edit 6/5/2013 – Keputusan Rasmi PRU13 – klik – Keputusan Terkini PRU13
Tadi tengok live streaming yang tersangkut-sangkut , berdebar dan teruja menanti seperti pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja nak umumkan tarikh hari raya seperti zaman 80’an yang tiada capaian internet. Sekarang nak umum tarikh puasa dan raya tak sedebar zaman dulu. Masing-masing melekap telinga ke radio dengan debarnya.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mengumumkan tarikh mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 13 ( PRU13 ) hari Ahad 5 Mei 2013. ( PRU12 pada 8 Mac 2008 ) . Kalau hari mengundi pada hari Ahad, negeri-negeri yang Ahad adalah hari bekerja dapat cuti umum la kot…. ( Kedah, Kelantan dan Terengganu ). Kena tunggu pengumuman rasmi.
EDIT 17/4/2013 – Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan 5 Mei 2013 sebagai cuti peristiwa sempena Pilihanraya Umum Ke-13.
EDIT 24/4/2013 – Kerajaan Kedah dan Terengganu hari ini mengumumkan cuti umum pada 5 Mei ini sempena pilihan raya umum ke-13.
Tarikh penamaan calon adalah pada 20 April 2013 (dua hari selepas hari ulang tua)
Saya mengundi di P92 – Sabak Bernam dan N01 Sungai Air Tawar. Masa ni semua adik beradik balik untuk mengundi. Kalau boleh, buat semakan awal Daftar Pemilih untuk mengetahui kawasan pengundian yang didaftarkan
Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika:-
- Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
- Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
- Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
- Telah memperoleh kerakyatan asing.
Kecuali di Sarawak, kita akan mengundi dua perwakilan iaitu ( negeri Sarawak mengadakan pilihan raya berasingan bagi memilih ahli dewan undangannya.)
- Parlimen – memilih wakil ke Dewan Rakyat
- Dewan Undangan Negeri ( DUN) -wakil yang dipilih dalam kawasan pilihan raya negeri ke Dewan Undangan Negeri
Terdapat 2 jenis kertas undi dan dua kotak undi. Jangan tersilap kotak.
©kujie – Dah SMS suami untuk hebahan awal, maklum dia bekerja di luar daerah, perlu tarikh mengundi untuk menyusun dan merancang jadual bercuti.
kalau besok di tempat tinggal saya ada pemilihan lurah..
semoga berjalan lancar 🙂
Semoga bisa memilih yang terbaik sesuai pilihan masing2
jom kita mengundi
Selamat mengundi kak jie. Buat pilihan bijak 🙂
semua tak sabar nak mengundi dah rasanya ni. haha..
assalamualaikum kujie…selamat mengundilah pada kita semuakan…;)
sedih…bila tahu tarikh mengundi… sebab terpaksa membatalkan trip to acheh…
tiket dah beli.. burn….
kami pun menonton pengumuman live di tv ramai-ramai kat opis… best…macam tunggu tarikh cuti raya..hehe
Sehari selepas SBDDB anjuran Akademi Denaihati..
tarikh tu mungkin akan ditunda
Selamat mengundi, persaingan pasti sengit tapi kitalah yang ada kuasa nak undi siapa 🙂
selamat mengundi buat yg dah berdaftar mengundi.. 🙂
tarikh mengundi PRU 13 adalah merupakan tarikh keramat untuk menilai kembali kerja wakil rakyat……
kali pertama mengundi di selangor dan pertama kali nak pergi mengundi ni.. teruja ada..berdebar pun ada..( macam nak ambil periksa pulak :))
Hmm..tarikh mengundi sehari selepas cukai kereta luput.
nampaknya mengundi kali ni ‘agak mahal’