Malam tadi saya tengok berita tv3 tentang kes kemalangan jalanraya membabitkan bas 2 tingkat yang mengorbankan 27 pelancong warga Thai dekat Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Ipoh.
Antara beritanya , rayuan tabung darah Hospital Ipoh memohon jasa baik penduduk Ipoh dan sekitarnya untuk menderma darah bagi membantu mangsa kemalangan bas tersebut. Darah yang diperlukan adalah dari jenis O , A dan B.
Kemudian saya selongkar laci cari buku ini.
Kenal tak ini buku apa? Bukan buku 555 ye.. Sesiapa yang pernah menderma darah mesti akan dapat buku ini. Kalau sepuluh kali menderma dan tidak bawa buku lama, dapatlah 10 buah buku untuk simpanan. ( buku ini dipanggil SIJIL/CERTIFICATE )
Ini kepunyaan suami saya, dia memang penderma darah yang aktif tetapi bukan penderma yang merancang untuk menderma. Tiap kali melawat ekpo atau bersantai di shopping komplek dan terjumpa program menderma darah, dia mesti menderma. Masalahnya setiap kali menderma mesti dapat buku yang baru, rekod yang baru. Dia ada lebih dari 4 tetapi mungkin sudah tercicir kerana saya berpindah rumah lebih dari 10 kali sebelum menetap di sini.
Pernah kami ke Giant Shah Alam dan melihat ada program menderma darah Seorang jururawat senior bertanya ..
” Encik tak bawa buku rekod derma darah?”
” Saya datang beli sayur beli ikan , misi…..”
Tak kan nak bawa buku tu setiap hari…kad pengenalan kita yang bermutu tinggi itu pun kalau terperok dalam beg duit terselit dalam poket seluar boleh lusuh dan terkopak sana sini, apalagi buku secomel itu .
Saya cadangkan ahli cerdik pandai Pusat Darah Negara memikirkan satu sistem pengkalan data untuk menyimpan rekod penderma darah yang seragam dan mudah. Cuma perlu rujuk kad pengenalan, sistem dah sedia berapa kali beliau menderma dari membawa buku secara manual.
Keistimewaan untuk penderma² darah
Kekerapan Menderma | Keistimewaan Rawatan |
1 Kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan peruabtan (tidak termasuk bayaran x-ray dan pembedahan) |
2 kali (dalam tempoh 12 bulan) |
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B |
2-5 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 4 bulan |
6-10 kali | Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan |
11-15 kali | Percuma rawatan pesakit luar 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun |
16-20 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun |
21-30 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun |
31-40 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 tahun |
41-50 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun |
lebih dari 50 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun |
Kredit : Hospital Raja Perempuan Zainab II
Soalan maut : kenapa saya tidak menderma darah?
Agaknya kalau saya menderma darah, kalut satu hospital!
Along memang ikut saya, pening² dan mabuk bila diambil darah & Intan pula kuat macam abah dia… saya bawa dia untuk diambil darah, saya yang mengintai dari luar bilik..dia selamber hulurkan tangan ….
ada 25 referral dari entri ini hari ni..hehe
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..My Happiest Moment
saya pernah derma darah 3 kali semasa belajar di UiTM Arau dulu. Lepas sorang pembantu doktor tu cakap, darah AB ni darah kedekut dan tak membantu, terus tk mau derma darah dah…
kecik ati…hehehe
Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Yessaya berjaya mengarah seorang pengarah!
hehe… gambar anak burung hantu 🙂
kawan saya snap masa sy belajar kat UTHM dulu…
anak burung hantu tu nampak sedih dan kesejukan..
mungkin dia jatuh dari sarang dia 🙂
Jom terjah post menarik dari Fahmi Raazali ..Telur Sebiji Riuh 1Malaysia…
opss! hafis macam dapat menghidu yg itu lah pula.. hahahah
kak jie..hahahah… darah manis boleh dibuat kicap kata pontianak gitew.. heheheh..ouch!
Jom terjah post menarik dari maza ..Teknologi HDD & 3D Malaysia sudah lama ada 4D
nak sampai 50 kali tu…eee…ngeri nak bayangkan
pengsan 50 kali 😆
so..azam tahun baru
kak jie cabar!
face ur fear —hehehe 😆
bila keadaan terdesak… kita tak jangka
maza…ini bukan misi yang tak bagi ni….orang rumah maza yg tak bagi maza pergi derma ni…nakal sgt kot…hehehe
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop
bukan semua org boleh, kan
sebab darah ni…. nak digunakan pada org yg memerlukan
dia tak mau jadi apa2 pula nnt
betul2… tapi saja tak highlight kat sini
kesilapan dia tu…. sebab fokus pada isu derma darah dan buku warna merah tu