Hari ini pergi pasar terjumpa sesuatu yang istimewa. Itulah seronoknya kalau pergi pasar pagi di Batang Kali, kalau dua minggu lepas saya terjumpa orang jual shell/scallops dari laut dalam, kali ini saya terjumpa orang menjual buah dari hutan.
Buah Perah atau nama saintifiknya Elateriospermum tapos
Selalu saya baca mengenai buah perah yang dibuat umpan memancing ikan atau menu masakan tradisi Pahang iaitu Gulai Asam Rong. Asam Rong adalah bahan yang menggunakan buah perah atau buah getah. Seumur hidup, inilah kali pertama saya melihatnya. Kalau buah getah, saya kenallah.
Buahnya seperti biji getah tetapi lebih bujur dan ada tetulang di bahagian tengah. Buah perah ada tempurung yang keras dan isi dalam yang putih juga seperti isi biji getah.
Tanpa segan sili saya bertanya apakah buah ini dan bagaimana cara untuk memakannya. Buah perah boleh dimakan tetapi boleh juga memabukkan jika dimakan berlebihan atau tidak diproses dengan cara yang betul.
Cara Makan Buah Perah.
Rebus 3 kali dengan air yang berlainan. Selepas sekali rebus, buang air dan isi air baru dan rebus semula sehingga 3 kali. Rebusan terakhir barulah dimasukkan garam.
Cerita dari penjual, rasanya seperti badam atau buah berangan. Saya belum rebus lagi, jadi belum tahu bagaimana rasanya. Harap-harap tak adalah yang mabuk sampai pening.
Saya beli lebih kurang 30 biji dengan harga RM 2.
Saya tak ada pengalaman, kalau sesiapa pembaca blog yang tahun cara lain untuk memakan buah perah ini, bolehlah berkongsi bersama.
seperti buah biji karet ya kak jie… saya baru lihat tapi ini
Saya pertama kali tengok buah ni kak.
saya baru pertama kali lihat buah perah ni, gimana rasanya Kak Jie ???
nih kali pertama tengok buah perah. isinya mcm biji getah, kulitnya pun sama,
Macam biji buah salak pun ada..hehehe tengok isi macam isi dalam buah getah.. memang dekat pahang je ke ada buah ni?
Nak makan kena rebus macam tu dan juga buat asam rong.Setakat makan kalau terlalu banyak memang akan pening kepala.Rasa lemak macam rebus biji nangka.
Pertama kali melihat buah ini. Kalau biji getah memang biasanya selalu dijadikan bahan permainan tradisional.
Seingat saya rasanya lebihkurang buah berangan atau biji cempedak kot. Kulitnya jadi hitam selepas rebus.
Dan berdekad tak jumpa buah ni.
1st time tengok buah tuh , kalau buah2 hutan nih memang susah nak jumpa la nampaknya…
Peliknya nama buah ni kak jie. Hehehe
gulai asam rong..pehh..lama dah tak rasa…memang lain rasanya tuu..