Hari Ketiga Sabtu 3hb Nov 2012.
Selepas sarapan pagi di Hotel T , kami meneruskan rancangan hari ketiga untuk ke Gua Kelam.
Gua Kelam terletak di kaki pekan Kaki Bukit. Dari Kuala Perlis memasuki bandar Kangar dan terus ke arah Wang Klian.
Hampir 3 jam di sini.
Kemudian kami ke Wang Klian dan pekan sehari Satun.
Ini somtam. Seperti kerabu yang mengandungi betik muda dan campuran beberapa buah lain.
Perempuan yang bermotosikal besar ini menjual aiskrim. Namanya Mariam.
Aiskrim pudina ini dibuat sendiri. Satu mangkuk dengan 3 scope aiskrim dan sagu, kepingan roti berharga RM 2.
Dari Wang Klian kami ke Kuala Nerang menghantar Angah balik ke kolej. Cuti semester dah habis.
Hari terakhir (Ahad) merancang untuk ke Padang Besar, jadi kami berpatah semula untuk bermalam di Changlun. Sekali lagi menginap di Hotel T cawangan Changlun.
sent from my GT-i9300
somtamnya pasti enak dan segar sebab didalamnya juga ada buah2 segar..
selamat menikmati ..
yang last tu nampak sedap…
sedapnya somtam.. dah lama tak makan. huuuu
perlis memang menawan. pulut ayam rasa ka
😀
bila tgk gmbr2 akak , teringat pulak pengalaman dayah ke perlis tu..
😉
hari tu tak pula cuba somtam..
insyaAllah , next time dayah cuba.
Wah dahsyat meniaga mengunakan motor besar.
kalau kat Malaysia punya motor jual aiskrim paling popular pun ‘mat kool’ aje la..
OO.. somtam namanya, dulu pernah makan, tapi main bedal je, tak tahu nama.. 🙂
Belum pernah mencuba Somtam ini. Mungkin satu hari nanti berpeluang untuk rasa.
Setakat ni pernah sekali makan somtam, tapi kebetulan kedai yang menjual somtam tu kurang sedap. Lepas tu tak pernah mencuba lagi dah…