Jahatnya Kamu
Peribadi

Jahatnya Kamu

Assalamualaikum kepada pembaca yang dirindu – rindulah sangat, kan… semalam satu hari tak dapat nak online.

Bangun subuh² on komputer, nampak lampu DSL kat modem tu berkelip² hidup segan mati tak mau. Biasanya setiap pagi mesti on YM berwebcam dengan cik abang di sana. Saya bangun dia baru nak tidur – kita dah masuk hari baru, dia masih satu tarikh kebelakang.  Biasanya sembang tak sampai 10 minit pun, pagi² saya sibuk nak siapkan sarapan dan bekal Intan ke sekolah.  On webcam untuk hai…  hai…. muahhh…muahhhh je..:lol: atau bercamwhore gedik² belum cuci taik mata.

Relex² sudah… internet saja. Bila tak dapat online, saya ajak anak² buat operasi pembersihan rumah sempana AidilAdha. Bila tak dapat beronline, macam²lah projek lain yang boleh disiapkan. Hidup bukan semata² dalam talian.

Saya tak call TM buat report pun – belum 24 jam, takkan nak kecoh, kan. Kawasan kami memang biasa alami gangguan bila ‘hujan’ lebat – adik beradik Astro!

Pukul 9.30 malam tadi, sedang bersiap² nak hantar Along dengan Maksunya ke stesen keretapi nak balik Kedah, Intan terperasan sesuatu

“patutlah tak de internet……………mama tak cucuk benda ni….”

huwaaa………… patutlah DSL berkelip main mata dari pagi. Patploh lima juta hari pun memang tak beronlinelah kalau tak cucuk.

“sapa yang cabut?”

” Intannnnnnnnnnn…tadi kilat”

Oh jahatnya kamu……..Jahatnya kamu

p/s – kat Algeria dah raya hari ni… Salam AidilfitriAdha Abang

©kujie – hari ni pukul 8 dah sampai pasar dengan Angah – beli ayam, serai, halia, lengkuas, daun kunyit, bawang, santan dan segala jenis nak memasak .

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

37 thoughts on “Jahatnya Kamu

  1. Salam AidilAdha Kujie
    Hari ni lebih drp separuh waktu kerja saya habiskan di web ni..mood raya ..boss pun daa tak kisah..hikk

    dapat la serba sedikit tips tuk cantikkan blog saya..

    tapi saya ada masalah, iklan nuffnang saya tak keluar..
    Jom terjah post menarik dari lawang ..SALAM AIDIL ADHAMy Profile

  2. bagus intan alert dengan kilat dan hujan. mengelak lintar pintas. kita pun make sure smua plug and suis off dan cabut bila guruh berdentum-dentum. ngeri.
    Jom terjah post menarik dari cha ..Gift daripada EijaMy Profile

  3. kalau col TM pun ok ….diorang test dulu semua benda …last last bila tak leh gak baru diorang sambungkan wayar tu ….gagagagaga…selalu jadi tu

  4. hehehe kak jie..memang sampai taun depanla takleh on9 kalau tak cucuk tu…

    selamat hari raya aji kak jie…
    Jom terjah post menarik dari intankuterpilih ..Aksi Tidur LuqmanMy Profile

  5. ala… maksu dah balik pulak….
    *ok.. takde kena mengena dengan entry…

    hari tu dapat modem lagi bagus dari tm sebab dah rosak.. hehe.. tapi 2 hari jugak la tak on9.. rosak pun puncanya tnb yg selalu short blackout.. sakit hati tak tau nak marah macam mana lagi..
    Jom terjah post menarik dari menteil ..Mahalnya Ucapan Terima KasihMy Profile

Comments are closed.