Pagi-pagi belum sempat mandi, encik Poslaju dah ketuk pintu gate. Bungkusan dari Melaka yang dipos jam 11.40am semalam 10/08/09 selamat sampai. Lajukan…tak sampai 24 jam.
Ingat tak saya pernah post entri ingin mencari buku Bermulanya Dengan Tup! Tap! ?[ link ] . Syukur kerana ada blogger bermurah hati mengirimkan buku tersebut untuk dipinjam.
Terimakasih Cik Chokilala Riang kerana percayakan Kak Jie untuk meminjam harta kesayangannya. Kami bukanlah sangat rapat hanya sesekali meninggalkan komen di blog masing-masing tetapi beliau percayakan saya, Itu sangat mengharukan!
Bonus menarik ! kerana dia bukan saja kirimkan satu tetapi 2 buku klasik yang sangat menarik. Buku kedua bertajuk ” Bacakan Saya Cerita!”, terjemahan Hajah Hamsiah Abd Hamid keluaran DBP tahun 1994. Buku ini mengandungi kumpulan cerita mudah peringkat kanak-kanak yang diterbitkan di bawah Program Penerbitan Bersama Asia-Pasifik (PBA) dengan kerjasama Negara-negara Anggota Unesco di Asia dan Pasifik.
Ada cerita dari Papua New Guine ( Mangga Ajaib ) , Myanmar ( Cik Nuri Shwe Gae ) , Mongolia ( Yaganduran dengan Kuda Merah Jambunya ), China ( Beruang Malas Membeli Tembikai ) .
Nak tahu lebih lanjut, kenalah cari buku klasik ini sendiri ye…
Along di asrama, Angah bertugas Pusat Sumber balik 4.30 petang, Intan balik 6.00 petang…. tinggal keseorangan, saya bacakan cerita untuk anak-anak ikan saja lah….nanti UPSR straight A! Ha ha…
Belum sempat mukasurat 3, saya yang terlelap dibelai angin sepoi-sepoi tak reti bahasa!
kali pertama buka blog ni .. sebab nak search citer kanak untuk anak .. best..ah dengar anyway.. tajuk buku kat atas tu memang tak pernag dengar.. 🙂
jangan jadi sarang nyamuk sudahlah kak jie..
.-= MyDailyBlog.Info´s last blog ..Tips Asas Selepas Pemasangan Sistem WordPress =-.
lawa rumah kakjie,penuh dgn pokok 😛
.-= blowie´s last blog ..Selesema BABI H1N1 Membabi di Kuala Lumpur =-.
Salam Kak Jie….. Lama tak jenguk blog Kak Jie. Jomlah jenguk aktiviti terkini merakemas…..
akhirnya dapat juga kak jie buku tersebut. saya pun belum pegi rumah orang tua saya untuk mencari buku tersebut.
seronok tengok ruang santai kat dalam gambar tu. he3.
.-= megat´s last blog ..Prototaip Tema Baru, Separuh Perjalanan Untuk Siap Sepenuhnya =-.
teringin lah nak lepak tang tu.. pastu interview ikan2 tu paham ker tak cerita2 tu 😀 pastu bawak IRIS ronda2 kat taman tu…
urmmm tunggu jemputan ni 😳
tengok tempat bersantai Kak Jie tu, neeza pulak yang terasa syok.. bestnya kalau dapat baring kat situ sambil2 tengok ikan.. hehe..
.-= Neeza´s last blog ..Lip blisters =-.
Bagusnya hantarkan buku itu kepada Kakak! Kami orang Melaka memang baik. LOL :p
bestnya tengok pintu rumah terbuka luas, angin sepoi-sepoi bahasa, terlena pula. tapikan kat bandar macam ni tak dapat nak stay seorang diri di rumah dengan pintu terbuka macam tu, faham-faham je lahkan, tak pasal2 tetamu tak diundang ada dalam rumah.
.-= zany´s last blog ..Boleh Hidupkan Tanpa………………… =-.
@zany, ooo..tu buka menghala ke pintu utama…tu sliding door kt sisi tepi rumah…terus ke taman..tempat lepak tu….kadang2 sarapan pun usung periuk makan kat situ…adik beradik kalau dtg..dia org bukan nk mkn kat dapur…mesti nak bentang tikar kt situ….sambil bersantai
pintu depan, gate utama dah kunci…kawasan belah taman tu level dia lebih tinggi dari jalan, jadi orang tak nampak pun kita duduk2 baring kt situ…
kalau kak Jie bacakan, rakam , lepas tu publish kat sini… menarik tu. Mesti ramai yang nak! Sapa setuju angkat tangan..
.-= samdaddycool´s last blog ..Apa korang buat bila tak boleh tidur malam? =-.
@samdaddycool, isshhh….kalau nk cakap , bercerita mcm rancangan kanak-kanak kat TV tu…tergagap-gagap le 😆
@Kujie, eleehhhh.. merendah diri K. Jie…. try la K. Jie, kalau malu, berikan pada 2 – 3 orang bagi dengar rakaman tu. Kalau puashati, baru publish..
.-= samdaddycool´s last blog ..Apa korang buat bila tak boleh tidur malam? =-.
wah3x…
3 page je dah tido..
kesian kat anak2 ikan tu dengar cerita separuh jalan..
@Azah, he he he….tapi cerita kat buku ni lucu-lucu..boleh gelak sampai ikan terkejut
eh betul ke boleh baca buku tepi kolam tu sambil ada angin sempoi2…sure tak lepas muka surat 1, mukaddimah…. adeih, tambah lepas waktu mkan tghari.
.-= AyKay´s last blog ..Ramadhan kali ini….(1) =-.
@AyKay, tau tak pa…. angin bertiup , bunyi kicau burung, air mengalir…ikan melompat…kehkehkeh…mmg lelap
Selamat membaca ye kak jie..Nanti boleh dikongsikan sinopsis nya di sini.. 😉
.-= Bb Hussain´s last blog ..Tetralogi Laskar Pelangi =-.
@Bb Hussain, uiikkk..sikit-sikit bolehlah………… 😆
Bestnya lepak luar rumah baca buku
.-= kruel74´s last blog ..This is my country, so I expect to be treated as a second class citizen =-.
@kruel74, membuai-buai …….kemudian hanyut….dengan bunyi kicauan burung liar 😆
sumpah yonna lg tatau buku apa yang mama ckp kan ni hahha.
but the best part,izah (chokilala) percaya dan bagi pinjam buku tu kt mama 🙂 sedangkan takde serapat mana kan? err naluri dia kuat percaya mama tu 😆
.-= yonna´s last blog ..Y530 : Setem Pagi dan Petang =-.
@yonna, mana tau la…….awak hanya nampak novel cinta sajork! 😆
Itulah…bukan senang tau… kena jaga elok2 perhubungan dan kepercayaan ni..mama nak scan buku ni.
Ada lagi ke buku ni di pasaran.. sejujurnya memang tak pernah dengar tajuk-tajuk ni walau hampir setiap bulan saya ke kedai buku.
.-= nuaeman´s last blog ..Apakah Mereka Mengerti? =-.
@nuaeman, buku-buku ni memang tiada stok di DBP…cetakan pertama tahun 1987.