Pengetahuan Am

Salam AidilAdha Dari Algeria

Hari ini 16 hb november 2010 adalah hari raya aidul adha di Algeria.  Ianya sehari lebih awal di sambut berbanding di Malaysia.

Diri segi geografi ,Malaysia adalah 7 jam awal dari Algeria tetapi jika Malaysia menyambut raya pada hari yang sama dgn Algeria ……. Malaysia telah mendahului raya berbanding Mekah. Jadi Algeria menuruti Mekah yang kemudian barulah dituruti Malaysia.

Di Algeria…..warganya membuat persiapan awal dengan cuba mendapatkan kambing jantan (korban) dengan harga serendah mungkin. Sama ada terus dari ladang atau ditempat2 tertentu  tumpuan ramai. Agak mahal harganya…dalam lingkungan rm 1000 hingga Rm1700 (25000da -35000da).

Tidak seperti Malaysia…kambing biri2 jantan menjadi pilihan utama berbanding lembu atau kambing biasa.

Mereka tidak sekadar menjual di ladang…..malah mempamirkan kambing di tempat tumpuan ramai seperti di kawsan letak kereta berhampiran pasar atau di persimpangan jalan yang agak sibuk.

Di Costantine (Al khroub)terdapat pasar minggu besar pada hari Jumaat. Ianya merupakan tumpuan peladang dan peniaga untuk menjual ternakan korban mereka. Pasar terbuka (pasar pagi) seluas 4 padang bola ada menjual bermacam2 barangan dari sekecil skru hingga sebesar lembu korban. Malah pada minggu lepas ada seekor unta yang dipamirkan untuk jualan.

Pemilik baru kambing amat menyayangi kambing mereka. Malah kanak2 sering kelihatan membawa kambing bersiaran di kawasan kediaman. Yang menghairankan…kambing tersebut di bawa berjalan2 seperti membawa binatang kesayangan (pet) dan kambing itu patuh seperti telah kenal  lama tuan barunya (gembira akan pergi syurga ….kot).

Malah si ayah tidak menghiraukan bau “wangi”kambing untuk mengkudakan kambingnya.   Ada orang malaysia buat begitu?

Sembelih kat mana?  Kat leherlah… itu teka teki waktu hingusan.  Mereka menyembelih kambing di mana saja tanpa masalah langsung.Tepi jalan ….tepi rumah flet….semua itu tak jadi masalah.

Depan tangga…Laluan masuk rumah flet 5 tingkat pun mereka boleh lakukan tanpa ada masalah.

Jika terdesak sangat….dalam rumah pun boleh sembelih…….ADA BERANI KA……….?  Jawap pakcik jawab.

Yang menarik nya….kambing tersebut akan dibiarkan bergantung semalaman untuk ditoskan air di dalam daging.

Tak rosak ke? Lalat tak bertelur ke? Jawapannya……… ada di Catatan Pengembara – Travelog Dari Algeria

Panggil saja Abang Ann . Suami kepada puan pemilik blog. Sekarang bertugas di Hulu Terengganu.

17 thoughts on “Salam AidilAdha Dari Algeria

  1. serious.. maza ni jenis yg tak boleh tengok binatang yang kenea sembelih… kalau makan laju jer..hehehe :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    kata org hidustan ‘seriau’ gitew..
    mcm ngeri jerk, seolah2 di leher sendiri diletakkan pisau kemudian dihiris-hiris.. alahaii..

    tu lah.. entah macam lah maza mahu mengorbankan kambing sendiri jika di tanah suci Mekah nanti.. huhuhu

  2. sebabnya…ada tertulis pada awal entry….kita tak boleh raya mendahului mekah….jadi kiraan nya dari mekah ke arah barat.tq

  3. menarik. saya sambut Aidiladha semalam, sehari awal berbanding Malaysia. kat sini xde sembelih2 sbb undang2 kt sini x membenarkan aktiviti sembelih dilakukan. kalau ada pun kn dptkan lesen dan dibuat secara tertutup. biasanya org korban kambing atau lamb.. xde lembu..

  4. bestnya hidup di perantauan..rasa nak kuar dari Malaysia yang semakin tak aman ni..setiap hari ada tetak menetak..huhu 🙄

  5. Salam perantauan dari kanada 😀

    Kalau ikutkan sepatutnya raya lambat 24 jam dari malaysia, tapi taktau kenapa, raya korban sehari awal epulak.

    – Berbeza kat sini, dengar2 korban tak boleh dilakukan secara terbuka. Maklumlah, negara Barat.

  6. tak sangka dalam rumah pun boleh sembelih .. kalau kat malaysia la .. mau kena jerit dgn org kampung .. “ehh .. gile pa mamat tu sembelih dlm rumah” =)

Comments are closed.