H1N1: Jumlah Kes di Malaysia: 1,983 dengan jumlah kematian 32 orang setakat 10 Ogos 2009 – sumber Laman Web Rasmi Influenza A(H1N1)
Dua hari saya berurusan ditempat awam dan saya lihat kesedaran untuk memakai penutup mulut dan hidung ( mask ) amatlah rendah. Kita tahu Influenza A (H1N1) merebak melalui batuk dan bersin, tetapi kita mendedahkan diri untuk dijangkiti dan menjangkiti kerana tidak memakai mask.
Di pasaraya semalam, hanya kami sekeluarga yang memakai mask dan orang ramai melihat seolah-olah kami manusia alien tercampak dari planet entah mana.
Tak cool ke pakai mask?
Saya ke hospital tadi dan melihat pekerja sokongan hospital juga tidak memakai mask dan peratusan orangramai yang berkunjung tidak memakai mask juga mengecewakan. Di bahagian Radiology tadi, hanya saya dan suami memakai mask.
Tengok Intan, di sekolah tadi hanya dia dan seorang murid lain yang saya lihat memakai mask. Angah juga beritahu di sekolah tadi, hanya dia, seorang murid lain dan seorang guru yang memakai mask . Nasiblah anak-anak saya tidak kisah digelar ninja atau alien.
Saya sayang anak-anak saya, saya sayang keluarga saya jadi saya berusaha melindungi mereka. Setelah berusaha barulah kita menyerah.
Kami tak cool ke bertopeng seperti ini?
Ini masalah kesedaran diri sendiri, lagi masalah yang saya sedar adalah betapa sukarnya untuk mendapatkan belakan penutup mulut dan hidung (mask). Hari ini saya berkunjung ke 4 farmasi dan 2 kedai ubat untuk mendapatkan mask tetapi kesemuanya kehabisan bekalan.
Mask pun hendak disorok seperti gula, kah?
Saya rasa, kerajaan perlu bekalkan mask kepada setiap murid di sekolah dan penjualannya dipermudahkan. Jual di tempat awam yang mudah dikunjungi orangramai seperti di stesen bas atau di stesen minyak.
Minggu lepas saya beli mask yang sama di kedai yang sama berharga RM 0.50 tetapi hari ini harganya meningkat menjadi RM 1.
©Kujie- Mengetahu perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul!
Love the color of your blog. blogwalking from imcurtain.com
saya baru membelinya semalam.. Rm 0.70 satu. Kami beli satu kotak Rm 35. Ingat nak buat kejutan kat mak dan abah bila balik kampung malam jumaat ni.. dengan semuanya bertopeng ketika sampai dimuka pintu rumah termasuk si Ammar. 🙂
.-= nuaeman´s last blog ..Apakah Mereka Mengerti? =-.
@nuaeman, ada beberapa jenis, ada yg tebal ada yg bahagian atas tu boleh dibentuk ikut bentuk hidung, ada yang tak boleh…
kak jie nak cari jenis tebal, ikat bukan bergetah…tak jumpa2
owhhh…nak buat kejutan ala ninja lah ye
hehe..mama nampak macam alien eh?
bai dok terasa macam transformer la pulak bila pakai mask tu.
dgn keadaan jerebu mcm ni, elok jugak pakai mask tu selain utk elak penyakit tu.huhu..
badan ni mcm nak demam pulak rasanya.
@fiezabaiduri, rasa mcm alien tu dari cara org memandang kita…mcm kita makluk asing dari planet entahmana ….. 😆
kalau rasa tak sihat, lagi lah kena hati2….takut dijangkiti…bukan saja h1n1 tapi deman dan batuk yang biasa2 pun..mmg perit..nak nak jerubu ni
besela tuh..saya pki mask pegi kelas pon sume pndng plik…kang batuk open camtu je plak dikatenye bw virus…mane ntah yg btol utk diorang nih…plikla…
.-= kuro´s last blog ..jln2 habeskan duit…. =-.
@kuro, tak payah fikir apa org nak cakap…janji kita jaga diri kita dulu…
Kat sekolah pun tak ramai yang pakai mask walaupun jumlah pelajar yang demam agak ramai. Bila Kak Long pakai mask masuk kelas, mereka tanya, “Cikgu kena H1N1 ke?”
Adakah jika dah kena baru nak pakai?
Biarlah kita nampak macam alien, tapi kita tahu yang kita dah melakukan perkara yang betul.
.-= Kak Long´s last blog ..Kampung terbakar? =-.
@Kak Long, sokong kak long………kita buat benda yang betul. 😆
sudahnya Geng Periuk Tanah Alien! 😆
Pada peringkat awal pandemik H1N1 kerajaan tidak melakukan sesuatu yang konkrit untuk mencegah penyakit itu dari menular. Ingatkan betullah orang kata Pak Lah slow dan tidur. Rupa-rupanya ada PM yang lebih slow dan tidur dari dia. Cubaan.
@anonymous, betul…betul…kita diajar dan dididik dengan slogan ” mencegah lebih baik dari mengubati’
dalam kes ni…ubat pun tak de….hiks!
takpe….alien pun aienla…
janji selamat
.-= KampungBoy´s last blog ..Tutorial Cara Buat Blog [Siri 1] =-.
@KampungBoy, nasib baik anak2 tak de yg merungut..boleh pula dia pakai kt sekolah …
pi seremban 2 kemarin iza pakai mask, orang tengok macam alien jugak. masuk mph beli buku, pun kena perhati… alien beli buku
.-= iza´s last blog ..Award& Tag : Best Buddies 2009. =-.
@iza, boleh fofuler tu…jadi alien..tak pa..janji kita lebih dulu jaga diri sendiri…mencegah lebih baik
pandai diorang buat business mask ya.. nak naik harga jugak.. dulu tak laku pun.. patutnya jual lah harga biasa.. bertambah ramai lah orang beli.. jadilah macam pasaraya Myd1n tu kan… harga rendah, berkerumun orang beli hehehehe..
.-= Neeza´s last blog ..Derma darah boleh gemuk ke? =-.
@Neeza, sedihkan bila peniaga ambil kesempatan atas kesusahan mcm ni…tapi tak de pilihan..tu yg kak jie rasa sekolah patut jual benda ni..dapatkan bekalan dari kementerian kesihatan ke…
kesedaran rakyat malaysia amat rendah…. yg memakai di rasakan pelik.. entah bila nak berubah..
.-= zino´s last blog ..anniversary =-.
@zino, tak pa…yg pelik tu tanda dia perihati…jadi..jom kawan2 kita pakai mask
Pakai Mask macam Mask-rider. Masih ingat Baja hitam? LOL :p
@tekkaus, wahhhhhhhh..awak kenal Baja Hitam ye….fofuler tu 😆
Biar betul mask pun dah mark up harganya….. memang menangguk di air keruh betul….harga naik 100% tu
.-= hazman aka species1980´s last blog ..Contest : Ucapan Harijadi Paling Kreatif =-.
@hazman aka species1980, biasalah……….. adat berniaga. 😐
mask kena jadikan barang kawalan ke??
p/s- pakai mask memang cool.. orang kita masih ramai belum mempunyai kesedaran, yang biasa.. sudah terantuk, baru terngadah…
.-= samdaddycool´s last blog ..Tutup mulut dan hidung anda =-.
@samdaddycool, ibubapa kena didik anak, kena terangkan pada mereka kenapa dan mengapa…
erm.. tempat kijer aku pon dah dipaksa pakai topeng ni.
bukan apa.. kekadang aku pon kene pergi kat customer services.
pepaham jer la kan.. bukan setakan orang.. memacam bau pon
ade.. bleh mintah…
.-= Kreuger´s last blog ..Bekalan Gula Kehabisan? =-.
@Kreuger, bagus…bagus…mmg org yang berhubung terus dgn org ramai patut pakai mask…macho 😆
Alaaa…Jie..
Penolong pegawai perubatan yang merawat anak dan suami Tie tu pun tak pakai mask. Batuk2 lagi depan kita…..
Sebenarnya penyakit ini lebih parah jika dijangkiti oleh orang2 yang tidak kuat daya ketahanan seperti penghidap asthma, perokok, ibu2 mengandung dan kanak2….
Ramai yang ada asthma dan merokok. Seharusnya semua orang diwajibkan memakai mask, terutama semua kakitangan hospital dan klinik, guru2 dan aktiviti2 luar tu dihentikan saja. Tapi, entahlah….. kerajaan nak tunggu sampai beribu orang yang mati, kot!
.-= Tie´s last blog ..Wanita tanah ? =-.
@Tie, Senang je Tie, kita buat bahagian kita, kita jaga diri kita dan keluarga kita..dan kita harap org lain pun mcm tu 😆
tak nak la ambil risiko..nanti dah terkena baru nak menyesal, susah payah skrg tak pe..
ye jie…semalam jun p cari mask ni..4 farmasi x d stok..so sume kedai we all masuk sbb sure kalau leh cr untung mcm ni kedai ape pon sanggup jual…dah 6 kedai baru dpt..isk3
.-= jun´s last blog ..Biasa2 aje..monday blues gak k? =-.
@jun, itulah Jun… Jie cari mask yg ikat bertali tu…senang nak pakai, sbb tak de telinga..hehehe… yg ada semua jenis getah..budak2 tu pakai sehari je..koyak rabah….nk cari yg lasak sikit..semua jenis pun habis
cool ape pakai mask!!!..hehe..sokong kakjie and famili!! 🙂
.-= cikun-kun´s last blog ..Pooh and Piglet =-.
@cikun-kun, nampak comel je pakai mask..hahaha.. 😆
Kerajaan masih taknak bagi panik tapi dah patut panik
.-= kruel74´s last blog ..Sometimes a weekend break is all you need =-.
@kruel74, dah parah nak mencegah mcm mana lagi…
Bila jerebu toke mask untung…ni lagi wabak H1N1 pasti toke mask lebih untung…
Kita ni selalu tak buat apa2 selagi tak terkena batang hidung sendiri…kalau tak nak pakai mask pun tak pe tapi jangan keluar rumah kecuali ada hal2 yg betul2 penting….(bertambah majulah yg bisnis online..)
.-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.
@denaihati, kat rumah mmg tak pakai lah….kami pakai kalau ke tempat awam je… nk beli ikan, bawang , beras tak kan nk beli online … 😉