Saya merancang untuk bercuti sepanjang laluan untuk menghantar Angah balik ke kolej di Kuala Nerang. Dia perlu balik pada hari Sabtu jadi kami ada 2 hari untuk bercuti sambil bergerak ke utara. Kami tak menetapkan tempat untuk bermalam. Di mana rasa sesuai dan semua ahli keluarga bersetuju, kami akan bermalam. Awal pagi tadi kami berlima dah keluar dari rumah. Memasuki lebuhraya PLUS di Tanjong Malim.
Ternampak ‘peminat’ di tepi lebuhraya bersiap sedia untuk mengambil gambar. Sempat buat ‘peace’ tapi flash tak menyala pula….hiks!
Lokasi pertama, ke Gua Tempurung, Gopeng, Perak.
Melalui Lebuhraya PLUS , keluar di Plaza Tol Gopeng. Ambil kiri arah ke Kampar dalam 5 KM akan jumpa simpang ke Gua Tempurung. Jarak dari jalan utama hanya kira-kira 2KM.
Ada 4 pakej yang ditawarkan untuk pelancong.
- Golden Flowstone – Tiket berharga RM 6 dan mengambil masa lebih kurang 40minit.
- Top Of The World – Tiket berharga RM 9 seorang dan mengambil masa 1 jam 45 minit.
- Top Of The World & Short River Adventure – Tiket berharga RM 11 dengan masa 2 jam 30 minit.
- Grand Tour – Tiket berharga RM 22 dengan masa perjalanan 3 jam 30 minit.
Pakej 1 & 2 adalah laluan kering dan pakej 3 & 4 adalah laluan basah.
Waktu lawatan di Gua Tempurung mengikut jenis.
- Golden Flowstone bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang
- Top Of The World bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang
- Top Of The World & Short River Adventure bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari
- Grand Tour bermula dari jam 9 pagi hingga 11 pagi
Entri dan gambar Gua Tempurung yang lengkap di sini – Stalaktit dan Stalagmit di Gua Tempurung
Keluar dari gua, kami menjamu durian Perak. Durian awal gugur. Bercadang nak ke Taman Herba Negeri Perak tetapi hujan lebat membasahi bumi Perak.
Saya sedang menaip entri ini sementara suami memandu memasuki bandar Ipoh…. destinasi seterusnya belum diketahui….
Memasuki Bandaraya Ipoh ternampak taman dan wakaf. Saya tak tau nama taman tersebut tetapi berdekatan Sjkc Perak.
Kami berhenti untuk makan tengahari. Saya memang biasa bawa bekal mangkuk tingkat apabila keluar dari rumah.
sent from my GT-i9300
wih…asyiknya jalan-jalan. pengen juga bu…kayaknya banyak sharing tempat wisata…
belum pernah ke gua tempurung…kaya bagus nie..dilihat dari luar…jadi pengen wisata ke malaysia
Di Indonesia juga terdapat banyak wisata gua namun saya belum pernah sekalipun kesana, sepertinya sebuah wisata yang sangat menarik dan bisa memacu adrenalin kita
wah.. ada durian lagi..
Ha, kan dah agak dah. Ada pakej2 tu. Hehehe.
Rasa macam nak pergi semula! 🙂
kami ambil pakej no 2 – rm 9 seorang dan masuk 1 jam 45 minit
tak boleh ambil pakej basah sebab nak ke tempat lain lagi… hihi
nampak macam people park je tu..dulu ada jugak bawak anak gi main air kat situ tapi sekarang ni dah tak boleh pulak anak anak nak terjun kat kolam situ..
tak pasti..yang nampak ada sekolah cina tepi tu..sjkc perak
tepi sungai…
Ni orang perak dtg komen , sebenarnya org perak ni tak pernah sampai gua tempurung lagi ..
perak memang selalu hujan , dan makanan tak mahal sangat boleh lah .. hihihh
biasal leee tu…. kita jarang nak pi tempat depan mata
mesti nak tengok yang jauh-jauh je…
selamat bercuti…hati hati sepanjang perjalanan.. ^^
terimakasih… alhamdulillah selamat kembali
Eh! Ngape tak masuk?
Kali terakhir kami pergi ke situ waktu cuti Hari Raya. Ada 2 makcik pakai kebaya ketat dengan handbag masuk dalam tu. Tu yg tak tahan. Bukan apa, banyak tangga kat dlm tu — takut rabak je kebaya sendat nanti.
U guys dah siap makan, mesti takde masalah nye?
masuk… kami ambil pakej no2. ni entry live blogging secara ringkas. gambar dari telefon. baru rumah nnt baru buat entri lengkap gambar dari dslr
Oh!
Tak sambar nak tengok gambar u guys. Gambar kami kat dalam tu kebanyakkannya nampak mata je heheh ..
peeh cuti sekolah belum mula tapi travel kak jie dah bermula. macam nak kongsi ke kat denai.my
cuti sekolah nanti ramai orang… kebetulan saja tu sebab Angah perlu balik ke kolej 3hb jadi kami ambil keputusan untuk pergi awal sambil singgah sana sini bercuti
gua tempurung saya pernah pegi sekali je.. tp dok main kat luar2 je..
masuklah…. kalau tak cukup masa, ambil laluan paling singkat 40 minit.
thanks kak jie bagi idea nak ronda-ronda satu Malaysia cuti sekolah ni.
gambar pertama tu memang terbaik.. sebelum dia tangkap gambar kita, baik kita tangkap gambar dia dulu. hahaha
kami melawat 3 muzium termasuk satu muzium yang hanya sempat berada di luar saja kerana waktu melawat dah nak tamat.
macam satu kemestian, tiap kali bercuti, melawat muzium.
anak² dah dibiasakan dengan muzium.
Senang bawa bekal sendiri. Paling kurang pun roti sandwich sebagai alas perut. Rasanya makanan disebelah utara lebih murah daripada Lembah Kelang.
Kalau kawasan cantik macam ini akan jadi bidikan kamera DSLR.
Biasanya utk hari pertama keluar dari rumah mmg bawa…. hari² lain memang makan kat gerai.
Macam seronok saja kalau bentang tikar, buka mangkuk tingkat makan anak beranak bila bercuti ni…. orang sekarang dah jarang buat mcm ni.
tak pening ke kepala kakjie buat entri dalam kereta? kalau saya bila baca sikit pun dah pening2..huhu..
blogger tegar hihihi
kalau dari phone tak apa
tapi kalau membaca suratkhabar atau buku je tak boleh
tapi touch screen ni agak bahaya…bergoyang sana sini, typo je tersentuh huruf lain :p
Selamat bercuti dan berbahagia bersama keluarga ni.. 🙂
terimakasih… gunakan waktu yg ada sebaiknya
blh gak ila praktikkn konsep mangkuk tingkat nie hihi
kalau berjalan, kita tak pasti masakan gerai yang kita singgah tu menepati selera…kalau bawa dari rumah, itu mmg selera anak beranak kita..senang
biasanya utk lunch pertama, dah hari lain mana sempat nak masak… kalau keluar bercuti dua tiga hari
sekolah kita baru jer buat camping kat gua tempurung..tapi kita tak join pun..ada hal yang mendatang 🙂
Ramai rombongan sekolah masa kami ke sana
kebanyakkan aktiviti murid tingkatan 3 yang baru lepas PMR
bergema suara lebah mereka dlm gua…hihi
Assalamualaikum,
Selamat bercuti. Kalaulah saya juga ada kesempatan jenjalan jelajah serata ceruk gitu…ohhhh sangat seronok!
Waalaikumsalam… sekarang ni jadual anak dan suami tak sama, jadi kena ambil peluang yang ada untuk susun kegiatan bersama semaksimumnya
maza pula akan ke Kedah malam esok. hehehe
kali ini kembara membawa maza ke Jitra.
sekali kenduri kawin la.. ahaks..
singgah le mana² tempat menarik.. kadang² rancangan tak dirancang pun best
pernah pergi masa gua ni baru nak develop utk tourism… tracking ikut laluan air… best…
syarikat yang menguruskan tempat ini bagus… tersusun, bersih dan menarik.
jalan2 ambil angin, jangan sampai kembung perut plak nanti yer…
hati2 memandu, sekarang musim hujan.
ye…kebanyakkan masa di jalanraya hujan bila petang
jadi kami susun jadual utk aktiviti outdoor waktu pagi
kak jie,,bagaimana yer nak upload gambar kat wordpress guna android..
dah install wp for android? kalau ada mcm biasa pilih new post. nak letak gambar klik icon kamera kat belah kiri bawah tu… kak jie biasanya resize dulu gambar supaya tak ambil masa utk loading