Disebalik  Ganasnya Golok
Percutian

Disebalik Ganasnya Golok

Golok atau nama tempatan Sungai Kolok yang terletak di wilayah Naratiwat .

Perjalanan singkat kami sekeluarga ( termasuk adik ipar suami isteri ) hanya bermalam semalaman di The Venice Palace Hotel  dan kembali ke Malaysia esok petangnya. Suami tak cuti panjang, cuma pelepasan Hari Keputeraan Agong saja.

Awal paginya kami sewa motorsikal iaitu pengangkutan awam utama di sini. Ianya adalah sejenis pekerjaan yang berlesen.   Setiap port dikenali dengan vest warma yang berbeza.  Warna kuning ada kawasannya yang tertentu dan warna purple meliputi kawasan yang tersendiri.

Tapi rasa agak janggal rasanya bila menaiki motorsikal tanpa memakai topi keledar.  Pemandu/ penunggang wajib memakai topi keledar tetapi pemboncong tidak wajib.

Saya lebih berminat untuk menjelajah persekitaran tempatan melihat budaya dan cara hidup dengan lebih dekat.  Memasuki pasar dan tempat harian penduduk tempatan.
Kami dibawa mengelilingi bandar melalui jalan-jalan sesak awal pagi yang aktif, melalui pasar buah-buahan, lorong gerai dan memasuki lebuhraya dua lane.

Sedang berjalan-jalan di pasar, terserempak dengan sekumpulan kakitangan majlis bandaran yang sedang berkempen untuk pemilihan ahli majlis. Bergambar bersama termasuklah Datuk Bandar Golok. Jangan tak percaya, Golok yang sering dibayangi dengan kes keganasan dan tidak selamat itu mempunyai seorang wanita sebagai Datuk Bandar.

 

Nama tempat ini Jalan Pusat Makanan Murah. Kami makan malam di sini. Ada banyak gerai yang diusahakan orang Islam di jalan ini. Gerainya hanya dibuka selepas 6 petang sehingga jam 3 pagi, lokasinya berhadapan Masjid Pakistan. Sangat berpuashati dengan servicenya yang cepat dan pastas juga masakan yang sedap.

Sudah tentu menu utama tomyam dan masakan special – paprik belut!

Membeli belah bagaikan tiada esoknya…  Boleh gunakan matawang Ringgit Malaysia tetapi jika membeli di Seven Eleven ( 7e) ada charge 10 sen.

Antara perbezaan ketara, tahap kebersihan yang sangat tinggi di sini. Sangat ketara bila menyeberang balik semula ke tanah air. Tak ada secebis pun sampah di tepi longkang, pesiar jalan kaki walau sepotong rokok. Saya nampak pekedai sendiri gunakan penyapu lidi membersihkan hadapan kedai masing2.

Ini adalah sikap individu kebanyakkan penduduk bukan tanggungjawab pihak berkuasa semata-mata. Kalau setiap orang menjalankan tanggungjawab sosial masing-masing, ianya akan memberi kesan kepada komuniti setempat.

Bangunan dan persekitaran di sini tidak semoden dan secanggih kita tetapi kebersihan yang menjadi pegangan kehidupan mereka membuatkan selesa untuk berada di sana.  Sangat selesa membeli belah walaupun kedai dan gerainya tidak semoden dan secantik di negara kita.

Peniaga juga mempunyai kod etika yang tinggi.  Mereka sangat berhemah dalam urusan jual beli.  Inilah sikap positif yang perlu kita contohi.

Selalu kalau sebut Golok orang akan bercakap dan nampak hal-hal negatif tetapi saya pula mengintai aura positif yang terselindung kebanyakkan orang tak ambil peduli.

 

Posted with WordPress for BlackBerry.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

40 thoughts on “Disebalik Ganasnya Golok

  1. bestnya dpt g seberang..cikpah yg duk negeri sebelah pun lum penah sampai..hehehe

    1. bangunannya tak bercat lawa warna warni mcm kt tempat kita…tapi kemas terssusun.
      pasir2 bersepah pun tak ada
      ada bangunan dlm pembinaan, batu bata kayu papan semua tersusun elok, langsung tak menganggu laluan pejalan kaki

      pengangkutan utama motosikal..sana sini org naik motor tanpa bertopi keledar tetapi semuanya memandu dgn tertip

      lagi…..lampu isyarat sgtlah minimum…. semua org bertolak ansur di persimpangan walaupun tanpa lampu isyarat.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Hari Ke-10 – Selamat TinggalMy Profile

  2. sungguh macam kak jie cakap tu..kalo kat sini memang susah nak jumpa kedai / gerai / restoran yang betul betul bersih dan menjaga kebersihan..asalkan untung duit masyuk je bab lain tolak belakang..hairannya unit bandaran yang keluarkan lesen bukan takde unit pemeriksaan kebersihan..tapi buat cam tak nampak je..cuma yang suka nak serbu, dewan makan asrama sebab senang kerja..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Susu ibu – Hak mutlak si kecilMy Profile

    1. amoi lawa cun melecun dgn selamber je boleh menyapu sisa sampah kecil kt tepi kedai…bukan kata nak nampak sampah besar, sampah kecil botol air pun payah nak nampak.

      ini sebenarnya sikap…. bila kita nampak org jaga kebersihan bandar dia mcm tu, kita rasa seronok…jadi sama2lah kita menjaga tempat kita
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Belajar Bahasa Sanskrit Di Memorial Batu BersuratMy Profile

    1. semua tempat ada sisi baik buruknya… kita tapis ambil yang baik untuk kita gunakan

      sepatutnyalah mcm tu…………..mcm semua org dok berkias bercakap berhujah tu

      tapi realitinya….
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Melayan Nafsu Di Kuala BerangMy Profile

  3. Makanan tu nampak sangat-sangat sedap… Sepatutnya cuti kali ni dapat sampai ke Naratiwat barang sehari dua, sebab ada kenalan buat Majlis kenduri kahwin.. Malangnya ada tugasan menanti di Utara … Kalau tak, mungkin dapat merasai pengalaman yang hampir serupa dengan Kak Jie..

    Bila pulak la dapat ke sana… huhuhu
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..BILA NAK BELI MAKANAN KUCING ?My Profile

  4. Sikap mereka memang wajar kita contohi. Di sini tak ramai yang bersifat macam tu. masing-masing anggap mencuci/membersih tu kerja pbt. Kita tukang sepah.. Oh kita……

Comments are closed.