Bepang pengantin

Balik kelas pagi tadi, dapat bungkusan dan surat pos ekspress. Bungkusan boleh diagak, tapi surat pos ekspres tu tak sangka betul. Terimakasih Ateh atas kiriman kad jemputan perkahwinan.    Suspen sungguh dapat kad melalui pos ekspres.  Terus terlintas pada entri terbaru Menteil menganai bila si dia mengirimkan walimatul urus. Tapi si Ateh ni bukanlah si dia tu… Dia salah seorang anak siber saya dari  Forum Teratak Santai. Untuk Ateh sebaris pesanan…

Doktor curi tulang benda hitam di lebuhraya Setia Alam

Saya baca beberapa akhbar dan blog yang menulis mengenai kisah doktor HKL ditangkap ‘curi tulang’ kerana membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi, ketika lebih 20 pesakit menunggu untuk mendapatkan rawatan. Kes terbongkar apabila Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan yang kebetulan pergi ke situ untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu beliau. Siasatan mendapati dakwaan itu tidak benar kata Menteri Kesihatan, Datuk…

Cerita cinta hati saya

Selamat pagi cinta! Pagi yang segar, pagi yang indah …. Terimakasih dan syukur kerana masih dipinjamkan nafas ini hingga ke detik ini. Entri ringkas sebelum saya pergi kelas. Kisah anak-anak pagi² buta. ” kawan Intan cakap, nasi goreng semlm sedap…” Fakta : Saya tidak perlu pergi kursus mengoreng nasi dengan majerin hanya untuk memikat anak². Gunalah minyak lebihan goreng ikan…lagi power selepas goreng ikan gelama masin!

terlena dalam belaianmu

Sepanjang minggu yang sibuk dengan aktiviti rutin sangatlah memenatkan. Dengan bahang cuaca yang perit.  Dua hari saya ulang alik ke kedai cermin mata untuk dapatkan yang sesuai untuk Angah. Kalau saya mengadu dengan suami…………..pasti dapat ayat killer. ” orang dok kat site…….kiri kanan tak de pokok . ..awak tu dok dalam rumah pun nak mengadu panas” Terus bersyukur kerana masih boleh on econ dalam bilik. Bini tak sedar diri!