Bagaimana Nak Langsaikan Hutang
Pengetahuan Am

Bagaimana Nak Langsaikan Hutang

Selama berblogging hampir 2 tahun, blog sy selalu dikunjungi oleh mereka yg buat carian berkaitan perihal kewangan seperti asb, overdraft, BLR  kad kredit, akpk, gold investment account dan fixed deposit. Ada sesetengah pembaca yg mail saya berkenaan persoalan kewangan, antara yang paling selalu ialah berkenaan persoalan di atas : Bagaimana nak langsaikan hutang?

Kad Kredit Cantas Dulu

Umum tahu yang ada hutang baik dan ada hutang yang tak baik. Hutang yg baik adalah seperti hutang untuk membeli aset seperti rumah untuk disewakan, manakala hutang yg tidak baik adalah hutang yg tidak memberi sebarang faedah sebaliknya semakin bertambah dan kita perlu membayarnya dengan pendapatan kita sendiri. Jadi langsaian hutang untuk entry ini adalah untuk hutang tidak baik. Terdahulu saya nk kongsi berkenaan summary satu email yang bertanya pendapat saya mengenai beban hutang yg dialaminya

Ringkasan Hutang bulanan:

Gaji saya bulan2 : RM2600
Gaji isteri  : RM2800

List loan (personal n ASB)
Bank A RM285
Bank B RM240
Bank C RM160
Bank  D RM150
Bank E RM170
ASB Bank F RM120
ASB Bank G RM170
Loan Ibu Bank H RM400

Hutang kad kredit
Bank A RM3500
Bank B RM2700
Bank C RM2000

Sewa rumah bulan2 : RM500
Kereta  : RM578

Berikut pula adalah jawapan daripada saya:

1) Jangan tambah sebarang hutang buat masa ini. Mmg jumlah hutang sekarang ni pun dah haywire

2) Target untuk selesaikan beberapa hutang yang paling tinggi interest ratenya dahulu iaitu kad kredit.Since u ada loan asb, gunakan dividen yang didapati utk melangsaikan syk mana hutang kad kredit yang boleh.

Loan asb 50k, dividen mesti ada dalam 3.75k, so dah boleh settlekan kad kredit Bank A, utk other then settlekan kad kredit bank B pulak, sini you boleh plan utk langsai dalam masa 6 bulan, konsisten bayar rm450 dan lagi 6 bulan settlekan kad kredit Bank C pulak, rm333.

Utk itu, kenelah find ways to cut expense supaya boleh cepat come out dengan rm450 tu utk langsaikan hutang kad kredit, by the end of this year, target utk dpt selesaikan semua hutang kad kredit

balance transfer? saya tak galakkan unless you have someone yang guide, ia cuma akan membuatkan u rasa selesa tapi hutang tak selesai jugak. mesti target nak langsaikan hutang.

Kalau dpt bonus atau ada kenaikan gaji, boleh gunakan utk cepat2 settlekan hutang kad kredit.

3) Langsaikan loan personal yg tinggi ratenya. Rasanya buat masa ni, dgn budget yang ada, Just bayar installment bulanan sebab fokus tahun ni langsai hutang kad kredit. bila dah settle kad kredit barulah tgk bagaiamana nak langsaikan personal loan. Rasanya personal loan ni ada agreement jugak yg kalau nak settlekan semua mungkin kene bayar penalti, so kene perhatikanlah betul betul.

4) Sabar dan disiplin adalah prinsip utama dalam usaha untuk selesaikan isu hutang awak. so jaga budget dgn baik dan jgn beli benda yang tidak perlu, pastikan isteri tahu dan turut membantu InsyaAllah bakal berjaya. Itu sahaja penyelesaian dimata saya

Berdasarkan jawapan saya atas permasalahan pembaca, berikut adalah guide ataupun panduan nak langsaikan hutang:

1) Senaraikan Hutang,  Pendapatan dan Perbelanjaan – Bila kita senaraikan semua hutang, pendapatan dan perbelanjaan bulanan, kita akan dapat kenal pasti hutang mana yg paling tidak baik dan perlu diselesaikan terlebih dahulu. Dengan menyenaraikan perbelanjaan bulanan kita boleh kenal pasti perbelanjaan mana yg boleh dikurangkan. Dengan mengetahui sumber pendapatan kita boleh tahu berapa banyak yg lebih untuk kita selesaikan hutang tidak baik tu

2) Jangan Tambah Hutang – Memang boleh berhutang untuk selesaikan hutang(seperti overdraft, refinance property utk dapat cash atau another personal loan), tapi amatlah tinggi risiko kalau tak ada orang asing yg monitor, mendisiplin dan guide all the way. Untuk mereka yg sedia bermasalah, memang tidak perlu menambah lagi hutang, kelak jadi semakin berserabut.

3) Selesaikan hutang yang paling tinggi interest – Tak perlu tambah hutang jadi kita selesaikan hutang yang paling tinggi interest. Ranking pertama interest tinggi selain ALONG adalah  kad kredit, jadi kad kredit la kene selesaikan dulu, kalau ada 3,selesaikan 3 dahulu baru proceed ke hutang lain.  Kemudian baru proceed untuk personal loan pulak yg mana kadar interestnya tidak setinggi kad kredit tapi masih lagi dikira tinggi. Harus diingatkan yg hutang lain kene serve jugak, bukan semua duit settlekan kad kredit tapi loan lain tak bayar

Pernah dengar Pay Yourself First? Yang bermaksud kita set aside our income untuk simpanan dan pelaburan, selebihnya barulah utk perbelanjaan. Untuk mereka yg ada masalah hutang, menyelesaikan hutang tak baik adalah perbuatan ‘pay yourself first’, ini kerana perbuatan ni akan selamatkan diri penghutang dari situasi hutang yg lebih teruk seperti muflis

4) Step by Step , Month by Month – Nak berhutang kadang2 dalam 24 jam dah boleh ada cash dekat tangan. Kalau hutang pakai kad kredit lagi cepat, leret atau ‘swipe’ jer. Part nak membayar adalah sebaliknya. Untuk mereka yg nak langsaikan hutang tidak baik, dengan situasi kewangan, memanglah perlu dilakukan satu per satu, dari bulan ke bulan. Kalau ada kenaikan gaji, bonus atau dividen dalam simpanan/pelaburan, boleh salurkan untuk selesaikan hutang  tidak baik secepat mungkin. Sabar dan disiplin agar tak guna kenaikan gaji, bonus atau dividen utk tujuan lain. Alternative lain ialah dengan cara menambah pendapatan melalui part time, tak kiralah berniaga kerongsang, tudung, burger atau blogging, yg pasti kita boleh segera keluar dari lubang hutang yg membelanggu itu. Macam contoh diatas, kalau bergantung dgn kerja harian dan budget yg betul sahaja, rasanya perlu sabar dan disiplin selama 2 tahun barulah boleh selesai (hutang x baik)

Lambatlah nak kaya macam ni matjoe?

Hutang tidak baik (bad debt) perlu dilupuskan terlebih dahulu. Kelak hutang tak selesai, kaya confirm tak tercapai. Biarlah one step at a time. Bila dah berjaya keluar dari lubang hutang, barulah bina semula asas kewangan yang kukuh. Jangan risau kalau perlu tangguh setahun atau dua keinginan untuk menjadi kaya kerana hendak melangsaikan hutang tidak baik. Kalau kesihatan mengizinkan, memang boleh tercapai satu hari nanti. Ingat, Colonel Sanders memulakan empayar KFC pada umurnya 66 tahun

Kadang2 sedih jugak bila ada sy reply email tetapi tidak mendapat sebarang respon seperti terima kasih atau bertanya lanjut. Mungkin juga sebab mereka kecewa dgn jawapan saya yg tidak bersifat ‘miracle’, sememangnya tiada jalan pintas, sebaliknya disiplin dan sabar kunci utama.

Pada saya mencegah lebih mudah dari mengubati. Utk itu seawal mula bekerja kita sudah perlu utk merancang wang kita agar tidak terperangkap dgn masalah hutang.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

73 thoughts on “Bagaimana Nak Langsaikan Hutang

  1. Sy nak tanya,apakah pihak bank boleh sita harta benda,..kalau hutang dh lama 4 tahun bank nk close smua harta,akaun,betul ke..bagaimana cara yg boleh digunakan utk cuba selesaikan tanpa tindakkan mahkamah@pihak bank…mohon tunjuk ajar..

  2. Salam sya nk tnye..sy ade 2 kredit kad n 3 loan yg mne sy perlu setel dlu..mslh sy adelah tahun dpn sy nk Kawen..mne nk byr utang mne nk simpan duit utk kawen sy kompius

  3. Amazing! This blog looks just like my old one!
    It’s on a completely different subject but it has pretty much the same layout and design. Great choice of colors!
    Jom terjah post menarik dari Drusilla ..DrusillaMy Profile

  4. cerita kad kredit nih takkan kehabisan…

    tu carian keyword pasal kad kredit macam mana nak settle…

    belum lagi cara nak bayar hutang macam mana… hutang along nak bayar macam mana…

    pastu cara nak mintak balik hutang dari mereka yang liat nak bayar pun ada yang search…

    selamat maju jaya dalam usaha anda untuk selesaikan hutang yang melanda…
    Jom terjah post menarik dari abdfatah ..Oh! Tatakala Wang Gaji Habis Begitu Sahaja…My Profile

  5. hutang yg tak sihat nie mmg membuatkan kita x sihat..nak tido pun dah tak blh…mcm saya nie utang yg tak sihat jer dah 15k…hubby punya hutang tak sihat lagi lar dah 150k dah…alih2 kami cdg terpaksa gak pg ke akpk tuk mintak tlg…duit gaji dah semua byr tuk utang yg tak sihat jer…dah la sy tak bekerja skrg nie…lg la nazak…emas pun semua dah ke ar rahnu msk tuk pajakkan…mmg silap kami dr mula agak boros n tak menyimpan…lgpulak bila dah ada anak walaupun sorg…duit pampers lagi duit susu lagi…yg anak nye barang tak blh x de kene ada jd mmg dah tahap2 nazak gila…pening2 kalo tak kuat iman gaduh besar pulak laki bini…nie bila saya rs nak marah pasal utang jer cpt2 ambik air sembahyang n mengaji…biar la org kata time susah baru ingat tuhan…tp tu jer penawar kemarahan bila tengah pokai mcm skrg nie…

  6. sbb brhutang la idup sy ssh skg ni..asyk gali lubang ttp lbg je…plg myedihkn duit gaji pn msh xckup utk byr utg..wt loan ngn byk bank..tu x kire loan yg dh ptg melalui slip gj…yg byr by hand lg..kad kredit lg..smua ni la ksilapan yg plg bodoh dlm idup sy..rs nk ulang blk ms lalu,tp smua nye sia2….org lain time gaji syok sakan,sy pning pk duit xckp nk bayo utg..sedih sgt..mcm dh xde jln lg nk ubah idup ni

  7. tima kasih berkongsi balance transfer method, sy tak terfikir method ni sewaktu menulis, konsepnya sama jugak seperti berhutang untuk melangsaikan hutang seperti overdraf or personal loan. adalah digalakkan berhutang utk selesaikan hutang ni mmg kene ada guide dari mereka yang arif, kalau tak mungkin makin tidak teratur.
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..Tips SEO utk Gambar dan Tagging- LabelsMy Profile

  8. Secara jujur, ini bukan tips, tapi secara stating the OBVIOUS. Kalau nak settle hutang credit card dgn cepat, buat balance transfer ke bank 0% interest utk 24 bulan atau 12 bulan. Potong segala credit card. Tinggal satu je, pastu limitkan RM 200 sahaja.

    Lagi, bukak satu lagi bank, transfer budget bulanan (operating expenses) ke bank baru. Bank lama tu (tempat dapat gaji), tunggu bulan, selesaikan hutang dan suruh pasangan simpankan ATM card, atau buang saja.

    Lain-lain cara, track expenses guna Buxfer. Atau excel, ikut mana lagi mudah. Kalau nak ikut MatJoe ni cakap, generic sangat, any Tom Dick and Harry bole kasi advise yg sama. Padanlah tade org terima kasih.

  9. mungkin boleh merjuk kepada AKPK.
    AKPK boleh membantu mendisplinkan diri serta manage balik pinjaman yg membebankan dengan mengabungkan kesemua hutang itu menjadi satu.

    kad kerdit jika tiada kekuatan utk mengawalnya, ia akan menjadi musuh yg paling besar dlm hidup kita

  10. waktu umur muda2 (muda ke) mcm ni la kene kontrol kewangan…saya pun dah terasa dah ni..dgn kad kredit nya lagi..adoi…nak beli rumah lagi…klu x kuat iman n x pandai kontrol kewangan, celah mane nak kaya…x yah kate kaya la..cukup mkn pon dh alhamdulillah…huhu.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Lee ..Urgent- Mohon Pertolongan Kawan-KawanMy Profile

  11. mmg ramai yg mempunyai pengalamn buruk dgn kad kredit termasuklah saya sendiri..nasib baiklah skrg tinggal satu kad shj..klu tak pn pening jugak nak byr minimum payment tiap2 bulan…
    Jom terjah post menarik dari Nadri ..Waktu-Waktu Mustajab BerdoaMy Profile

  12. betul tu kak jie. ada yg call saya nak refinance kad kredit. limitnya cuma 3K, masih bujang. tapi tak dpat nak tolong sebab ada tunggakan minimum monthly payment. maknanya ada masalah manage duit sebab dia ada ambil cash guna kad tu. lagi tinggi %nya. Fisrt thing…ambil gunting & potong kad tu. suka atau tak, bayar je kan. jgn gali lubang tutup lubang. ada org kalau dah rasa tersepit sangat, dia akan jadi luar biasa buat income. insyaallah.

Comments are closed.