Cuti kali ini saya tak bercadang pun akan sampai ke sini. Ikut rancangan akan ke Pantai Cahaya Bulan sebab ada jemputan kenduri kahwin seorang ‘silent reader’ blog saya. Nanti saya update kisah silent reader saya tu ye… tak sangka saya akan hadiri majlis perkahwinan seorang pembaca senyap blog ini.
Saya sampai di Hulu Terengganu Project ( HTP ) Tasik Kenyir lewat malam hari Khamis. Jumaatnya baru merancang untuk ke Tumpat. Mulalah mengoogle hotel, resort dan hoemstay. Tempahan lewat memang susah nak cari tempat penginapan.
Ada beberapa pilihan hotel/resort di Tumpat iaitu
- Pantai Sri Tujoh Resort ( 09 – 721 1753 / 09 – 725 2224 )
- Senangin Resort and Cafe ( 013-931 0717)
- Sinaran Resort ( 019 -924 1091 )
Ada banyak lagi homestay tetapi tidak diiklan di internet. Kepasa pengusaha homestay, carilah blogger yang ranking baik untuk iklankan homestay memasing. Mungkin ada tetapi susah nak muncul kat carian Google. Baca panduan yang pernah saya tulis di sini –
- Kesan Sebuah Entri Blog Seorang Blogger Kepada Perusahaan Homestay
- Pengiklanan : Blog Popular Atau Blog Terbaik
- Ciri- Ciri Blog Yang Baik Untuk Tujuan Pengiklanan
Akhirnya kami mendapat tempat penginapan di Sinaran Resort. Setiap bilik ada 1 katil saiz queen dan satu katil single dengan harga RM 80 semalam dan berhawa dingin.
Kami check in dah lewat malam tetapi sempat keluar ke fun fair kat pantai Sri Tujuh sebelum balik tidur tak ingat dunia sebab dah penat dalam perjalanan. Tumpat terletak lebih kurang 15 KM daripada bandar Kota Bharu dan merupakan bandar terakhir landasan keretapi ( KTM) laluan Pantai Timur selain di Rantau Panjang yang akan bersambung dengan Thai Railway.
- Trivia – Terengganu merupakan negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak dihubungi dengan landasan keretapi.
Ini adalah Pantai Sri Tujoh Resort – kami saja datang melihat, tak sempat booking pun sebab dah penuh.
Bertentangan kawasan resort adalah salah satu pantai daripada 7 teluk yang memberi nama kepada tempat ini. Pantai Sri Tujuh khabarnya mendapat nama daripada 7 teluk yang terdapat di sini.
Ada beteng yang menyambung antara kawasan resort dan pantai . Kami sampai ke kawasan yang cantik tepi belukar pantai. Macam view untuk cover kulit album , kan.
Dari Pantai Sri Tujuh, kami bercadang ke Pengkalan Kubur sebelum check out pukul 12 dan ke majlis perkahwinan di PCB.
Dari pantai Sri Tujoh Tumpat ke Pengkalan Kubur lebih kurang 4KM. Kat simpang Kampung Geting ada kedai makan di sebelah kanan jalan. Ada lebih 10 periuk dengan pelbagai menu masakan ikan, ayam, itik atau pun daging.
Lebih mudah makan sebelum mulakan aktiviti selanjutnya.
Kami langsung tak merancang untuk menyeberang ke sempadan Thailand, sekadar membeli belah di zon bebas cukai. Berhenti bertanya seorang kakak di tepi jalan, dia tunjukkan arah jalan untuk menaiki sampan ke Tak Bai, Narathiwat.
Parking saja kereta, ada pemandu sampan yang menawarkan perkhidmatan ke Tak Bai. Selepas bertanya beberapa soalan untuk pengesahan, kami pun menaiki sampan menyeberang sempadan negara. Never be afraid to try something new…kan.
Ini bukan kali pertama saya naik sampan menyeberang sempadan Malaysia ke Thailand di Kelantan. Saya pernah melalui Rantau Abang menyeberang Sungai Golok dan bermalam di sana. Baca Disebalik Ganasnya Golok, pernah juga memasuki Satun melalui Wang Kelian ( Cuci Mata Isi Perut Di Wang Kelian ) dan memasuki Betong melalui Pengkalan Hulu.
Harga tambang sampan dari PengkalanKubur ke Tak Bai adalah RM 2 seeorang.
Sampai seberang Tak Bai, jangan panik bila nampak anggota keselamatan lengkap seperti ini. Dia buat kerja dia, kita jaga diri kita.
Pasar di Tak Bai sangat meriah pada hari Jumaat dan Sabtu kerana rakyat Malaysia banyak yang berkunjung ke sana. Ada berlori-lori durian, rambutan, manggis , mangga, pisang, ubi, buah laici dan macam-macam buah-buahan.
Buah laici sekilo RM5, saya pernah beli di Golok hari tu sekilo RM 2 saja. Kalau kat kedai buah kawasan Rawang boleh dapat sekilo RM8. Kalau kat R&R Tapah buah laici sekilo RM 15.
Tudiaaaa…… Cik Intan memborong periuk belangga. he he he.. mak Cik Intan sebenarnya. Penat dah berpusing sana sini, duduklah sekejap sementara sang emak tak puas-puas lagi menbelek apa yang berkenan.
Kopi yang dibeli kat gerai tepi jalan tetapi cara pembungkusan yang nampak ‘mahal’ Harganya RM 2.50 – di dalam beg kertas tersebut adalah kopi ais yang dibungkus dalam plastik biasa tetapi dikembungkan dan di cucuk straw. Untuk memudahkan kita bawa sambil menjelajah ceruk pasar, diletak dalam plastik bertangkai lagi sekali.
Idea yang sangat menarik.
Kalau korang nampak pelancong bergambar dengan sudut-sudut yang korang rasa entah apa apa tu, janganlah gelak. Memang macam tu pun perasaannya bila kita ke tempat orang yang pemandangan tersebut bukan biasa-biasa bagi kita. Orang tempatan mungkin tak perasan pun ada keistimewaan tempat tersebut .
Ada orang yang berminat dengan sudut terpencil pemandangan seperti ini.
Ini jeti di Tak Bai untuk menaiki sampan menyeberang Sungai Golok nak balik semula ke Pengkalan Kubur
Mama sengaja je letak gambar Angah banyak kat sini sebab nak buktikan Angah dah gemok! ha ha ha
Macam ni lah muka lega dan gembira bila selamat menyeberang sempadan balik semula ke Malaysia. Home sweet home…hahaha..padahal keluar Malaysia sekejap je.
Sampai di seberang Pengkalan Kubur, orang makin bertambah ramai untuk menyeberang ke Tak Bai. Kami terpaksa balik awal kerana ada agenda lain selepas itu.
Kalau nak bandingkan Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang, membeli belah di Rantau Panjang lagi meriah tetapi tujuan kami bukan sekadar membeli belah tetapi rekod perjalanan dan catatan pengalaman.
- Nota i : Kami = saya, suami, Along, Angah dan Intan.
- Nota ii : Tajuk sekali harung malas nak tulis banyak-banyak.
Kalau begitu nak membeli belah cukup me pengkalan kubur atau rantau panjang
Hmmm bestnye g jalan…dah lama tak gi situ 🙂
Saya masih tak faham nak masuk ke seberang. Boleh lah kak kujie bagi tips.. he he
sy pun masih tak faham nak masuk sini macam mana..boleh kak kujie bagi tips2nya tak.
kak kujie.. mundok boleh masuk tak sekarang
Boleh masuk tp hari tu penduduk tempatan bgtau tak digalakkan…
Pernah masuk golok, mmg terasa lain suasana dengan Malaysia.
Saya pernah sekali ke Tak Bai tu pun masa umur 18 tahun dikira2 sudah 21 tahun, Wang Kelian dan Padang Besar pernah masuk, lain2 tempat tak merasa lagi.
Tak pernah lagi ke Thailand naik sampan walaupun hanya seberang sungai. Rasa macam seram. huhu
salam kak jie.
best nye la dapat ke golok shopping ye.
adik selalu ke sana beli barang niaga.
suami saya orang rantau panjang..even dah 4 tahun kawin, tak pernah seberang ke golok lagi..memang biasa untuk penduduk tempatan seberang ke golok. makcik kami pun tiap-tiap pagi ke golok membeli barang-barang untuk memasak sebab makcik jual di kantin.
in sha Allah, satu hari saya pun nak ke seberang..asyik tengok dari rumah in law je
bestnye naik sampan menyeberangi sempadan Thailand…nmpk mcm mencabar….
bila lah saya leh sampai sini yer
Macam best aje tempat ini… bolehlah ajak keluarga ke sana Disember nanti 🙂
suspense naik sampan..kita ni memang penakut transport yang open ni..he..he…
Nway..best nya harga buahkat sana murah..kalau kita pergi mesti borong sakan punya..
Saya rasa pemilik homestay tak ramai yg peka internet ni kak. Tu sebab sikit je yg ada FB atau laman web. Kalau ada pun tak dapat ranking baik.
Anyway, seronok juga dapat tengok gaya askar sana. Syukur kita, kat Msia tak perlu askar jaga pasar.
Cantik gambar, tempat pun menarik
Mak saya ada pergi situ sebelum kenduri kahwin kami untuk buat “colek buah”. Buah-buahan kat sana jauh lagi murah dari Kelantan.
cantik pemandangan kawasan nie..tenang je tgk
Wahh bestnya kak jie cuti-cuti jalan dengan family..
Teringin nak bawa staff pergi berjalan 🙂
ni yang nak terjun laut ni! jom mandi pantai! 😀
nak shopping pon sangat adventure…
bestnyer kak.dapat jalan2 ..huhuhu..
oo kak pergi klantan rupanya..perjalanan jauh mcm ni ni mmg myeronokkan..
Salam kenal kak..nampak menarik pengalaman bersampan ke Tak Bai tue. Next time boleh ajak suami n anak2 pi sempadan Thai pulak… ^_^
Memang best p jalan ke Pantai Timur, banyak tempat boleh pegi n borong barang. Yang paling hepi pegi mesti nya wife bole beli banyak barang. Yang stres mesti hubby kuar duit tp hepi tengok wife hepi hehe…
kedai makan kat geting tu sedap lauk pauknya
biasanya kalau ke tumpat, sy selalu singgah di situ 🙂
pantai Sri Tujuh quite OK n mkanan di sana sedap & murah2…bez…bezz…LIKE…
bestnya p oversea naik sampan saja
Perkhhh… Hebat.
Maza sudah dua tahun berkurung di wilayah sendiri tidak bercuti jauh2 seperti ini. Apatah lagi bercuti ke luar negara, belum pernah dibuat. Hehehhee
Dengan adanya entry kak jie ini, membuatkan maza teruja dan mahu mencuba sesuatu yang baharu.
Seronoknya tengok kak kujie bercuti. Dah lama dah teringin nak pi sana.hehe
anak anak dah besar, senang nak ajak dia org redah hutan ke bersampan tgh panas ke…. dulu² masa anak2 kecil lagi tak adalah berani nak bercuti mcm ni
Perjalanan yang adventurous. Perjalanan dengan menaiki sampan sesuatu yang menarik.
anak anak surveyor memang mcm ni…dah biasa pergi tempat2 yang mencabar
lagi satu..anak2 dah besar….kalau kecil lain jalan cerita dia
memang tak bertahun tak jejak kawasan ni nampaknya kena buat trip keluarga dalam Malaysia menyusuri jalan-jalan dalam masuk keluar kampung mesti best.
itu gaya kami sekeluarga luangkan masa bersama waktu bercuti…berhenti saja mana tempat yg kita suka….cari hotel tepi kampung biar dia org rasa peluh dan bau laut…hehehe
banyak tempat yg kami singgah adalah tempat yang tidak termasuk dlm list perlancongan popular..itu cara betul utk kenal budaya tempatan.
saya sendiri pom x pernah gi sana….pergi pun kat munduk jer….tak bai x pernah lagi
orang tempatan kata, Munduk lebih bahaya daripada Tak Bai…rakyat kita tak digalakkan ke sana
Ambo dua-dua belum pernah
Tak tau pulak boleh menyeberang macam ni?
Kiranya ni cara yang dibenarkan atau memang buat secara berani2 sendiri je Kak Jie?
Boleh tahu tak apa soalan pengesahan yang ditanya kepada pemandu sampan tu sebelum Kak Jie buat keputusan untuk ke seberang sana?
Banyak tanya pulak ye?tapi benda2 macam ni memang menarik minat saya..
soalan2 biasa aje … contoh – boleh ke parking kereta kat sini, berapa tambang… itu aje
sebenarnya…itulah kehidupan biasa penduduk yang bersempadan dgn Thailand…itu kampung meraka sebelah sana sebelah sini..dia org ulang alik hari²
penduduk tepi2 sempadan tu boleh masuk keluar tapi hanya terhad kawasan dekat2 aje..tak bolehlah terus nak masuk jauh dari sempadan.
Oo..baru faham..masuk dan dok main area dekat2 sempadan tu je..