Bangun pagi-pagi hari Rabu ni tengok notification dalam telefon berderet². Aktifnya korang semua. Rupa-rupanya kes si Amirul Aslam buat karangan 1500 patah perkataan yang berliku-liku mengenai kes Izzat Syafiq, terselit mention pada akaun facebook saya.
Saya ni tak tau lagi apa kes yang membabitkan nama Izzat Syafiq ni…. anak saya Amirul Syafiq, bukan Izzat Syafiq.
Klik sana klik sini, tahulah punca kepada perkara pokok yang dimention oleh Amirul Aslam tu.
Baca kes tersebut di sini – Polis cari pelajar samseng belasah rakan sekolah
Kalau nak cari video, carilah sendiri kat youtube atau maklumat lain, buat saja carian Google. Saya sendiri tak sanggup nak lihat video ini sampai habis. Teringat anak-anak sendiri.
Risaulah dengan perlakuan anak-anak sekarang, Kalau kat sekolah Intan, hampir setiap bulan ada kes bergaduh depan gate sekolah. Biasanya kes berlaku 2 hari – hari pertama punca pergaduhan, hari kedua membabitkan kumpulan dari luar sekolah.
Itulah sebabnya kenapa saya tak benarkan Intan menunggu di wakaf ( kawasan menunggu ) luar kawasan tepi sekolah, dia akan tunggu di pondok pengawal di dalam kawasan sekolah.
Dah pukul orang, upload kat internet dengan bangganya – tak terfikir ke kuasa internet yang boleh menyebabkan semua keadaan diluar kawalan. Contoh kes Rafiqin Darwisy , Hani Tarmizi dan banyak lagi. Sekejap saja semua yang terlibat di dalam video pelajar pukul ketua tingkatan ini telah dikenalpasti.
Bukan senang nak jadi makbapa zaman sekarang. Bila jadi kes macam ni, makbapa juga dikeji, dimaki dan dicerca, tak kesian ke?
Saya faham sangat macam mana rasa bila anak-anak disakiti rakan sebaya kerana anak saya pernah menjadi mangsa buli sewaktu dia baru bertukar sekolah. Kes buli sampai membabitkan pisau. Dia bertukar sekolah, ditempatkan di kelas yang xxxxx sehingga terganggu kerana motivasi belajar tak sama. Fokus untuk belajar terganggu kerana rakan sekelas tidak mempunyai semangat atau keinginan belajar seperti dia. Nasib baik akhir tahun dia berjaya melangkau beberapa kelas dan menempatkan diri di kelas yang sesuai untuk persekitaran yang baik.
Dah banyak sangat kes seperti ini berjaya diselesaikan oleh Polis, tak serik-serik ke? Jangan ingat kebebasan tak ada sempadan, semua perjalanan hidup kita ada aturan dan peraturan. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.
Kepada yang meninggalkan komen untuk kes ini juga perlulah berhati-hati, jangan sesedap rasa mencarut dan menulis bahasa kurang ajar. Kalau kita berada dilevel yang lebih baik, kenapa menggunakan perkataan yang sama waktu levelnya dengan orang yang kita rujuk bersalah tu.
Nota dari Laman Facebook Polis Diraja Malaysia :
Hasil semakan dan maklumat orang ramai, pihak PDRM mendapati bahawa klip video kes buli yang tersebar menerusi media sosial yang berlaku pada 4 Mac 2013 lepas telah diselesaikan oleh pihak sekolah bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah.
Tiga pelajar terbabit telah dibuang sekolah dan sehingga kini pihak PDRM tidak menerima sebarang laporan polis dari pihak yang berkenaan.
Edit : 11/4/2013
Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Butterworth, 11 April – Polis menahan tiga pelajar sekolah menengah di Seberang Jaya, dekat sini yang sebelum ini dikenakan tindakan buang sekolah berhubung kes pukul seorang pelajar di sekolah yang sama.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata tiga pelajar berusia 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing di sekitar Seberang Jaya di sini pada 11 malam tadi.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh.
©kujie – kes dah selesai, kata PDRM
ternyata sama juga dengan para pelajar di Indonesia yang kian hari banyak diantaranya sering tawuran atau berkelahi
Remaja saat sekarang ini sepertinya pergaulannya sudah semakin terpengaruh tontonan atau apalah semua yang beredar di media umum,,yaitu hal-hal yang kurang baik bukannya meniru hal-hal yang baik.
daripada bergaduh lebih baik berkawan, nanti dah besar kawan itu yang penting
apa nk jadi budak2 zaman skrng.
sentuh sikit report polis..
pelajar samseng elok dimasukkan dalam lokap 3 malam. biar mereka rasa akibat buat salah. bapa bapa patut didik anak dengan lebih tegas, jangan ambil mudah . sekali sekala guna rotan di rumah. kalau boleh rotan kasar sebesar ibu jari. malangnya zaman ini banyak cerita ganas ditonton bapa dan anak terutamanya wwf
zaman ni banyak cerita ganas ditonton anak anak kita. bapa hendaklah tegas dan berdisiplin mengajar anak anak. peranan bapa lebih penting dari peranan ibu. malangnya di zaman ini ramai kaum bapa ambil ringan tentang pendidikan sahsiah anak anak patut sedia dan guna rotan sekali sekala di rumah. pelajar samseng yang buli orang lain elok masuk lokap 3 malam, biar mereka rasa sedikit akibat buat salah. saya seorang guru memang paling benci lihat keganasan kerana saya suka keamanan dan keharmonian dalam hidup
Tak sanggup nak tengok walaupun ramai yang teringin nak tengok. Kita sendiri boleh rasa apa yang mangsa tu rasa. Kebanyakkan sekolah menengah mmg macam tu. Lebih-lebih lagi bila ada pelajar yang jenis tak suka belajar. Org lain pun remaja jugak tapi kalau nak buat sesuatu tu tau gunakan akal, bukan guna otak.
Anak saya tiga-tiga lelaki, yang paling besar baru nak masuk 6 tahun, baca perihal ni buat saya gerun dan kecut..kalau zaman ini begitu sekali karenahnya budak-budak sekolah yang baru nak kenal dunia..masa hadapan alangkan lagi….. Mintaklah dijauhkan dari perkara menyedihkan tentang manusia seperti ini.
Darah panas remaja yang sedang meningkat naik. Apa bila matang barulah bertindak secara rasional.
Hanif kat sekolah pun sebagai guru risau sangat keadaan yyang begitu meruncing… apa lah salah mak bapak diorang ni sampai anak-anak jadi samseng… tersalah didik la tu.
Kes buli melampau camni dah jadi macam ‘darah daging’ kat sekolah2 tertentu. Ambe rasa, paling utama ialah kerjasama ibubapa dan guru serta pihak berkuasa. Moga2 anak2 kita dijauhkan daripada aktiviti2 camni..
Sekadar pandangan ambe.
p.s. Ada ternampak video ni semalam tapi tak sempat nak tengok.
risaunya tgk….xtaula mcm mana keadaan akan dtg..
belasah ramai-ramai..memang la depa berani. Berani..lawan sorang-sorang la. Ingat ketua kelas atau ketua tingkatan takut kerrr…
– bekas ketua kelas darjah 6.
Namapun samseng..mana berani lawan sorang2…
-bekas ketua kelas tingkatan 1 =)
Ganaznye budak2 skrg ni…Dalam sekolah pun berani. Dulu2 jahat juga tapi nxde lah sampai mcm nie… adakah kerana pengaruh filem dan drama?
Jika di lihat mereka ini memang hanya mahukan keseronokan dan meniru lagak dan gaya samseng, sebab tu ianya dirakam…tapi pendek akal pabila di sebarkan dimedia sosial.
Kerajaan perlu berbuat sesuatu utk mengawal gejala ini. Tanggungjawab bersama juga dlm mendidik dan peka menilai baik buruk sesuatu hiburan.
Ambe berpendapat perkataan tepat ialah kita dulu2 nakal, bukan jahat.
Senakal manapun kita dulu2, cikgu ttp kita hormat. Sekarang, cikgupun ramai pelajar yg tak hormat.
wanau’zubillah
tak tahu nak komen apa bila tengok video tu
minta jauh banyak²..
Risau jugak bila memikirkan situasi budak-budak yang kadang kala diluar kawalan.
sy pun ada anak lelaki dan takut jika nak fikirkan ttg anak sendiri kat sekolah.. blk2 je pakaian cam org keja kat site.. ada gak smpi seluar koyak,.. aduhai.. mintang simpang la anak kita jadi pembuli dan dibuli..
paling tak suka baca kisah budak sekolah bergaduh nie…memang tak sanggup nak tengok…sadis kalau aku tengok…kalau kena kat anak aku…mati aku kejakan budak yang pukul tu…kecik-kecik nak tunjuk samseng…budaya mana yang dorang bawa nie….