Salam semua, moga masih rindukan saya..hekhek
Kejap lagi pukul 7 pagi saya akan ke Cameron Highlands – untuk kali entah yang ke berapa puluh., dah tak ingat sebab kerap sangat. Saya pernah bercuti dan berjungle tracking di Robinson Fall , Cameron Highlands bulan puasa tahun lepas.
Tak pasti kenapa saya dan keluarga kerap bercuti di Cameron Highlands, mungkin di sinilah tempat berbulan madu saya 19 tahun dulu… kata orang tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat cinta berkembang…
Jumpa lagi ye……… have a nice day! Selamat bercuti juga untuk Ijad – backpacker tanpa laptop! Blogger tanpa talian internet, menarik kan?
pisst….pissst klcitizen! gambar romantik saya ada di sini
=== Sejarah Cameroh Hinglands ===
Cameron Highlands dijumpai oleh Wiliam Cameron, Juru Ukur Kerajaan British sewaktu menjalankan kerja-kerja mengukur di Banjaran Titiwangsa pada tahun 1885.
Ada 4 laluan untuk datang ke Cameron Highlands iaitu :-
1. Dari Tapah [Perak] – 80 KM
2. Dari Simpang Pulai [Perak] – 95 KM
3. Dari Gua Musang [Kelantan] – 105 KM
4. Dari Raub [Pahang] – 85 KM
©kujie – isteri land surveyor buat entri pun bagi data ukur! oooppp…. ibu bakal land surveyor juga! ( Along akan daftar di KLIUC pada 19hb Jun untuk kos Geomatic Engineering )
bagus kak jie siap ada jarak lagi.. baru best. mmg tahu org kata dari simpang pulai jauh sikit, jadi ternyata benar dari segi angkanya..
aku dah lama tak pergi ke cameron highland dengan keluarga.dah lama tak kesana tentu banyak perubahan yang berlaku sekarang ni.baru-baru ni ada cerita pasal kisah disana dalam Aduan Rakyat tempohari.tentang pasar tepi jalan yang menghalang laluan kenderaan untuk berulang-alik dari simpang pulai puncak berinchang..buat perubahan……….
bestnye cameron hihland. Pernah pergi sekali jek. Tu pun sekejap sangat2
Hari Raya 4-5 tahun lepas, saya & wife sempat minum teh dkt Cameron Highland. rasanya sama tempat mcm dkt gambar tuu..mmg best..leps minum teh terus pergi ladang teh dkt sebelah tuu..
Mama dan ayah saya pun berbulan madu di Cameron Highland . 21 tahun yang lepas . Hehe 🙂
sememangnya suasana di Cameron Highlang cantik sekali untuk dilawati oleh semua insan di bumi ini.rugi kalau kita tak ke sana.betul tak farah…
x pernah lagi jejak kaki di Cameron Highland.. harap ada masa saya akan pergi..
alahai rindu plak nak pergi cameron. walaupun sini ada winter tapi pasar malam brinchang cameron jugak yang saya cari nak belasah chendawan goreng hehe 🙂
pak lang di lahirkan di cameron highlands pada tahun 1952….
Teringin jugak nak pergi buat kali kedua..insyaAllah sampai lagi..
bestnye strawberi celup cokelat..:D
ke cameroon masa pregnant 8 bulan.. hahaa.. siap naik turun tangga kat taman yg de lebah tu.. teringin nak pergi lagi wpun de org kata dah tak bape sejuk..
err… kirim salam dgn mbah dukun di kaki bukit cameron highland itew ya.. alahai yg dia tu berdiam di lata iskandar tu ler..
hehehe
Selamat bercuti kak.. strawberry tu nampak sedap jer. berapa biasa diorang jual satu bekas tu? 🙂
bergantung pada musim – paling murah pernah dapat rm 15 untuk sekilo. Biasanya rm 25 sekilo. Semalam lagi mahal – pek setengah kilo = rm 15. Saya dapat dgn harga rm 10 ( air liur letak gula + madu asli kot ).. heheheeh
Kalau sayur kat area Kea Farm ada yg 10 bungkus rm 10, 15 bungkus dan 7 bungkus. Jgn tengok bilangan bungkusnya..sebab saiz memang tak sama.
hehe..memang best gi cameron nih..tahun ni je, dah 2 kali gi sana..
Sedondon MERAHnya mak ngah
Tak penah gak pegi Cameroon Highland..
Genting pun baru 2 kali.
jeles tgk gmbr romatik tu
.
.
nasib diblurkan muka.. klu tak, jeles jeles jeles 53x hihihi
selamat mengembangkan cinta lagi… qada’ yg dah berapa lm tak jumpa tu ;D
memang seronok kan pi cameron highlands… sejuk…..
Last time pg masa rombongan sekolah. Memang best sangat kat situ, udara masih nyaman lagi.
3 hari lagi kak jie nak cuti sakan ni
hehee
Wow! bestnya… Selamat bercuti dgn penuh nikmat..
Tumpang tengok.
Kesian saya, belum pernah sampai CH seumur hidup.
have fun kak jie! series C.H tempat best..tp kalo pegi time cuti skolah, agak sesak le..hehehe
nak pegi juga ke cameron highlands.. kekeke…
salam kak…
rindunye lame tak masuk sini…
kdg2 error lak masuk belog akak nih…tatau nape…
btw, selamat bercuti2 di tempat nostalgia…
🙂
rmainyer orng update blog pegi cameronnnn huhuh..
i need a break too~ hoho
Cameroon Highlands memang best…baru sekali sempat pergi………..
i honeymoon kt situ. kenangan terindah!
Salam ukhwah
dah lama usyar blog akak,
tengok stawberi..tak tahhaannnn..
kujie
dah tengok gambar romantik yang 19 tahun lepas tu….
nanti gi Cameron , ambik gambar romatik berdua saja, waktu senja berlatar belakang ladang teh ya….
ala-ala silhoutte pun cantik jugak…
walau dah banyak kali ke cameron.. tapi x habis jelajah lagi..
bestnyerrr..udara segarr tu ..peep my latest here Check it Out!
woh kak jie
best nye dah ke cameron berpuluh2 kali
ai bru sekali
tu pun ikot rombongan universiti
kirim strawberry seguni dua
boleh?
baru 2 kali pergi cameron. memang best. banyak gak duit abis beli bunga2an..
teringat karam singh walia..
hari tu dia tunjuk banyak tanah di cameron highlands diceroboh..
selamat bercuti………………..lagi….takpe2..nanti aku nak pegi jugak
baru 2 kali pergi cameron, 2,3 bulan lagi plan nak buat gathering dkt cameron, huhu
Saya baru ke Cameron HIghland last 2 week lalu nak bali kampung singgah minum teh. Saya suka kesana sebab mcm boleh rileks tapi sekarang mcm sedih tgk CH sebab tempat tak di jaga elok nampak kotor dan byk tempat kena teroka
sha tengah planning nak pergi tp bukan sekarang…maklumlah musim hujan. lagipon nak melepaskan adik sha belajar dulu. lepas raya mungkin. haaiii…jeles pulak ngan kak jie…jeles yang amat!
setiap kali ke cameron highland, sha jatuh cinta. suka betul pemandangan kat cliff boh tuh:)
Kak Long pun suka pemandangan kat situ..
Kali terakhir ke Cameron, awal cuti hujung tahun lepas. Musim hujan masa tu, tapi masih seronok juga.
ikut jalan mana kak jie?
saya suka lalu Simpang Pulai..jalannya tak memeningkan macam dari Tapah.. kali terakhir pegi dengan family beberapa hari lepas majlis kahwin..hehehe 😀
huhu… baru plan nak g esok ..tapi kensel sebab ada member kawin ..
wah..wah..bestnya dapat lari dari cuaca panas kat sini..hehe
jgn lupa nanti emelkan strawberry cokelat 😉
Cuti sakan kak jie =P
Menjeleskan yang teramat….
p/s: tak pernah lagi pergi Cameron Highlands… ngeeeee….