Siapa Smart Siapa Tak Smart
Pengetahuan Am

Siapa Smart Siapa Tak Smart

Dari jauh saya dah nampak ada sebuah kereta yang berhenti lama menunggu lampu hijau.

Sampai dekat baru perasan, kereta tersebut berhenti terlalu jauh dari garisan berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Patutlah…………. tunggu 44 hari pun tak lepas² ni.  Saya berhenti kereta, turun dan berjalan ke arah kereta di depan.

Pemandu lelaki tersebut sedar kehadiran saya dan menurunkan cermin tingkap keretanya.

” encik kena pergi depan lagi…ini ‘smart traffic light’ – dia akan tukar ke lampu hijau kalau dia detect kereta kita , encik berhenti jauh sangat…dia tak dapat kesan”

“oh …ye ke………….. kalau macam tu tak smartlah….
image : 9gag.com

Lantaklah…siapa smart siapa tak smart… saya berpatah balik ke kereta dan dia memandu ke hadapan. Sekejap saja lampu bertukar hijau.  Saya pun tak harap dia ucap terimakasih , yang saya harapkan  saya boleh lalu dan balik rumah.

Simpang ke Stesen Komuter Serendah bukan laluan sesak. Jadual komuter ke Rawang atau ke Tanjong Malim setiap 1 jam sekali. Jadi memang tepatlah sistem persimpangan tersebut menggunakan ‘Lampu Isyarat Pintar’ bukan seperti sistem biasa yang tetap akan bertukar warna mengikut sela masa yang ditetapkan walaupun tiada kenderaan melalui simpang tersebut.

Kalau guna lampu isyarat biasa nanti ada pula yang maki² …”bodoh…! tak ada kereta melintas pun nak kena berhenti…lampu merah” . Kesian tau kat tiang lampu isyarat tu ….. terpacak memberi khidmat.

Bukan semua orang ‘alert’ dengan persekitaran harian mereka. Bukan semua orang ambil kisah dengan sistem sesuatu  tiang lampu isyarat tu…

©kujie – jari dah ok sikit..dah boleh dibengkok,kan..tak de gemok² lagi

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

66 thoughts on “Siapa Smart Siapa Tak Smart

  1. untuk persimpangan yg sentiasa sibuk….ke empat2 simpang sibuk tak sesuai kot guna sistem ni

    utk simpang kecil yg tak sibuk…jadi jalan utama sentiasa hijau kalau tak ada kereta

  2. Mugkin ramai yang tak aware pasal smart traffic light ni sebab semuanya kelihatan sama je..

    Mungkin kerajaan patut buat tiang dia warna lain ke, contohnya putih atau kuning menandakan ianya smart traffic light.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..DENGGIMy Profile

  3. suka lampu isyarat yang ada countdown bila nak bertukar warna tu.. terasa macam starting grid litar lumba pulak :mrgreen:
    oh ye.. bila baca entri ni baru teringat yang komuter dah sampai ke tg. malim.. boleh la nanti kesana makan kuih pau naik komuter
    Jom terjah post menarik dari techtalk res-q ..Maxis HTC HD7 Windows Phone 7My Profile

  4. kat kawasan sini ada 2, satu persimpangan jalan masuk taman perumahan kami..tapi dah guna lampu isyarat biasa sejak tiang lampu kena langgar

  5. Betul… lampu isyarat pintar sesuai untuk persimpangan yang susur simpang tidak sibuk..jadi jalan utama tidak perlu berhenti kalau tidak dikesan adanya kenderaan datang dari simpang kecil.

  6. kawasan kak jie kat hulu selangor
    mmg sesuai utk persimpangan yg tak sesak..jadi tak perlu lampu merah kalau tak ada kereta

    kat bandar rasanya tak sesuai, sebab keempat-empat simpang pun kereta berlambak2 😆

  7. ramai yang tak tahu rupanya.ingatkan saya je.hehe….tak ucap time kasih ke brader tu?ish.tak smart langsung la dia tu.hehehe…

    bila kita tak sakit, tak rasa nikmat dia, tapi bila sakit, baru terasa nikmatnya…kan kak jie? moga cepat sembuh jari tu.. Pas ni tak chance dah la nak buat isyarat lucah…muahaha
    Jom terjah post menarik dari Amry ..Kenali Bahasa SEO- Meta-Tag Bahagian 1My Profile

  8. woo ada gak sistem ni kat malaysia ya.. kira sikit lagi capai malaysia maju 2020..heheheh

    progress yg menarik utk kujie… sudah kempis jari antoonya bermakna tak lama lagi akan rancaklah papan kekunci.. dan semakin hebat ia menari memberi info di sini.. hehehhee

    yg baik2 aje utk kujie yg comel itew.. hehehehe
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Berkebun di pusara ayahMy Profile

  9. Traffic light yang jenis tu dia pakai sensor. Dia akan detect kenderaan pada jarak-jarak tertentu kemudian program akan menentukan lampu mana yang patut hijau dulu berdasarkan jumlah kenderaan.

    Manakala lampu trafik yang lama, ia menggunakan sistem timer yang perlu disetkan awal-awal. Kalau salah set, jalan lengang pun kena tunggu lama.
    Jom terjah post menarik dari Sylarius ..CutiMy Profile

  10. memang bagus sebenarnya smart trafic light ni, dan yang paling penting kalau nak berhenti make sure di tempat yang ada mcm kawasan ditandakan petak..mcm ada garisan hitam, kat situ sensor untuk smart trafic light berfungsi
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Cik Shida dari paritMy Profile

Comments are closed.