Di sebelahnya Pusat Serenti Di depannya Orang Asli
Peribadi

Di sebelahnya Pusat Serenti Di depannya Orang Asli

Pagi tadi pergi pengajian macam biasa – ada budak lelaki anak orang asli tidur di ruang solat wanita.

Dia kata, emak dia dah meninggal dunia, tinggal dengan bapa.  Dia mengaku dia Islam .  Suruh dia ambil wuduk, betul  tak ada yang salah.

Sementara tunggu kawan² lain datang, kami suruh dia baca Iqra’.  Dia kenal juga alif ba ta.

Lepas tu saya belikan dia roti untuk sarapan.

Bila kawan² dah datang, kelas pun bermula – sedar² budak tu dah hilang tapi kain pelikat yang digunakan untuk berselimut masih ada.

rumah saya dikelilingi bukit, kedudukan seperti didalam kawah – kawasan aktif kilat dan petir sebab itulah  modem kerap hangus!

Kawasan perumahan kami memang bersebelahan perkampungan orang asli dan pusat serenti yang dipisahkan oleh bukit dan anak sungai.  Belakang pusat serenti ada air terjun.

©kujie – dapat kad jemputan dari blogger – babyhanny terimakasih, pening nak ingat sebab nama real lain, nickname lain …lain kali cetak address blog kat kad jemputan juga ye.:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

48 thoughts on “Di sebelahnya Pusat Serenti Di depannya Orang Asli

  1. mula2 agak tak paham maksud ‘anak saya adalah contoh terdekat’.
    Hmmm…Carilah pengganti bang Zul…Ceriakan hari2 mu 🙂

  2. InsyaALLAH, ann… Tapi tak kan sama belaian seorang ibu dengan sentuhan seorang ayah…

    Isk… sentimental pulak subuh2 ni…

    Terima Kasih ann, pada semangat yg diberi. Moga sentiasa selamat di sana…

  3. Nak tanya sket…
    Ni kampung kat mana ni? Tak ada maklumat tepat la.
    Dekat Sungai siput, Perak ker?

  4. mak dia tak pernah datang situ..kalau datang mengaji sama2…mesti kami kenal anak siapa anak siapa….

    mungkin juga dia rindu mak dia….

    tak nak sedih2….nanti nanges 😐

  5. Dia bukan merajuk. tapi rindukan mak dia kot. mak dia mungkin selalu datang surau tu mengaji. dia rindu kat mak dia, bab tu tidur kat ruang solat wanita tu. Teringat mak dia….

    Kesian tengok budak2 macam ni…..selalu terbayang kalau adik saya ditempat budak2 macam ni. sedih lor 😥

  6. tiap hari p surau, tak pernah ada…mgkn gak lari dari rumah..merajuk ke
    rasanya tak pergi jauh tu….rumah dia pun area2 situ je

  7. kawasan kami bersepah dgn orang asli..memang jiran terdekat
    kadang2 nampak dia jalan kaki ramai2 bawa pancing panjang
    berkongsi ruang yang sama…. dah biasa sgt2 pun

    p/s – bila nak publish entri?

  8. seumo hidup x penah smpai lagi serendah…dan xpenah langsung dapat lepak2 kg org asli..teringin nak rasa pengalaman tersebut

  9. selalu blk rumah ikut kg org asli tu…redup dan sejuk..ade shortcut depan pusat serenti tu naik bukit balik rumah.

    kalau aktiviti kat surau kg org asli tu dah beberapa kali…kami buat sorat maghrib, yassih…makan2 di surau dia org

    dah moden tu…banyak yang dah ada astro 😆

  10. kesian pulak kat budak orang asli tu, huhu. memang kawasan kawah dikelilingi bukit selalu kene kilat n petir, heheh

  11. mana pergi anak orang asli tu? hilang macam itu je ke? kira dia tu anak jiran kampung sebelah lah kan 🙂

  12. setahun skali je dtg serendah..melawat kawan yang duduk desa anggerik..

    *hehehe… tq 2 en posmen yg sgt efisen menjalankan tugas.. ohh, terlupe nk taruk nm commercial dlm kad.. 😉 hihihi.. sowi kak jie… jemput dtg ye… 😀 *

  13. suka tempat begini.. tapi mudah-mudahan dapat lah budak orang asli sana belajar supaya tidak sentuh benda2 tu seperti kaum lain..hehehe

Comments are closed.