Tunaikan Amanah Kepada Yang Berhak
Pengetahuan Am

Tunaikan Amanah Kepada Yang Berhak


mak,  jangan nangeslah mak….. jom kita tengok Seloka Aidiladha

Antara perkara sunat bagi orang yang melakukan korban:

Tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban.

Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya tetapi tidaklah termasuk dalam kategori haram . Boleh memotong kuku jika ia mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.

Binatang terbaik untuk berqurban.

Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.

Pembahagian daging qurban

  1. 1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,
  2. 1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan
  3. 1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.

Rujukan : zaharuddin.net ( 16 Nov 2009 )

Kepada sesiapa yang berkemampuan dan berminat,  boleh berqurban dengan 1 bahagian daripada seekor lembu yang diternak usahasama eQurban dan Koperasi Muslim Kemboja. eQurban.com adalah sebuah syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan qurban di Kemboja.

Kenapa Kemboja?

Kerana umat Islam di sana terlalu daif yang hanya dapat bertemu daging setahun sekali itu pun kalau ada rezeki.  Hanya dengan mengeluarkan RM230 sahaja berqurban 1 bahagian lembu untuk mendapat ganjaran yang berjuta kali di akhirat kelak.  Kepada yang ada pakaian terpakai juga boleh menyumbang kepada muslim Kemboja melalui eQurban.

Alamatkan pakaian sumbangan anda itu kepada :

AL ANSAR AGRO SDN BHD (835036-W)
87A, Jalan 8/1, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
03-8926 3575 / 03-8926 3593

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua, Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan saya yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…

©kujie – adik yang pernah menjadi mangsa Korban Aidiladha tu telefon, nak datang ‘tumpang’ sambut raya.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Tunaikan Amanah Kepada Yang Berhak

  1. Salam kakjie, yan yg cari keywords derma pakaian…ehehe siap bagitau lagi nie, sebenarnya tengah nak cari kat mana tempat yang boleh kita dermakan pakaian, ada banyak pakaian yang nak didermakan, semuanya elok-elok lagi, daripada tak pakai dan menyemakkan almari baik bagi pada insan yang lebih memerlukan kan.

    makasih untuk entry ini, yan nak try contact no phone di atas 🙂
    Jom terjah post menarik dari yanmie ..Ada yang rindu takMy Profile

  2. wah.. baru maza tahu sunat pada org yg membuat korban itu tidak memotong kuku dan segala bulu padanya.. huhuhu

    kira pada hari kurban tu nanti mcm kita bertahlul jugalah ya, mcm org kat Mekah yg itew….
    Jom terjah post menarik dari maza ..Majlis Konvokesyen NasrunMy Profile

  3. malam ni kene trim janggut sket. dah serabai. 😆

    p.s tahun ni raya di perantauan (mahu merasa) :mrgreen:

Comments are closed.