Kak Jie buat isyarat lucah?
Peribadi

Kak Jie buat isyarat lucah?

Tanpa sarung tangan ( sebab sikit saja ) saya mencempung rumput dan tiba- tiba…

aduh!  sebatang jarum yang disyaki telah berkarat tertusuk di jari tengah agak dalam hampir 1 inci.  Saya cabut dan setitis darah mengalir keluar.  Nasib baik kat rumah memang ada  First Aid Kit , saya sapu cecair  antiseptik warna kuning.

Petang tadi, keadaan makin membengkak ,  cekang dan berdenyut- denyut.  Pergi klinik kena suntik sejarum ( doktor cakap takut kena kancing gigi @ tetanus)  dan dibekalkan ubat antibiotic ( cloxacillin sodium) dan tahan sakit (mefenamic acid )

Tuuu…….gambar kat atas – jari tengah yang merening! tu webcam dok mengadu dengan cik abang tu …. sakit….oooo..sakit tau….. sakit sangat!   Gedik je lebih!

Glosari

  • cempung – mencempung membawa sesuatu
  • cekang – dlm keadaan tegang; kaku , terbuka luas: kedua-dua belah matanya
  • merening – rening-rening bengkak, cekang, kaku, kejal, tegang

minddle finger dengan  ‘mulut ikan’ baru kena gaya!

©kujie – jangan ada yang upload kat facebook buat fanpage kutuk middle finger Kak Jie tu ye…:lol: cian dia…sakit tau!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

60 thoughts on “Kak Jie buat isyarat lucah?

  1. Memang bisa yang amat apabila jari tersebut berdenyut. Pernah sekali tengah cuci rantai motorsikal waktu Mahgrib dimana ibu jar tersepit antara rantai dan sprocket. Masa kena brapp bunyi kena 3 jahitan tak boleh tidut malam tuh. Tuh orang tua-tua kata jangan duduk luar ketika Mahgrib tak nak dengo kena akibatnya nasib baik tak kudung ibu jari

  2. hehe…jji ada lucah kak jie. hehe…mmg da boom la kak jie. kak jie sihat? sy ada kat perlis skg ni…blk kemas barang jap nak masukkan dalam stor…tu dpt on9…next week kena blk tpg dah…hurm…
    Jom terjah post menarik dari Mohd Isa ..Lagu Tema Drama AsmaraMy Profile

Comments are closed.