Bagaimana Nak Langsaikan Hutang
Pengetahuan Am

Bagaimana Nak Langsaikan Hutang

Selama berblogging hampir 2 tahun, blog sy selalu dikunjungi oleh mereka yg buat carian berkaitan perihal kewangan seperti asb, overdraft, BLR  kad kredit, akpk, gold investment account dan fixed deposit. Ada sesetengah pembaca yg mail saya berkenaan persoalan kewangan, antara yang paling selalu ialah berkenaan persoalan di atas : Bagaimana nak langsaikan hutang?

Kad Kredit Cantas Dulu

Umum tahu yang ada hutang baik dan ada hutang yang tak baik. Hutang yg baik adalah seperti hutang untuk membeli aset seperti rumah untuk disewakan, manakala hutang yg tidak baik adalah hutang yg tidak memberi sebarang faedah sebaliknya semakin bertambah dan kita perlu membayarnya dengan pendapatan kita sendiri. Jadi langsaian hutang untuk entry ini adalah untuk hutang tidak baik. Terdahulu saya nk kongsi berkenaan summary satu email yang bertanya pendapat saya mengenai beban hutang yg dialaminya

Ringkasan Hutang bulanan:

Gaji saya bulan2 : RM2600
Gaji isteri  : RM2800

List loan (personal n ASB)
Bank A RM285
Bank B RM240
Bank C RM160
Bank  D RM150
Bank E RM170
ASB Bank F RM120
ASB Bank G RM170
Loan Ibu Bank H RM400

Hutang kad kredit
Bank A RM3500
Bank B RM2700
Bank C RM2000

Sewa rumah bulan2 : RM500
Kereta  : RM578

Berikut pula adalah jawapan daripada saya:

1) Jangan tambah sebarang hutang buat masa ini. Mmg jumlah hutang sekarang ni pun dah haywire

2) Target untuk selesaikan beberapa hutang yang paling tinggi interest ratenya dahulu iaitu kad kredit.Since u ada loan asb, gunakan dividen yang didapati utk melangsaikan syk mana hutang kad kredit yang boleh.

Loan asb 50k, dividen mesti ada dalam 3.75k, so dah boleh settlekan kad kredit Bank A, utk other then settlekan kad kredit bank B pulak, sini you boleh plan utk langsai dalam masa 6 bulan, konsisten bayar rm450 dan lagi 6 bulan settlekan kad kredit Bank C pulak, rm333.

Utk itu, kenelah find ways to cut expense supaya boleh cepat come out dengan rm450 tu utk langsaikan hutang kad kredit, by the end of this year, target utk dpt selesaikan semua hutang kad kredit

balance transfer? saya tak galakkan unless you have someone yang guide, ia cuma akan membuatkan u rasa selesa tapi hutang tak selesai jugak. mesti target nak langsaikan hutang.

Kalau dpt bonus atau ada kenaikan gaji, boleh gunakan utk cepat2 settlekan hutang kad kredit.

3) Langsaikan loan personal yg tinggi ratenya. Rasanya buat masa ni, dgn budget yang ada, Just bayar installment bulanan sebab fokus tahun ni langsai hutang kad kredit. bila dah settle kad kredit barulah tgk bagaiamana nak langsaikan personal loan. Rasanya personal loan ni ada agreement jugak yg kalau nak settlekan semua mungkin kene bayar penalti, so kene perhatikanlah betul betul.

4) Sabar dan disiplin adalah prinsip utama dalam usaha untuk selesaikan isu hutang awak. so jaga budget dgn baik dan jgn beli benda yang tidak perlu, pastikan isteri tahu dan turut membantu InsyaAllah bakal berjaya. Itu sahaja penyelesaian dimata saya

Berdasarkan jawapan saya atas permasalahan pembaca, berikut adalah guide ataupun panduan nak langsaikan hutang:

1) Senaraikan Hutang,  Pendapatan dan Perbelanjaan – Bila kita senaraikan semua hutang, pendapatan dan perbelanjaan bulanan, kita akan dapat kenal pasti hutang mana yg paling tidak baik dan perlu diselesaikan terlebih dahulu. Dengan menyenaraikan perbelanjaan bulanan kita boleh kenal pasti perbelanjaan mana yg boleh dikurangkan. Dengan mengetahui sumber pendapatan kita boleh tahu berapa banyak yg lebih untuk kita selesaikan hutang tidak baik tu

2) Jangan Tambah Hutang – Memang boleh berhutang untuk selesaikan hutang(seperti overdraft, refinance property utk dapat cash atau another personal loan), tapi amatlah tinggi risiko kalau tak ada orang asing yg monitor, mendisiplin dan guide all the way. Untuk mereka yg sedia bermasalah, memang tidak perlu menambah lagi hutang, kelak jadi semakin berserabut.

3) Selesaikan hutang yang paling tinggi interest – Tak perlu tambah hutang jadi kita selesaikan hutang yang paling tinggi interest. Ranking pertama interest tinggi selain ALONG adalah  kad kredit, jadi kad kredit la kene selesaikan dulu, kalau ada 3,selesaikan 3 dahulu baru proceed ke hutang lain.  Kemudian baru proceed untuk personal loan pulak yg mana kadar interestnya tidak setinggi kad kredit tapi masih lagi dikira tinggi. Harus diingatkan yg hutang lain kene serve jugak, bukan semua duit settlekan kad kredit tapi loan lain tak bayar

Pernah dengar Pay Yourself First? Yang bermaksud kita set aside our income untuk simpanan dan pelaburan, selebihnya barulah utk perbelanjaan. Untuk mereka yg ada masalah hutang, menyelesaikan hutang tak baik adalah perbuatan ‘pay yourself first’, ini kerana perbuatan ni akan selamatkan diri penghutang dari situasi hutang yg lebih teruk seperti muflis

4) Step by Step , Month by Month – Nak berhutang kadang2 dalam 24 jam dah boleh ada cash dekat tangan. Kalau hutang pakai kad kredit lagi cepat, leret atau ‘swipe’ jer. Part nak membayar adalah sebaliknya. Untuk mereka yg nak langsaikan hutang tidak baik, dengan situasi kewangan, memanglah perlu dilakukan satu per satu, dari bulan ke bulan. Kalau ada kenaikan gaji, bonus atau dividen dalam simpanan/pelaburan, boleh salurkan untuk selesaikan hutang  tidak baik secepat mungkin. Sabar dan disiplin agar tak guna kenaikan gaji, bonus atau dividen utk tujuan lain. Alternative lain ialah dengan cara menambah pendapatan melalui part time, tak kiralah berniaga kerongsang, tudung, burger atau blogging, yg pasti kita boleh segera keluar dari lubang hutang yg membelanggu itu. Macam contoh diatas, kalau bergantung dgn kerja harian dan budget yg betul sahaja, rasanya perlu sabar dan disiplin selama 2 tahun barulah boleh selesai (hutang x baik)

Lambatlah nak kaya macam ni matjoe?

Hutang tidak baik (bad debt) perlu dilupuskan terlebih dahulu. Kelak hutang tak selesai, kaya confirm tak tercapai. Biarlah one step at a time. Bila dah berjaya keluar dari lubang hutang, barulah bina semula asas kewangan yang kukuh. Jangan risau kalau perlu tangguh setahun atau dua keinginan untuk menjadi kaya kerana hendak melangsaikan hutang tidak baik. Kalau kesihatan mengizinkan, memang boleh tercapai satu hari nanti. Ingat, Colonel Sanders memulakan empayar KFC pada umurnya 66 tahun

Kadang2 sedih jugak bila ada sy reply email tetapi tidak mendapat sebarang respon seperti terima kasih atau bertanya lanjut. Mungkin juga sebab mereka kecewa dgn jawapan saya yg tidak bersifat ‘miracle’, sememangnya tiada jalan pintas, sebaliknya disiplin dan sabar kunci utama.

Pada saya mencegah lebih mudah dari mengubati. Utk itu seawal mula bekerja kita sudah perlu utk merancang wang kita agar tidak terperangkap dgn masalah hutang.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

73 thoughts on “Bagaimana Nak Langsaikan Hutang

  1. rumusan yg maza perolehi ialah kena displin, hati kena cekal.. huhuhu

    kalau tak disiplin jawabnya “gali lubang tutup lubang, kerjanya bayar hutang aje kok”

  2. thanks kak jie share tips yang sangat2 berguna macam ni. orang yang berhutang ni boleh jadikan entri ni sebagai panduan, kalau tak, hidup asyik dibelenggu hutang je.

    so far saya belum lagi berhutang dengan bank, belum ada keperluan. tapi orang berhutang dengan saya tapi tak bayar dah berbulan2 memang ada huhu. liat sungguh nak bayar

  3. uhhh tabik spring k.jie guna untuk isi minyak je..cikmin sampai kensel dah..sebab pernah overlimit..lepas settle..kerat terus…tak sanggup…dah tahu nafsu besar… 😛

    p/s k.jie..cuma bagitahu je ni..blog k.jie jadi my favourite blog.. 🙂

  4. Iza dah buat baca yaasin dan mini jamuan..utk family ja Kak Jie..next ajak kak jie dan anak2 mai pulak ya…buat fasa fasa…maklumlah bajet ciput masa cuti CNY tu hik hik hik..maaf ya kak jie, iza kelam kabut hari tu…tak cakap kat ramai org pun, sampai lupa ucap CNY kat kawan2 cina..agaknya depa ingat iza lupa lautan. nebes+excited sampai lagu tu. teghuk sungguh 😳

    Alhamdulillah…ada rezeki sikit2.. jom kak jie.. nanti sms Iza ya..InsyaAllah kalau tak pi mana2 Iza leh join.

  5. bila nak buat ‘home warming’ rumah baru….
    iza tak perlu risau..dah pandai uruskan kewangan tu…dah boleh beli rumah sendiri
    bukan senang nak jumpa orang muda mcm iza yang fikir nak beli aset yang utama dari hal2 lain.

    eh…lama kita tak p tgok movie ye..hujung minggu ni kak jie ada area KL 😆

  6. haaa alamak baru sedar sedara mat joe punya entry hik hik hik..tips yang bagus..mekasih yer incik mat joe…
    fuh sib baik mention nama kak jie masa ajak tengok wayang hik hik :mrgreen:

  7. wah tengok senarai perbelanjaan kat atas menakutkan jugak huhu harap2 iza tak terikat begitu ketat..takoootttt 😯
    biarlah tak berapa bergaya asalkan tak sesak sangat.. komitmen bulanan iza pun dah bertambah, so kena sedaQ diri lah hehehe… tapi kalau nak tengok wayang ngan kak jie tu mmg boleh sangat ..alamak ke laut sudaaa :mrgreen:

  8. saya pun guna kad kredit utk bayar insurans. utk shoping, mmg guna kad kredit, tapi memang pastikan shoping yg penting jer. mmg x pegang cash byk2

  9. sebab tu penting untuk tidak ter berhutang. awal2 bekerja dah kene mula merancang perbelanjaan, bukan main spend jer sesedap rasa

  10. aisha, boleh jer tanya, saya pun ada buat entry pasal property, kalau tak boleh jawab sy boleh tanya kawan2 sy yg lebih tahu. tinggalkan komen dekat my blog atau email sy pon boleh

  11. bagus juga kujie buat macam tu, selain minyak kereta sy gunakan jugak untuk shoping barang essential kerana mmg mudah tak perlu bawak2 byk cash. yg penting kita tahu apa yg dibeli tu adalah apa yg kita perlukan

  12. saya pon sama….credit card khas untuk minyak kete…skang member2 yg single mingle pon dah byk utang..kalo dah kawen..mcm mane r la nanti…mintak2 kuatkan iman tak shopping pakai kad..he he he 🙂

  13. memang budak muda yg selalu jadi mangsa, lagipun syarat kelulusan kad kredit memang longgar. tu yang kadang2 ada orang yg ada 4-5 kad kredit, dan kredit limit sampai 50k. tu yg bershoping jer

  14. rasanya cukuplah pengalaman lalu tentang kad kredit ni…SEKSA!!! Mula-mula tu orait je..shopping sakan…bila dah over limit sana lah terkapar-kkapar cari wang usin membayar…bagi yang baru nak berjinak2 dgn dunia kad kredit ni dgr lah nasihat org tua2 yer…

  15. buat hutang mmg syok tapi bila nak bayaq..adehhh…letih…
    saya guna kad kredit hanya untuk bayar premium insuran sb kalau bayar kat kaunter kdg2 terlupa.utk shopping mmg guna cash saja.
    hutang kereta & rumah mmg tak dapat nak elak.

  16. saya pun pernah terperangkap dengan kad kredit… alhamdulillah dah lebih 8 tahun terbebas dari bebanan kad kredit, walau hutang2 yang lain masih adalah sikit2.

    setuju ngan matjoe… tidak ada jalan pintas

  17. Setuju Kujie…
    Kalau tak kuat iman, memang patut cantas kad kredit awal-awal. Tahniah Kujie untuk entri ini. Memang penting. Semoga tips daripada penulis jemputan ni dapat dimanfaatkan oleh semua.
    Bagi Kak Long, simpan satu tu perlu juga dalam zaman sekarang ni, tapi bukan untuk suka-suka belanja, tapi untuk urusan yang perlu sahaja. Itupun, tiap bulan tak boleh bayar minimum tapi kena bayar habis. Kalau tidak, memang kelak, jadi masalah.

  18. thanks for sharing kak..
    letih la berhutang nie..dan menakutkan..
    jenuh jugak kalau gaji tiap2 bulan habis hanya untuk bayar hutang…
    life tak enjoy..takde saving sangat..
    sebab tuh ada setengah orang hidup dalam stress sekarang kak..
    gaji tak naik2..harga barang naik dan hutang keliling..huhu

  19. kad kredit jadi kad bahana jika terlampau syok jer..semua benda yang elok kalau kita lebih2kan memang mudarat jgk

    berhentilah sebelum kenyang..

  20. Selamat saya belajar lagi..X boleh apply kad kredit..Tak payah pening².. :mrgreen:
    Dah kerja nanti pun ‘kalau boleh’ taknak guna kad kredit ..
    Sebab saya ni pantang nampak sesuatu yang cantik sikit mesti nak beli..T______T

  21. kad kredit dah lama berkubur sejak tahun 2009, setiap bulan bayar tak kurang2 pun amaunnya.. makin bertambah (sebab guna) last2 dapat bonus langsaikan dulu hutang kad kredit dan cancel, lepas tu sapa call utk promosi kad kredit trus kena hamun.. haha

  22. Salam…
    Kalau bab hutang ni, ramai yg tak dapat nak elak.
    Sebelum kahwin, tak ada hutang lain selain PTPTN.
    Lepas kahwin, hutang mcm2…mmg kena pandai uruskan duit, kalau tidak ikat perut la jawabnya…

  23. salam kak

    saya dah masalah ni. blog saya tak boleh nak sign in la, camna nak buat?bleh tak akak atau sesapa yang boleh bantu saya?susah hati ni

    bleh hubungi saya di nasfa47@gmail.com

    sori coz minta bantuan kat bahagian komen ni. tak tau nak rujuk kat sape.thanks

  24. saya dalam proses membayar baki kad kredit dan memulangkan kad bulan ini. lega lah saya lepas ni tanpa perlu bayar hutang kad kredit.salah satu cara yang saya buat untuk mengurangkan hutang

  25. oh mat joe..sat agi nak pi lunch sekali…tips yang memang bagus..tgh planning utk cancelkan kedua2 kredit kad..tak tahan dengan temptation..better safe than sorry..kredit kad betul2 menggugat iman dan membuatkan hutang makin banyak….

  26. Kak Jie ada kad kredit lebih 10 tahun tetapi tidak pernah sekali pun guna untuk membeli barang selain hanya untuk mengisi minyak kereta.

    Orang kuat tahan nafsu saja boleh pegang kad ni..apalagi kalau kad yang diberi oleh suami 😆

  27. tq kak for sharing… tp bg sy kredit kad mmg tk elok tau sbb zamn skg ni ramai budak muda bankrup sbb kredit kad la..

Comments are closed.