Pengetahuan Am

Jom Undi Johnson’s® Baby Most Loving Moments

Kali ini mari  kita mengundi calon-calon comel dalam pertandingan Johnson’s® Baby Most Loving Moments. Saya jamin anda mesti merasa tenang dan diselimuti bahagia bila menatap wajah mungil bayi comel ini.  Pancaran tulus dari senyuman yang lahir dari anugerah Tuhan  terindah.

Mudah sangat, tak perlu beratur di pondok panas atau diterjah perayu undi, gunakan pancaindera dan kebebasan mutlak untuk mengundi.  Undian anda tentunya boleh menceriakan lagi si kecil.

Ada empat katagori yang disediakan. Pilih wajah keletah mana yang menyentuh hati.

Johnson’s® Baby Most Loving Moments – Brighter Smile.

Antara ibu dan anak, tidak perlukan kata-kata untuk dirasa, segaris senyum sudah cukup untuk menyulam ria.  Senyum seorang anak bermakna kesenangan, kebahagian dan memiliki kekuatan untuk memberikan perasaan damai kepada orang yang memberi ataupun yang menerima.

Johnson’s® Baby Most Loving Moments – Reaching Out.

Naluri seorang bayi yang ingin menerokai insan yang pertama kali ditatapnya.  Cinta itu bukan hanya ungkapan tapi suatu bukti perbuatan yang nyata untuk orang yang dicintai .   Sentuhan seorang anak adalah sebuah rasa cinta dan kepercayaan.

Sentuhan itu seolah-olah bertindak sebagai pelindung dan luahan kasih sayang yang begitu mengasyikkan.

JJohnson’s® Baby Most Loving Moments – Giggle & Vocalization.

Senyum itu bahasa universal untuk mengungkapkan kebahagiaan.  Jika kita berharap dunia akan menjadi lebih baik di tangan anak-anak nanti, maka mari kita berikan senyum dan cinta kepada anak-anak kita.

Johnson’s® Baby Most Loving Moments – Gazes.

Semenjak seorang anak keluar dari kandungan, ia dibentuk oleh kuasa tatapan ibunya. Dengan mata yang terpaku pada bayi mungil ibu menjadi cermin bagi sang anak melihat dirinya sendiri . Isyarat mata dari seorang anak adalah suatu mesej berbaur kasih sayang mengalir antara mereka.

Asyik, kan?  Jomlah kita mengundi.

Mula-mula, masuk laman web www.ilovejohnsonsbaby.com .

Untuk pertama kali, pendaftaran diperlukan.  Klik ‘Register’

Untuk mengundi, Pilih satu dari katogari yang disenaraikan. Brighter Smile, Reaching Out, Giggle & Vocalization dan Gazes. dan akhir sekali klik butang ‘Vote’.

Untuk melihat setiap gambar dengan jelas, klik saja photo bayi tersebut untuk zoom in.

Jom ramai-ramai kita mengundi…. saya pasti anda tak akan kecewa dengan gambar manis dan wajah mulus tulus suci anak-anak comel tersebut.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

35 thoughts on “Jom Undi Johnson’s® Baby Most Loving Moments

  1. kena register yg lemau nieh 😛
    .-= blowie´s last blog ..Selesema BABI H1N1 Membabi di Kuala Lumpur =-.

  2. Bila saya nak mengundi Kak dengan barisan tentera yang lain? :mrgreen:
    .-= KampungBoy´s last blog ..Tutorial Cara Buat Blog [Siri 2] =-.

  3. Salam hormat wahai kujie.

    Baru semalam Abang long bercerita dengan isteri. Semasam masam bau bayi, kita tetap suka hendak cium, dan semasam – masam bau badan orang dewasa …

  4. iza suka baby jugak….hehehe. sanggup layan nih walaupun bukan anak sendiri.
    lawa lah gambar2 tu… teringin nak amik gambar camtu.. hehe.. sapa yer mama dan baby kot dekat2 ni nakkan khidmat potografer free :mrgreen:

      1. @Kak Long, lawaklah kak long ni 😛 😛
        ekceli ciri yang ada sikit sangat pada iza tu mambantu waktu iza diperantauan, natijahnya tu buat iza tersengih :mrgreen:

  5. comel sangat.. mula lah teringat kat baby sendiri.. dah bangun pun dia.. kena lah neeza angkat dia.. mulut dah bunyi2 tu heheh..
    .-= Neeza´s last blog ..Lip blisters =-.

  6. Dah 11 tahun tak timbang baby sendiri. Tie ni tak berapa terliur kat baby orang…entah laa… tak normal kot ! Yang paling comel ? Hmm….rambang mata laa…
    .-= Tie´s last blog ..Jatuh cinta lagi =-.

    1. @Tie,

      Alamak ! Salah eja, timbang tu sebenarnya timang, ekekeke……..
      .-= Tie´s last blog ..Jatuh cinta lagi =-.

      1. @Kujie,

        Alaa…Jie….

        Tak payah nak rindu-rindu laa

        Boleh start buat malam ni jugak !! Uwaaaa……… :mrgreen:
        .-= Tie´s last blog ..Jatuh cinta lagi =-.

        1. @Tie, amboiiiiiiiii makcik Geng Periuk Tanah ni noty erk….nakai noooo…terlebih hormon ke? 😆

          section closed la Tie… 😆

          1. @Kujie,

            Shhhh…………. 😳

            Jangan sampai pokcik sebelah rumah tu tau !! Waakakakaa…….. :mrgreen:
            .-= Tie´s last blog ..Jatuh cinta lagi =-.

  7. Saya nak undi gambar Akram dengan ibunya.. eh takde kat situ eak.. 🙂
    .-= nuaeman´s last blog ..Apakah Mereka Mengerti? =-.

  8. chomeynyerrr..
    .-= en_me´s last blog ..i know i cannot be a wedding photographer =-.

    1. @samdaddycool, undilah……… senang saja..beberapa minit saja..lagi pun tak rugi menatap wajah comel macam tu 😆

    2. :mrgreen: Cam bes ni..kene join undi jgk nie hehe..First time here..best artikel kat cni..nice.
      .-= Pokjat Personal Finance´s last blog ..Nuffnang latest Screenshot =-.

Comments are closed.