Darahku Bukan Kuning
Pengetahuan Am

Darahku Bukan Kuning

Malam tadi saya tengok berita tv3 tentang kes kemalangan jalanraya membabitkan bas 2 tingkat yang mengorbankan 27 pelancong warga Thai dekat Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Ipoh.

Antara beritanya ,  rayuan tabung darah Hospital Ipoh  memohon jasa baik penduduk Ipoh dan sekitarnya untuk menderma darah bagi membantu mangsa kemalangan bas tersebut. Darah yang diperlukan adalah dari jenis O , A dan B.

Kemudian saya selongkar laci cari buku ini.

Kenal tak ini buku apa?  Bukan buku 555 ye.. Sesiapa yang pernah menderma darah mesti akan dapat buku ini. Kalau sepuluh kali menderma dan tidak bawa buku lama, dapatlah 10 buah buku untuk simpanan. ( buku ini dipanggil SIJIL/CERTIFICATE )

Ini kepunyaan suami saya, dia memang penderma darah yang aktif tetapi bukan penderma yang merancang untuk menderma. Tiap kali melawat ekpo atau bersantai di shopping komplek dan terjumpa program menderma darah, dia mesti menderma. Masalahnya setiap kali menderma mesti dapat buku yang baru, rekod yang baru.  Dia ada lebih dari 4 tetapi mungkin sudah tercicir kerana saya berpindah rumah lebih dari 10 kali sebelum menetap di sini.

Pernah kami ke Giant Shah Alam dan melihat ada program menderma darah   Seorang jururawat senior bertanya ..

” Encik tak bawa buku rekod derma darah?”
” Saya datang beli sayur beli ikan , misi…..”

Tak kan nak bawa buku tu setiap hari…kad pengenalan kita yang bermutu tinggi itu pun kalau terperok dalam beg duit terselit dalam poket seluar boleh lusuh dan terkopak sana sini, apalagi buku secomel itu .

Saya cadangkan ahli cerdik pandai Pusat Darah Negara memikirkan satu sistem pengkalan data untuk menyimpan rekod penderma darah yang seragam dan mudah.  Cuma perlu rujuk kad pengenalan, sistem dah sedia berapa kali beliau menderma dari membawa buku secara manual.

Keistimewaan untuk penderma² darah

Kekerapan Menderma Keistimewaan Rawatan
1 Kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan peruabtan (tidak termasuk bayaran x-ray dan pembedahan)
2 kali
(dalam tempoh 12 bulan)
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2-5 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 4 bulan
6-10 kali Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan
11-15 kali Percuma rawatan pesakit luar 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun
16-20 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun
21-30 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun
31-40 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 tahun
41-50 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun
lebih dari 50 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun

Kredit : Hospital Raja Perempuan Zainab II

Soalan maut : kenapa saya tidak menderma darah?

  • Pada tahun 1986, saya pengsan bila setitis darah diambil dihujung jari hanya untuk membuat ujian penentuan kumpulan darah (akhirnya saya tahu juga saya dalam kumpulan darah AB )
  • Pada tahun 1990, saya pengsan di Klinik Pergigian Klang hanya selepas doktor menyuntik ubat bius sebelum gigi  dicabut… ( masa tu saya belum kahwin, doktornya handsome giler, kalau pengsan patlima kali pun tak pa….hahaha )
  • Setiap kali mengandung dan proses mengambil darah walau setitis pun, saya akan mula loya, mabuk² dan pening.  Kalau pun jari  hanya luka satu cm dan hanya setitis darah yang meleleh , saya perlu baring ….:oops:
  • Saya memang kedekut, biasalah saya dalam kumpulan darah AB
  • Agaknya kalau saya menderma darah, kalut satu hospital!

    Along memang ikut saya, pening² dan mabuk bila diambil darah & Intan pula kuat macam abah dia… saya bawa dia untuk diambil darah, saya yang mengintai dari luar bilik..dia selamber hulurkan tangan …. :grin:

    Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

    61 thoughts on “Darahku Bukan Kuning

    1. selalunya nak derma darah bukan dirancang…jalan2 ternampak ‘kempen derna darah’

      tiap kali itu juga jadi derma kali pertama sebab tak bawa buku lama, tak sesuai kan sistem tu

    2. kali pertama maza menderma darah pada tahun 2000 di hospital kota tinggi, johor..

      itulah kali terakhir juga..

      skrg ini bukan maza tak nak derma darah, tapi misi dan doktor tak bagi.. huhuhuhu…..

    3. wah… saya suka betul derma darah… tp 2bulan yg lepas xdpt nk derma… nurse lelaki tu tak lepaskan plak…

      dia kata xcukup tidur malam… iya la saya tak tidur malam… tp tidur lepas subuh sampai tgh hari…

      frust betul dibuatnya… saya yg dah tak makan nasi 3-4 hari sanggup pg kafe beli nasi semata-mata utk derma darah… last2 xdpt plak…

      lepas tu makan nasi je menu utama… kalau xmesti roti jadi menu utama 🙂

    4. saya dah lebih dari 8 bulan tak derma darah, dan selalunya saya pun tak bawa buku merah tu, dah ada 3 la kot….tak cukup tempat nak bawa buku tu

      em kalaulah ada fungsi read my kad untuk derma darah kan senang kerjanya

    5. tadi baca kena baru lepas bayar saman 18 keping tuh…rupa2nya takut darah pulak…

      hati dah kering…jiwa pula yg lembut…. 😀

    6. tak penah gak.. tapi pas bersalin ni lau de kesempatan saya teringin nak derma.. cuma takut lau banyak sgt amek, pengsan cm kak jie.. heheee.. alasan kan..

    7. Pemberita tu salah cakap dan ramai yang perasan. Hangat di FB dan twitter.

      Dia minta darah jenis O, A dan E

    8. saya masih belum pernah derma darah, sbb penakut sket..tapi waktu wife bersalin hari tu, serta-merta jadi berani plak..hihi..

    9. Trauma untuk derma darah lagi selepas pengalaman menyakitkan semasa di UK dulu menderma darah..Nurse cucuk2 jarum sebab tak puas hati darah saya lambat mengalir compare ngan others…last2..setengah pek tu dibuang s tak tahan di paksa2 cucuk..

    10. Bagi kak jie definasi derma tu – kita bagi secara percuma
      balasan dari Allah yg kita tak tahu nilainya – Insyaallah

      Bila sebut derma tu – datang dari hati , jadi sukarela

      Hospital charge sebab hospital kena ‘jaga ‘ darah tu dulu, simpan pada suhu atau persekitaran yg sesuai untuk darah tu tidak rosak.

      mungkin dalam kes kes kecemaran ada kot yg tidak dikenakan bayaran.

    11. Sepatutnya kena ada sistem database baru betul, check nama dan IC.. kan senang.. ni nak bawa buku tu.. tak kanlah nak bawa tiap-tiap hari.

      Tak pernah lagi derma.. sebabnya dengar kata hospital akan charged kat pesakit untuk amik darah tu.. dia amik free.. tapi dia charge untuk bagi.

    12. lama jugak tak menderma…mana tak time nk derma je mesti ade ambil ubat sebab tak chat..so dr tak galak derma..kena la tunggu next derma..huhu

    13. “lebih dari 50 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun” < wah ini memang nampak menarik. tapi samalah kak saya pun ada masalah macam akak gak laa takleh tengok darah =____= AB jugak eheheh

    14. Pernah derma darah 3 kali dulu..
      Dan ada 2 buku..
      Sekarang ni tak tau mana peginya buku² tu 😥

    15. wah…banyak kelebihan upanya..ok2..lepas ni No nak derma darah la..selalu tengok je kat shoping kompleks tu..kadang2 bukannya apa..dh jalan ngan anak2 kang abis beterabur dorg p masuk kedai org..klo ada Abang senang leh tolong tengok2..ok time jalan ngan Abang klo kebetulan dorang wat kempen No nak join…janji!

    16. mak anis ala2 drakula jugak.keja bghn tabung darah ni..tp anak dia,sekalipun xboleh derma darah.asyik tak lepas manjang.berat tak cukup laa..darah xcukup laaa..isk!

    17. Tentang sistem tu, rasanya baik juga kerajaan fikirkan..kalau sy la yg simpan buku cmtu, x sampai sehari, confirm hilang!!haha

    18. salam…
      pernah menderma dan dapat free satu buku kecik untuk isi maklumat menderma darah..pastu dapat makan free..heheh

    19. Salam,
      Takutnyeeeeeee kena ambik darah. Ambik sikit untuk ujian pun dah rasa lain macam…mcm mana nak ambik banyak tu?

      PssssT: saya juga selalu ambik dadah (drug=ubat) untuk migrin, maknanya…tak leh dermalah ya 😉 —–> alasan tak mau derma hu hu hu Ampun!

    20. masa praktikal kt blood bank dulu ada niat nak derma..tp alasan x cukup berat bdn xley derma plk..ntah btol ke idak.hehe

    21. Betul laa Kak Jie…kementerian kesihatan perlu memikirkan kaedah yang lebih elok untuk merekodkan penderma darah tegar ni kan….ermmm…nice entry…

    22. entri yg menarik!
      sy juga tidak pernah menderma darah..dulu masa join PLKN, semua wajib derma darah untuk kempen yg diadakan lalu saya terpaksa menipu bahawa sy sdg period (uzur)..sy mmg mabuk darah..jadi harus bagaimana kann?

      sy bakal pengsan jika melihat darah..huu

    23. saya dah 3 kali derma darah! hehe…. tapi tataw nape tiap kali nak derma tu la berdebar2… adehhhh

    24. gitu rupernyer kes sis jie eks? den plaks asal nk menderma, peknen.. asal rs baik nk menderma, peknen… dah tuh guano?? eheheheh…

    25. dalam sepanjang hidup ni baru sekali boleh derma darah. bukan takut jarum tapi, hari-hari amik ubat. Jadi tak boleh menderma. Boleh je nak tipu nurse tu cakap tak amik ubat, tapi teringat doktor pesan.

      Sape2 yang amik ubat tolong jangan derma darah, kita tak tahu sapa yang akan dapat darah kita tu, mana tahu baby ke, orang tua ke, kang nanti tak pasal2 badan diorang ada ‘krisis’ dengan darah + drug (baca: ubat) tu. Kita nak buat baik pun janganlah sampai jadi menyusahkan orang,

    26. tadi nak derma darah kat kolej 1st time.. tapi nurse tak bagi sebab baru 3 hari lepas saya makan antibiotik.. kenen tunggu 1 week.. kempunan nak try derma darah.. tapi at least dapat tahu kumpulan darah jenis O.. hehehe…

    27. aiseymen.. masalah font kat komen ni tak repair lagi. adus… tak sempat la kak jie. mungkin besok kot. lepas balik cucuk amirul. insyaallah ye~

    Comments are closed.