but.. totally not bad la untuk yang kategori macam intan.. main petik pon… boleh la nampak ke-angle-an dia tu.. hehehe
*istilah kemain lagi.. *