Selepas habiskan masa hampir 2 jam di Cameron Highlands, kami teruskan perjalanan melalui Lojing ke Gua Musang.
Serendah – Simpang Pulai – Brinchang = 232KM ( kalau ikut Tapah lebih dekat )
Brinchang – Lojing – Gua Musang = 115KM
Gua Musang – Jalan Felda Aring – Tasik Kenyir = 121KM
Keadaan cuaca mendung mengiringi perjalanan pertama kali melalui jalan ini. Terpegun terkejut terkesima melihat seluas mata memandang segala bukit bukau diratakan untuk projek penanaman sayur. Kata Along macam nak supply sayur untuk seluruh Malaysia saja.
Selepas Gua Musang, kami memasuki laluan Jalan Felda Aring. Selepas melalui jalan berbatu, berdebu dan berlopak , akhirnya kami memasuki sempadan Negeri Terengganu.
Tiap kali melalui tempat ini, mesti berhenti. Rasa best sangat dengan view batu keras dan pokok sebatang yang menjadi landmark sempadan dua negeri ini.
Memang tak banyak kereta yang melalui jalan ini. Seronok pula budak-budak ni main tengah² jalan.
Sanggup tak berhenti bila ada orang cuba menumpang ditengah-tengah hutan belantara seperti ini?
Suami saya kerap juga tumpangkan orang ( mungkin pekerja balak/kebun/kelapa sawit ) tetapi mereka hanya menumpang di luar kenderaan . Duduk kat bahagian luar Frontier. Dia pun tak berani nak bagi orang asing yang tidak dikenali masuk ke dalam kereta. Bukan berprasangka buruk, cuma berhati-hati untuk keselamatan diri walaupun sedang melakukan kebaikan.
Sampai saja ke tapak projek Hidroelektrik Hulu Terengganu, suami dah tunggu. Kami tak boleh masuk kecuali dibawa oleh seseorang yang dikenali. Kawasan kerja projek mega berisiko tinggi, kena dapatkan pas kebenaran masuk.
Tengok gambar ni – anak beranak berbaju biru dan semua bercermin mata!
Kami tinggal 3 malam di sini. Suami masih kerja, belum cuti. Berlonggoklah kami anak berada dalam satu bilik. Walaupun nun duduknya ditengah hutan belantara, bandar terdekat kira-kira 60 KM, segala kemudahan lengkap termasuk bilik berhawa dingin, siaran Astro, dapur, peti sejuk dan komplek penempatan pekerja yang dihuni lebih 300 orang ini juga mempunyai surau, kantin, kedai dan klinik.
Talian telefon saya terputus kecuali Maxis yang menggunakan satelit yang dipasang khas di kawasan pejabat .
Sesekali bila saya keluar ke bandar Kuala Berang atau melalui Pengkalan Gawi ( 30 KM dari tapak projek ) barulah telefon menerima signal. Notification untuk Email, sms, missed call, whatsapp, Twitter, Facebook masuk menderu-deru termasuklah pesanan mengenai blog saya yang mengalami masalah.
Hari terakhir di sini, kami menaiki bot menjelajah sekitar Tasik Kenyir. Kawan suami pinjamkan bot.
Bot ini agak sempit untuk kami 5 orang jadi terpaksalah berganti-ganti ambil giliran.
Saya suka gambar ni….
Sedang riuh rendah tunggu giliran nak menaiki bot, ada yang memanggil bila sekumpulan gajah melintasi kawasan tersebut.
Saya dah ke sini 4 kali dan belum pernah sekali pun terserempak dengan gajah.Menurut suami, dia dah banyak kali terserempak gajah bila melalui kawasan ini. Berung pun pernah nampak.
Keluarga 5 ekor gajah liar ini bersama 3 ekor anak termasuk seekor bayi gajah. Bila tengok keluarga gajah ini ada generasi baru, ada anak kecil , saya rasa populasi gajah liar di Malaysia masih terkawal.
Memang beruntung bila dapat melalui pengalaman melihat secara dekat haiwan mamalia daratan yang terbesar di dunia. Along cakap nak tunjukkan bukti kepada kawannya kerana dia tak percaya, kat Malaysia ada gajah!
Memang sesiapa yang dapat melihat gajah liar di kawasan ini boleh dikatakan beruntung kerana ada pekerja yang telah setahun tinggal dan kerja di sini, belum pernah sekali pun berpeluang berjumpa. Seronok dan puas hati kerana anak-anak dapat melalui pengalaman seperti ini.
28 Mac 2013 – kami bertolak meninggalkan kawasan aman damai ini menuju ke Langkawi melalui Kuala Krai dan singgah di Rantau Panjang dan bermalam di Baling, Kedah.
baru perasan semua ahli keluar kak jie pakai spek kecuali kak jie..
Jom terjah post menarik dari Faizal Fredley ..Perkara Basic Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti
wahhh, macam kat Cameron Highlands plak makan stoberi 😛
Jom terjah post menarik dari Naimah Wahab ..Ajaibnya Susu Ibu
Best nya memancing kat Tasik Kenyir!!! Bila la nk ada peluang. Tq for the pictures!
Jom terjah post menarik dari larisi.com ..Jawatan Kosong Business Administration
Best nya memanjing kat Tasik Kenyir!!! Bila la nk ada peluang. Tq for the pictures!
Jom terjah post menarik dari larisi.com ..Jawatan Kosong Business Administration
Silap eja..:-) memancing!!
Jom terjah post menarik dari larisi.com ..Jawatan Kosong Business Administration
sepanjang di hulu terengganu (hydro electric project) sy x pena jumpe gajah… selalu tengok dlm gambar shj…. tak pon hanya tengok gajah di Santuari Gajah Sungai Ketiar SHJ…
sebuah pengalaman yang sangat berharga 🙂
Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Jabodetabek Telp. 021-9311-8787
baiknya suami.. siapkan tumpangkan orang lain lagi..hehe
Jom terjah post menarik dari Aya ..23 Pesanan Buat Suami
oppp…bukan 300 pekerja…tapi yang tepat adalah 978 pekerja yang datang dari pelbagai negara…antara nya China,Viatnam,Bangladesh,Indonesia,Pakistan,India, philipina,Canada dan semestinya Malaysia.
Jom terjah post menarik dari Ann ..Kembali ke tanah tumpah darah ku
rezeki kjie dan anak2 kan… dpt merasa jalan jauh2 tengok tempat org… pengalaman agak rare tu 😉
seleranya meratah stoberi berjemaah tu 😉
anak2 kjie muka satu acuan je 😉
Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Irma Hasmie selamat lahirkan anak sulung
rezeki Kaka Jie sekeluarga dapat melihat gajah sekeluarga.
Berung tu apa Kak Jie? beruang?
Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Wordless Wednesday (Si Comel Mimi Diyana)
tak percaya ada gajah dekat malaysia?? errr…
Jom terjah post menarik dari amry ..Video Pembubaran Parlimen 2013
it is real…amazing…cantik picture tu…
Jom terjah post menarik dari sukma ..TARIKH PILIHAN RAYA ?
Takde line telefon rupanya masa tu..patut la bila angah hantar mesej pasal blog problem hari tu tak berbalas..sekarang dah ok,Alhamdulillah..
Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Memahami Shutter Speed
Bestnya tengok gajah.. Saya tak pernah lagi tengok gajah depan2.. tengok dalam google image je. Haa..
Jom terjah post menarik dari Anarm ..Parlimen Malaysia Dibubarkan Berkuatkuasa Hari Ini
Pengalaman dan kenangan hiduplah ia secoret perjalanan kehidupan
Eeeeeee….bestnye tgk gajah life… Dyh tak sangka mmg ada gajah liar Kat Malaysia… Lagi Kak…..lagi cerita…..lagi…
*jeles betul tgk anak anak akak baiiik punye bergambar tgh jln tu..
Hehe..
Jom terjah post menarik dari dayah ..Contact Us
x pernah lg lalu jalan brinchang ke gua musang..mungkin lain kali boleh try bila ballik kelantan nnt… 🙂
Jom terjah post menarik dari Ibu Mifzal Arsyad ..Wordless Wednesday : Rajin
terbaik lah kak kujie. kami yang selalu lalu situ, tak pernah pulak berhenti tengah jalan.. amik gambar.. hehehe..
jauh perjalanan.. best dapat berjalan satu family macam tuh..
Jom terjah post menarik dari Norfa ..Bila Nak Jadi Feminin? Lepas Kahwin Ka?
Nak tergelak kawan intan kata,tak percaya ada gajah kat malaysia hehehe 🙂 mmg budak bandar betul lah.
Jom terjah post menarik dari azman ..Potong Pendek Jangan Botak
hoho..apsal ambil gambar kat tengah jalan nih..
Jom terjah post menarik dari titan ..Persamaan aku dengan Albert Einstein.
gajah liar tak pernah lagi jumpa.. biasa jumpa gajah dalam zoo je. 🙂
Jom terjah post menarik dari KiD ..Bercinta Selepas Nikah atau Sebelum Nikah?
Seronoknya dapat travel beribu batu macam kakjie. Agaknya berapa kos anggaran ye untuk mengembara macam tu? Best jugak kalau akak dapat share..
Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Mudah ingat
sebenarnya nak share bab perbelanjaan ni secara terbuka payah sikit, jadi kak jie share di sini aje lah
Ini kos untuk 5 dewasa
Tempat tinggal – percuma ( Kenyir tempat tinggal suami, Baling rumah mak, Langkawi rumah saudara )
kos minyak – lebih kurang RM 300 + tol RM 60 + minyak di Langkawi RM 20 ( kereta percuma )
kos feri – RM 230 ( pergi balik dari Kuala Kedah ) + parking kereta RM10
kos bot chartered mengelilingi pulau – RM180
Tiket LIMA – RM 50
makan ( 6 hari ) – RM 300
tak termasuk kos singgah Rantau Panjang membeli belah
beli cokelat RM 300
lain-lain
Anggaran RM 1500
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Hidup Dengan Pengalaman Bukan Sekadar Kenangan
agak jimat di situ sebab tempat tinggal dan kereta.. pilihan yang bijak
Jom terjah post menarik dari KiD ..Bercinta Selepas Nikah atau Sebelum Nikah?
lah murah je melancong dalam malaysia ni rupanya..
Jom terjah post menarik dari Sharafie ..Kerjaya Perkapalan Di Salah Ertikan
Seronoknya jika sekali sekala bertukar angin dan lepak2 kat sana.. heaven kann.. 🙂
Jom terjah post menarik dari mama maman aka yana ..Jangan Sentuh
kebetulan ketiga-tiga anak cuti serentak, bila anak² belajar kat uni lain², cuti tak sama
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Hidup Dengan Pengalaman Bukan Sekadar Kenangan
Pengalaman yang menarik. Lagi-lagi jumpa gajah ‘live’ gitu..hehe
Jom terjah post menarik dari Blackrosehunter ..Piala AFC : Kelantan Menang Besar
4 kali kak jie pi kenyir dlm masa setahun, itu kali pertama jumpa
biasa nampak tahi gajah je kat atas jalan raya…
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Hidup Dengan Pengalaman Bukan Sekadar Kenangan
nasib baik la gajah tu berlalu secara aman..kan..hehe..
Jom terjah post menarik dari Blackrosehunter ..Senarai Syarikat yang Mendapat Sijil Halal Terbaru
amboi..hebat betul ambil gambar kat tengah-tengah jalan tu..hehe..
Jom terjah post menarik dari Mama I.A ..[SHAKLEE] Kenali Shaklee. Tak Kenal, Maka Tak Cinta
ada lagi satu gambar…siap baring lagi….
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Hidup Dengan Pengalaman Bukan Sekadar Kenangan
Bilamelihat perjalanan kak Jie dan keluarga. Teringatkan arwah bapa saya kalau ada tugasan luar tentu bawa kami sekeluarga sekali dan hampir semua negeri di utara dan timur kami sudah jelajah.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Fiesta belon udara panas Putrajaya 2013
itulah kak jie cakap kat anak-anak
dia orang beruntung sebab abah dia kerja merata tempat, semua tempat dah masuk
kadang2 tempat² yang orang biasa tak boleh dekat, atau tengok projek² mega yang orang lain dapat pandang dari luar saja
ini pengalaman utk dia orang
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Hidup Dengan Pengalaman Bukan Sekadar Kenangan