Kak Jie buat isyarat lucah?
Peribadi

Kak Jie buat isyarat lucah?

Tanpa sarung tangan ( sebab sikit saja ) saya mencempung rumput dan tiba- tiba…

aduh!  sebatang jarum yang disyaki telah berkarat tertusuk di jari tengah agak dalam hampir 1 inci.  Saya cabut dan setitis darah mengalir keluar.  Nasib baik kat rumah memang ada  First Aid Kit , saya sapu cecair  antiseptik warna kuning.

Petang tadi, keadaan makin membengkak ,  cekang dan berdenyut- denyut.  Pergi klinik kena suntik sejarum ( doktor cakap takut kena kancing gigi @ tetanus)  dan dibekalkan ubat antibiotic ( cloxacillin sodium) dan tahan sakit (mefenamic acid )

Tuuu…….gambar kat atas – jari tengah yang merening! tu webcam dok mengadu dengan cik abang tu …. sakit….oooo..sakit tau….. sakit sangat!   Gedik je lebih!

Glosari

  • cempung – mencempung membawa sesuatu
  • cekang – dlm keadaan tegang; kaku , terbuka luas: kedua-dua belah matanya
  • merening – rening-rening bengkak, cekang, kaku, kejal, tegang

minddle finger dengan  ‘mulut ikan’ baru kena gaya!

©kujie – jangan ada yang upload kat facebook buat fanpage kutuk middle finger Kak Jie tu ye…:lol: cian dia…sakit tau!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

60 thoughts on “Kak Jie buat isyarat lucah?

  1. Isyarat lucah tu,bersebab tak pe….Jika tak nak lucah boleh ambil gambar jari tu separuh……..hehehe

  2. hehehe…..ingat apa……
    kak jie ni wat suspen jer…hehehehe
    leh la pulak kene kat tengah yek?? hehehe

  3. memang dalam…sebab masa kak jie cabut tu
    rasa….lepas kena tu dah sapu antiseptik
    sebab kat rumah mmg ada First Aid Kid

  4. ha ha ha….udah tu..yang sakit jari tengah
    tak kan nak webcam dgn ci abang, tunjukkan jari manis pula

    yang tu tunjuk utk maksud lain
    request cincin emas berlian ke….hehehe 😆 :mrgreen:

  5. ingat tak ada apa pun..sikit saja
    jarum je…

    tapi petang tu dah membengkak..takut nanti malam lagi sakit
    pergi klinik jugalah….

  6. bengkak…kembang..cekang…keras….tak boleh lipat
    waktu solat tang tahiyat pun tak boleh lipat dgn sempurna
    hari ni dah ok sikit…

  7. ini bukan keyword lucah… kalau keyword lucah
    contoh mcm

    melayu b*g*l..melayu…melayu…melayu…melayu… (try tulis melayu kat ‘google’)
    anggota kelamin lelaki perempuan ( tak sanggup nak tulis satu-satu )
    aksi seks ( berbagai keywords jenis ni )
    nabiel raja lawak
    video comolot tu..

    itu baru keywords yang panas

    isyarat lucah bukan keyword yang panas – tak de sapa nak cari isyarat macam mana..sebab dia org dah pandai buat pun aksi berlucah tu…hehe

  8. Bahaya tu Kak Jie kalau terkena besi karat ni. Silap-silap boleh kena blood poisoning. Tak pegi klinik ke. Biasa kalau kat klinik, diorang akan bagi suntikan tetanus.
    Jom terjah post menarik dari sylarius ..CutiMy Profile

Comments are closed.