Siapa Smart Siapa Tak Smart
Pengetahuan Am

Siapa Smart Siapa Tak Smart

Dari jauh saya dah nampak ada sebuah kereta yang berhenti lama menunggu lampu hijau.

Sampai dekat baru perasan, kereta tersebut berhenti terlalu jauh dari garisan berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Patutlah…………. tunggu 44 hari pun tak lepas² ni.  Saya berhenti kereta, turun dan berjalan ke arah kereta di depan.

Pemandu lelaki tersebut sedar kehadiran saya dan menurunkan cermin tingkap keretanya.

” encik kena pergi depan lagi…ini ‘smart traffic light’ – dia akan tukar ke lampu hijau kalau dia detect kereta kita , encik berhenti jauh sangat…dia tak dapat kesan”

“oh …ye ke………….. kalau macam tu tak smartlah….
image : 9gag.com

Lantaklah…siapa smart siapa tak smart… saya berpatah balik ke kereta dan dia memandu ke hadapan. Sekejap saja lampu bertukar hijau.  Saya pun tak harap dia ucap terimakasih , yang saya harapkan  saya boleh lalu dan balik rumah.

Simpang ke Stesen Komuter Serendah bukan laluan sesak. Jadual komuter ke Rawang atau ke Tanjong Malim setiap 1 jam sekali. Jadi memang tepatlah sistem persimpangan tersebut menggunakan ‘Lampu Isyarat Pintar’ bukan seperti sistem biasa yang tetap akan bertukar warna mengikut sela masa yang ditetapkan walaupun tiada kenderaan melalui simpang tersebut.

Kalau guna lampu isyarat biasa nanti ada pula yang maki² …”bodoh…! tak ada kereta melintas pun nak kena berhenti…lampu merah” . Kesian tau kat tiang lampu isyarat tu ….. terpacak memberi khidmat.

Bukan semua orang ‘alert’ dengan persekitaran harian mereka. Bukan semua orang ambil kisah dengan sistem sesuatu  tiang lampu isyarat tu…

©kujie – jari dah ok sikit..dah boleh dibengkok,kan..tak de gemok² lagi

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

66 thoughts on “Siapa Smart Siapa Tak Smart

  1. kalaulah tersangkut kat trafik lite mcm ni…lamaaaaaaaaaaaa tunggu tapi dia masih tak tukar2 warna…. gerak ke depan sikit…pelan2…. 😆

  2. rasanya itulah satu2nya cara nak tau…. lagi pun kalau dah hari2 kita lalu…mesti kita perasan perubahan lampu dgn yang biasa kita jumpa – 😉

  3. ye…komuter Rawang – Tanjong Malim…satu² laluan yang tak lalu KL Sentrel 😆 sangat best sebab tak de stesen terlalu kerap………….dari KKB – Tjg Malim….jarak yang jauh tu bolehlah tidur selelap.

    Bila nak p Yik Mum , berhenti Serendah ye..nk kirim pau 😆

Comments are closed.