Alhamdulillah… sekali lagi kita dikurniakan umur panjang untuk bersesempatan mengerjakan ibadah korban tahun ini.
Ini sebahagian daripada 11 ekor lembu yang akan dikorbankan di surau taman perumahan saya pagi ini. Sejak balik dari Algeria, definasi berkorban bagi kami sangat-sangat berubah. Setiap tahun, InsyaAllah ibadah sunat Muaakad ini tidak pernah terkecuali. Bandingkan kita sedaya upaya menyediakan persiapan menyambut Aidil Fitri yang menelan belanja yang banyak( kuih muih pelbagai rasa dan bentuk, tukar perabut, langsir , sofa, telekung baru, alas meja baru, pakaian baru anak beranak ratusan ringgit ), jadi tak ada sebab kenapa kita tidak sanggup ‘berkorban’ untuk melakukan ibadah sunat muakkad ini.
Bila dikira dan dihitung, satu bahagian lembu berharga RM 400 ( ditempat saya ) hanya beberapa peratus dari pendapatan tahunan. Berkorban bagi saya adalah apabila kita bersusah payah untuk menyempurnakan/ melakukan sesuatu bukan melakukan selepas ‘ada kelapangan’ , ‘ada baki’ atau dalam keadaan selesa.
Semoga kita sama-sama menambah ilmu dan mendapat redha-Nya dalam beribadah.
Ini pula keadaan di rumah saya sejak petang semalam. Tiada dalam gambar kapak dan penimbang.
Mengasah pisau adalah rutin tahunan suami saya sebelum Aidil Adha. Kami buat ibadah korban atau tidak , dia akan berada di surau untuk sama-sama bergotong royong. Pisau adalah tool penting.
Petang semalam anak-anak lelaki saya yang tolong asahkan.
Selepas diselongkat dapur, inilah pisau yang ada. Itu pun ada yang dah hilang. Memang hobi suka beli pisau agaknya.
Kepada yg faham maksud syariat dan hakikat Qurban pasti akan berusaha sendaya upaya tanpa mencari alasan sebagaimana Nabi Ibrahim tidak mempersoalkan Allah apabila diarah menyembelih Nabi Ismail
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Liat nak bayar hutang
Pisaunya banyak sekali Kak Jie
Btw, selamat merayakan hari raya Aidil Adha …
Jom terjah post menarik dari Rina ..How To Automatically Install WordPress In cPanel Website Hosting
Banyaknya koleksi kak. Hehehe
Jom terjah post menarik dari profhariz ..Penyakit Jantung Koronari dan Pilihan Rawatan
tahun ni saya tembak lembu terus kak jie! habis berdarah2 memancut depan saya.
Jom terjah post menarik dari Izwan ..Selesai Outstation Di Kuala Selangor
Salam Aidiladha buat akak sekeluarga yer…
Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Pengalaman di Little Big Club
wah dah cam geng 08 ni..hehehe
Jom terjah post menarik dari zool ..Hotel Karavan di Jerman
banyaknya koleksi pisaunya tuuu..
Jom terjah post menarik dari titan ..Anda takut hendak bercakap dikhayalak ramai?
wah bersusunpisau kak jie
Jom terjah post menarik dari hafiz ..From nothing to something
Selalunya ada pisau khas untuk melapah daging yang tidak digunakan pada hari-hari biasa.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Selamat Menyambut Hari Raya Adil Adha
Wah! banyaknya koleksi pisau. Dari pisau kecil potong bawang sampai pisau lapah lembu. Cukup persediaan kenduri besar ni. Dulu saya juga gemar buat koleksi pisau, pantang jumpa orang jual mesti nak beli.
Jom terjah post menarik dari Shubhi ..Cara potong dan lembutkan daging
betul tu..kalau duk fikir kalau ada bajet baru nak korban maka susah la nak tercapai
baru lepas makan sup gear box ni..hehe
Jom terjah post menarik dari cikgunaman ..15GB internet 4G dengan RM69 sebulan
Thanks , I have recently been searching for information approximately this topic for ages
and yours is the greatest I’ve found out so
far. But, what concerning the conclusion? Are you positive concerning the source?
Jom terjah post menarik dari http://www.thisismarilyn.com/engine35soda ..http://www.thisismarilyn.com/engine35soda
macam mana boleh terlepas ni..
Jom terjah post menarik dari cikgunaman ..Kuotanya Takkan Habis, Seronoknya Tak Habis-habis
Mak ai banyak nyer pisau,pisau hiris bawang pun boleh tahan banyak hehehe…pisau tajam mmg syok kalau siang daging.