Raspberry PI? Pernah dengar?
Raspberry PI ini adalah komputer saiz kecil.
Menurut asal pencipta , Raspberry Pi ini bukan bertujuan perniagaan, iaitu projek non profit. Penciptanya membesar dengan komputer zaman dulu yang mempunyai 2 pilihan apabila dihidupkan iaitu nak menggunakan komputer atau nak memprogramkan komputer. Kebanyakkan orang sekarang, lebih banyak menggunakan komputer dari memprogramkan komputer.
Beliau mencipta Raspberry Pi Ini dengan tujuan supaya kanak-kanak membesar dengan programming. yang merangsang kanak-kanak lebih kreatif bukan semata-mata menjadikan komputer sebagai ‘alat untuk digunakan’.
Saiznya yang kecil memudahkan ianya digunakan dimana saja kawasan yang mempunyai kemudahan yang terhad.
Kebanyakkan orang mempunyai TV, jadi Raspberry Pi ini hanya perlu disambung ke peti TV tanpa perlukan monitor. Sesuai kepada tenaga pengajar di kawasan luar bandar.
Tentu korang nak tau apa gunanya Raspberry Pi ni, kan?
Raspberry PI ini sama saja seperti komputer biasa. Ia adalah mini komputer yang ada grafik. Kita boleh melayari internet seperti biasa, video, muzik, main game yang ringan atau programming.
Inilah bentuk dan saiz Raspberry Pi. Sebesar kad kredit. ( 8.6cm x 5.4cm x 1.5cm )
Raspberry PI ni ada 2 model saja – Model A dan Model B. Bezanya Model A ada 1 USB Port tanpa Ethernet port dan Model B ada 2 USB ports dan ada Ethernet port.
Berapakah harga Raspberry Pi ?
RM145 dan boleh beli secara online .
Dengan harga yang murah, alat ini amat sesuai untuk pembelajaran secara formal atau tidak.
Abaikan meja konsul depan TV saya yang berserabut tu ye…. ini bukan work station. Ini tempat untuk proses sementara. Dua jam lepas gambar ini diambil, saya dah cabut semua dan kemas . Entri ini cuma ingin memperkenalkan Raspberry Pi. Ini juga bukan entri teknologi, saya bukan ingin mencuri pembaca amanz.my .hihihi….
pertama kali pula dengar…. dapat lagi info baru untuk hari ni.. tapi nampak menarik la.. sudahla kecil comel pula tu… dimana boleh dapat tu?
Tq.
Arieon.my
Sepertinya sangat bagus dan bermanfaat,,terutama untuk anak-anak,bagaimana cara mendapatkannya?
kali pertama dengar raspberry nih..bagus ni bagi siapa yang tahu guna.
sama, saya juga baru pertama jali dengar aplikasi ini
Kena baca dua kli utk faham, maklumlah bukan budak it…heehee
thanks angah sudi berkongsi ilmu pasal pi ni…ingat mula2 sejenis kek…hahaha
Ooo, baru tahu akan kewujudan benda nih. Nampak complicated pada pandangan pertama.
ingatkan keluarga blackberry tadi
kalau nak guna untuk buat presentation, ok juga ni. hehehehe
tak payah susah2 nak angkut laptop dah. 😀
bertambah satu ilmu kalau tidak tak pernah tahu pun .. ni bestnya blog mak cik ni ..
Tengok gambar macam dia pakai LINUX je.. Best ni..
Hahaha. Macam nama kek lar…
gua ingatkan sejenis kek tadi..
kak jie..leh guna dongle utk wifi 🙂
wahhh..agak best juga raspberry nie.. huhu
oo. Ingat nama OS linux tadi 😀
daripada tajuk nama, ku ingatkan pai raspberry. hahahaha. rupanya tersilap. jgn menilai entri berdasarkan tajuk lah cenggini jadinya 😀
bila tengok tajuk saya ingatkan sejenis minuman kesihatan..oh tidak
Alat ini sangat cocok untuk saya sebagai seorang Guru,
Kecik betul. Dia pakai android ke apa ni Kujie?
ini bukan android. Nampak gambar tu mcm guna linux based.
Aik.. ni pertama kali saya dengar tentang Raspberry Pi. Boleh tahu di mana boleh dapatkannya?
perghh apesal yam plak jadi juru perunding Pie ni? ni buat gua jeles… hahahaha..
ni projet JV dgn dia..hahahaha
kak jie balik kg tadi, tak sempat nak reply komen
sekali tgok..dia secara sukarela reply komen….seronok tak terkira
owh patut la.. hahaha… pie yam dok ade dengan saya. tiap kali jumpe yam.. dok lupe nak pulang balik. since tak sempat nak buat R&D. bagus bagus angah dah main pie. sangat sokong. eh.. angah ke along? hahaha.. *nama pon tak hengat* wwuuuuuu~
Angah tu…tapi belum pandai, baru sgt
uih… kecik nya. tertanya tanya macam mana bentuk saiz harddisk nye.
dia tak pakai hard disk..hanya pakai SD card sbg ganti hard disk
ooo… ok2. paham. terima kasih ..
memang tak tahu wujud gadjet macam nie…keterangan yang diberi membantu untuk research apa itu P.I. ….(keliru niee…)
rasp pi adalah komputer kecik yg plg popular…ada lg alternatif yg lain
http://www.efytimes.com/e1/creativenews.asp?edid=84368
masih x faham la kak jie benda ni guna utk apa
rasp pi ni sama cam komputer biasa…untuk buat ape…terpulang pada citarasa masing2…ada nak buat surfing…ada yg buat media center…ada jugak yg wat server
pakai RAM jugak ke.
yup..mmg ada RAM…raspi pi ada 2 model..256MB n 512MB
kak jie memang expert pasal hardware ni ye…saya tak tau apa pun..
kak jie pon bli gak ker?sy pon ade bli utk projek media player..mmg murah n bleh digunakan utk mcm2 perkara…sy instal xbmc dan mmg x mngecewakan utk sbc sekecil rpi.. 🙂
tgh plan utk bli odroid-x2..sama mcm rpi cuma high spec sama mcm s3..n leh instal android..terbaik 🙂
Banyak ciptaan alternatif kerana diantaranya tidak menyokong monopoli dan mahukan fleksibel dan pada harga kos yang rendah. Selalu ciptaan tersebut bermula dari asas dan menjadi semakin lengkap dengan perkongsian sumber terbuka.
Ada dijual di Lelong dengan OS sekali pada harga RM175. Malangnya sudah kehabisan stok.
macam mana nak beli rasberyy tu
raspi pi boleh dibeli secara online
hi tech lah kak jie ni..saya baru tahu kewujudan menda ni..
dinding tu ada bekas tebuk lubang…salah adjust pasang bracket tv ke?heh.. 🙂
owh…mcm linux juga. kena guna coding. tapi best la kalau nak mahirkan diri dengan programming.
linux zaman sekarang tak sama mcm zaman dulu..dia mmg mudah dh skarang..raspi pi mmg pakai linux untuk OS dia…dlm gambar di atas, itu adalah raspberian OS, asal dari debian based linux
dah agak dah. nampak ada iras2 debian. hahaha