Belumlah terlambat untuk mengerti

Belumlah terlambat untuk mengerti

Terimakasih kerana hubungi saya. Mungkin apa yang dikehendaki tidak sepenuh dapat melegakan tetapi saya berharap Farah pandanglah semua ini dari sudut yang positif. Andai ada terguris hati , maaf saya pinta. Jemu, itu tabiat manusia. Manusia akan jemu dengan perkara yang sama. Tiada yang kekal. Cinta yang pernah terasa membara itu pun tidak kekal. Akan ada habisnya. Tiba-tiba perasaan cinta itu semakin menipis. Apa nak buat?

Kata-kata hati

Bertambah kurang seseorang itu berfikir akan bertambah banyak dia bercakap.. credit image :chalkboardmanifesto Mari kita perhatikan kata-kata yang terkeluar ketika kita bercakap… Nak tahu apa rahsianya…?

Rosak bawang ditimpa jambak

Ingat lagi minggu lepas saya seperti kepompong yang baru menjadi rama-rama mabuk laut makan sate kerang? Hampir seminggu juga saya mengalami alahan teruk kerana mentedarah 28 cucuk sate kerang. Keadaan lebih dramatik dengan gatal² pada luka² jatuh masa kena ragut. Orang degil akan dapat balasan, kan? Seperti peribahasa antan patah, lesung hilang.

Semoga…. hari ini

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat sahabatnya. Ya Allah! Jadikanlah lipatan hari ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untukku dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba² Mu yang terpilih.