Perodua MPV ( D46T)

Hari ini penat sangat, semalam hari minggu tetamu datang bersilih ganti. Adik saya datang sekeluarga, memancing ,  bakar ikan dan balik selepas minum petang.  Lepas maghrib adik ipar saya suami isteri  sampai. Lepas perlawanan Arsenal dengan Middlesbrough baru balik. Saya upgrade  2 blog , satu untuk adik ipar dan satu bloglist saya yang telah dinaiktaraf. Penat membelek code. Untuk lapangkan minda, mari kita berangan-angan tak sudah merenung gambar Perodua MPV…

Undi Pulau Sipadan Untuk ‘New 7 Wonders’

Kawan-kawan… ingin menyumbang untuk negara? Sekaranglah masanya. Mari kita sama-sama mengundi Pulau Sepadan untuk New 7 Wonders bagi kategori  Seascape . Setakat hari ini kedudukan Pulau Sipadan berada pada ranking ke 14. Langkah pertama , klik http://www.new7wonders.com

Cerita rakyat 366 hari

“mama….epal ni ada racun tak?” Tiba-tiba Intan bertanya selepas digigitnya sebiji epal petang semalam. Ini sah-sah terpengaruh dengan cerita dongeng fairy tale Sleeping Beauty. Muka mama dia ni dah macam ahli sihir kot. Cerita-cerita dongeng zaman kanak-kanak dari barat sungguh berpengaruh kepada anak-anak.  Mereka lebih terdedah dengan cerita Beauty and the Beast , Cinderella , Alice’s Adventures in Wonderland , The Frog Prince, Jack and the Beanstalk , Peter Pan…

Hari bertemu pelanggan vol – 4

Hari ini saya nak balas beberapa A Letter From Heaven yang tiba di kotak email. nizam wrote: awak seorang penulis ke?ada ikat kontrak dengan mana-mana produksi? Maaf, saya hanya suri rumahtangga sepenuh masa. Terikat sebagai isteri kepada En. Saipul Anwar Hj. Daud. noor azura bt zairuddin wrote: assalammualaikum….saya nak tanya, benarkah tarikh lahir berkait rapat dengan perlakuan seseorang dalam rutin harian.seperti saya, dilahiirkan pada 4/9/1985.saya sukar untuk membuat keputusan yng…