Lembu Korban Dan Pisau Dapur

Lembu Korban Dan Pisau Dapur

Alhamdulillah… sekali lagi kita dikurniakan umur panjang untuk bersesempatan mengerjakan ibadah korban tahun ini. Ini sebahagian daripada 11 ekor lembu yang akan dikorbankan di surau taman perumahan saya pagi ini. Sejak balik dari Algeria, definasi berkorban bagi kami sangat-sangat berubah. Setiap tahun, InsyaAllah ibadah sunat Muaakad ini tidak pernah terkecuali. Bandingkan kita sedaya upaya menyediakan persiapan menyambut Aidil Fitri yang menelan belanja yang banyak( kuih muih pelbagai rasa dan bentuk,…

Buah Perah Gulai Asam Rong

Buah Perah Gulai Asam Rong

Hari ini pergi pasar terjumpa sesuatu yang istimewa. Itulah seronoknya kalau pergi pasar pagi di Batang Kali, kalau dua minggu lepas saya terjumpa orang jual shell/scallops dari laut dalam, kali ini saya terjumpa orang menjual buah dari hutan. Buah Perah  atau nama saintifiknya Elateriospermum tapos Selalu saya baca mengenai buah perah yang dibuat umpan memancing ikan atau menu masakan tradisi Pahang iaitu Gulai Asam Rong.  Asam Rong adalah bahan yang  menggunakan buah…

Layu Bunga Digenggam, Layu Rumput Di Halaman

Layu Bunga Digenggam, Layu Rumput Di Halaman

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Ramai yang balik ke kampung rasanya. Sejak malam tadi nampak bertali arus kereta keluar dari Kuala Lumpur ke arah utara lebih dari kebiasaan. Saya pula masih menunggu suami yang dijangka pulang dari Terengganu malam ini, Along dari Kajang dan Angah dari Gombak. Hha ha ha…yang dari Gombak tu nak tergelak, macamlah jauh sangat padahal naik motor tak sampai 1 jam. Kejap lagi anak-anak sampailah kot.…

Cita-cita Saya Selepas Mati

Cita-cita Saya Selepas Mati

Assalamualaikum kepada pembaca sekelian.  Hari ini Jumaat   Tu dia tajuk realiti yang agak seram bagi sesetengah orang. Itu adalah  tajuk karangan homework saya minggu ini.  Ustazah cakap tulis dalam 300 patah perkataan.  Macam advertorial pula. Cita-cita saya selepas mati. Waktu di sekolah rendah, kita pasti ditanya guru untuk mengisi satu bahagian rekod sekolah mengenai cita-cita.  Zaman saya antara pekerjaan yang menjadi cita-cita majoriti antara kami adalah Doktor, Jururawat, Cikgu, Polis…