Pengetahuan Am

Asli Bukan Aspal

Tiba-tiba ramai pula berminat dengan entri semalam , kisah anak orang asli. Ramai pula nak kenal dengan jiran ‘original’ saya.

Orang asli kat tempat saya dah moden, ada tadika ada surau ada elektrik ada bekalan air paip.

Laluan perkampungan mereka juga laluan utama ke Pusat Serenti dan Air Terjun – ada shorcut ke rumah saya.

Ada rumah sebesar dapur saya, beratap nipah dan berdinding buluh tetapi terpacak atas bumbung kuali Astro!

Kadang² nampak muda mudi topup kredit dengan handphone lebih canggih berganda² dari milik saya.

Malah ada beberapa puluh keluarga yang telah menerima agama Islam. Saya pernah ikuti beberapa program bersama mereka.  Mereka perlukan sokongan dan bimbingan tentang agama yang berterusan bukan sekadar membawa mereka mengucap dua kalimah syahadah atau blogger pandai itu ini menulis blog tetapi tak pernah amalkan .

Ada ketikanya mereka berkumpulan bergerak membawa pancing yang panjang  kearah yang tidak saya tahu lokasinya.

Musim durian , kami dapat makan durian hutan, petai, buah laghah atau rambai.

Entri lain – Durian Runtuh Orang Asli Hulu Selangor

©kujie – ASPAL – Asli Tapi Palsu!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Asli Bukan Aspal

  1. kaat sini arang asli tu nomad….macam orang badui….bila musim panas ramai yang ke utara hingga ke Anaba …tapi bilaa musim sejuk dia orang balik semula ke sahara.

  2. Tulah pasal bro,

    Baru saya tau apa maksud aspal.Kalau tak baca sampai habis entry ni memang tak taulah.

    Orang asli di zaman sekarang memang tak sama macam dulu.Dah ada pengaruh kemodenan dalam kehidupan mereka.

  3. orang asli sekarang ramai dah masuk u…dan memajukan ekonomi setempat….tapi masih ramai lagi yang ketinggalan hakikatnya…

  4. Besalah hidup kat kampung..senang aje nak makan buah2an yang fresh ni..tapi kampung sekarang bukan sebarang kampung tau…banyak dah facilities masuk…terutamanya astro dan terbaru gak INTERNET….wuiii…durang lagi advanced dari kitaorang…teringat pula cousin yang pernah bertugas di pedalaman…nak sampai ke tempat tu takda jalan darat..nak sampai sana kena naik holikaptor..hehehe..tapi yang canggihnya ada perkhidmatan internet gitu….

  5. Sebenarnya, orang pribumi pun pun memang sudah sama maju dengan kita. Cuma ada sesetengah yang masih memperlekehkan diorang.

  6. Salam,
    Ramai antara kita yang tak berapa nak asli ni pandang rendah atau serong atau salah pandang dengan orang asli. Kita selalu anggap mereka ni masih bercawat segala dengan hidup susah, tapi kita tak pernah tahu yang dikalangan mereka ni ramai yang dah ada pHD (bukan perasaan hasad dengki ya), ada bisnes juta2. Orang penan (pribumi sarawak) pun ada yang dapat gelaran dato’ dan harta juta2…fuhhhhh kagum tau. Golongan yang berjaya ni pula, ramai yang akan cuba majukan masyarakat mereka walaupun ada juga ler sesetengah tu macam kacang lupakan kulit. tapi, mereka tahu apa yang mesti mereka perjuangkan.

    Jab hal ehwal orang asli sangat jaga hal ehwal mereka (korupsi sikit2 tu biasalah). Kita tak boleh redah masuk macam tu je ke kawasan perkampungan orang asli, kena minta kebenaran. Kak jie dapat lesen besar tu boleh join aktiviti mereka 😉

    Kalau kita ke JHEOA di KL (depan KLCC) tu, nak masuk lif pun kena ada pas masuk. Bangunan tu dijaga oleh pengawal bersenjata tau…Errrr sowi dah melalut pulak. Ampun ya kak jie, terlebih panjang dari entri asal pulak

  7. ohoo diorang ada astro maybe sebab susah dapat signal kot.. lgpun kalu line henpon takde, dok je dekat piring astro tu mesti ada line..cuba ar.. ada kawan saya orang asli gitau benda ni.. hehehe

    memang diorang dah sama taraf dengan orang bandar.. tak ketinggalan dalam teknologi..thumbs up 🙂

  8. Mereka boleh hidup tanpa elektrik dan bekalan air kerana mereka mengunakan sumber alam untuk hidup. Mereka tidak bergantung pada matawang untuk hidup kalau tidak ada duit pun tidak kisah

    Cuma ada yang rakus memusnahkan alam untuk kepentingan diri mereka.

  9. Orang Asli pun sudah pandai buat Homestay siap ada Astro di Cameron Highlands. Kalau perasan ketika naik naik Cameron memang nampak pondok homestay di tepi jalan

  10. entah macam mana terasa teringin lah fulaks mahu berenang2 dan berkuak lentang di tasik itu.. hehehe

    tapi tasik itu ada naga tak? aderkkk

    memang maza amat bersetuju, jangan hanya tahu mengajak bersyahadah dan berbangga org itu jadi mualaf, tetapi bimbangan seterusnya diabaikan….

    harus diingat, dalam hasnaf yg 8 (zakat), mereka yg mualaf juga diberikan perhatian khusus.. PERLU dibantu dan dibimbing!

    psst: maza sekadar bercakap kosong dan melantun-lantun entah ke mana.. hahahha :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  11. Takut mangkuk astro je yang ada tapi akaun dah kena potong sebab tak bayar bil. Cthnya; macam kat kampung saya. Masa astro tengah naik (program AF) .. ramai jurujual yang buat promosi. Akibatnya .. yang tak termampu pun termakan pujuk rayu mereka. Lepas tu tak sampai 3 bulan. Akaun astro kena potong. Lepas tu lagi .. kena saman pula coz masih ada bil yang tertunggak. Hahhh .. macam mana tu! =)

Comments are closed.