“mama….epal ni ada racun tak?”
Tiba-tiba Intan bertanya selepas digigitnya sebiji epal petang semalam. Ini sah-sah terpengaruh dengan cerita dongeng fairy tale Sleeping Beauty. Muka mama dia ni dah macam ahli sihir kot.
Cerita-cerita dongeng zaman kanak-kanak dari barat sungguh berpengaruh kepada anak-anak. Mereka lebih terdedah dengan cerita Beauty and the Beast , Cinderella , Alice’s Adventures in Wonderland , The Frog Prince, Jack and the Beanstalk , Peter Pan atau pun kisah Aladdin.
Buku cerita yang dikeluarkan mudah difahami disamping ilustrasi-ilustrasi menarik dan berwarna-warni yang akan menarik minat kanak-kanak. Kemudian kisah² dongeig itu difilemkan menyebabkan ianya melekat terus dalam kehidupan mereka.
Kenalkah anak-anak kita watak terkenal cerita rakyat Malaysia seperti Pak Pandir, Badang , Si Luncai dengan labu-labunya, Lebai Malang , Kisah Sang Kancil menolong Kerbau, Puteri Saadong atau Puteri Sentubung , Mat Jenin , Cik Siti Wan Kembang atau pun Si Tanggang ?
Saya ada buku Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia susunan Othman Puteh dan Aripin Said hadiah hari ulangtahun kelahiran Intan tahun lepas. Rupa-rupanya banyak lagi cerita dongeng negeri-negeri di Malaysia yang saya belum tahu.
Contohnya Raja Bongsu Pinang Beribut ( Terengganu ) , Apai Saloi ( Sarawak ) , Sereban Tidak Sebulu ( pahang ) , Si Awang Tangan Besar ( Perlis ) , Neng Siti Tiga Beradik ( Kelantan ) , Kintan Merajuk ( Perak ) atau Awang Selbu ( Johor )
Buku ini sesuai untuk bacaan harian selama setahun – 1 cerita 1 hari. Semalam kami membaca kisah kura-kura dan itik.
Mengapa kulit kura-kura retak?
Dalam sebuah hutan, seekor kura-kura berkawan baik dengan dua ekor itik. Pada suatu ketika, akibat musim kemarau yang panjang , semua tanaman mati dan kolam tempat mereka bermain juga kering.
Itik mengajak kura-kura berpindah tetapi kura-kura berasa susah hati kerana dia tidak boleh terbang.
Itik mencadangkan kepada kura-kura supaya mengigit sebatang kayu dan itik akan membawa kura-kura dengan kayu tersebut. Itik juga berpesan supaya kura-kura tidak boleh sama sekali membuka mulutnya.
Kura-kura berjanji akan patuh kepada permintaan itik dan apabila mereka bersedia, itik pun menerbangkan kura-kura merentasi hutan, merentasi sungai sehinggalah mereka tiba di sebuah kampung.
Kura-kura merasa megah apabila terdengar suara budak-budak riuh rendah bersorak kehairanan.
“Kura-kura boleh terbang? Tengok tu…kura-kura boleh terbang! Kura-kura boleh terbang….!
Kerana terlalu gembira, kura-kura terlupa pesanan itik lalu membuka mulutnya ingin memberitahu sememangnya dia boleh terbang.
Tiba-tiba kura-kura tersedar dirinya tidak lagi tergantung pada kayu yang dibawa oleh itik.
Setelah melayang-layang di udara, dia jatuh terhempas di bumi. Cengkerangnya retak dan kakinya cedera. Sejak peristiwa itulah kulit kura-kura kelihatan retak di sana sini..
bestnya cerita kura2 ni.kura-kura tu berlagak sangat sebab tu dia jatuh terhempas.padan muka.anyway cerita ni best .
.
buku faveret dulu ni, skrg x tau ada kat mana. =)
time kecik2 dulu suke tgk citer monyet, dah tu kancil dgn buaya..
“jgn monyet jgn, kite tak boleh mkn buah tu..”
“1 2 3 lekuk, jantan betina aku ketuk”.
“….ada 10 buaya yang bodoh”
“..jadi tak adalah makan?”
ehehehhe.. ingat lagi sikit2..
😉 boleh ye ambil cerita ni buat persembahan.. 😆
Salam,best jugaK CERITA ni,keluarkanlah cerita HangTuah pulak ye..hhehhe 😆
😛 citer macam ni bagus untuk dipedengarkan kepada kanak kanak.terima kasih kerana mengembalikan zaman kanak kanak aku.mase mak aku tidurkan aku da=ie slalu citer kat aku .thank you
🙄 citer yg bagus
huma orang Kedah ke
Ya ALLAH Jie, buku kura-kura dengan itik ni opah baca masa kat sekolah rendah. Sabor aje aku. Kat mana Jie jumpa? Ada dua yang opah paling ingat sangat, Ra si Kera dan cerita Puteri Sekati Bunga. Kalau Jie terjumpa kat mana-mana, tolong beritahu tau. Boleh opah minta tolong adik carikan. Best ooo cerita ni.
ODs last blog post..Shopping Day… erm…
>Tiba-tiba Intan bertanya selepas digigit sebiji epal petang semalam.<
siapa gigit siapa ni..?hehe..
teringat citer² tauladan yang biasa kuar dlm tv masa dulu²..
paling femes kisah kancil dgn buaya.
tapi skrg ni tak de dh nampak kat tv.
ke bai yg dh jarang tengok tv…hehe
fiezabaiduris last blog post..One rest
wahh..banyak citer rakyat yg besh-besh nih..saya pun suka.
Terutama citer2 sg kancil yg bijaksana.
saya juga suka citer kenapa kucing kambus ta** dia! hahahaha
sallys last blog post..The Biggest Loser
@sally, sang kancil mmg populer..sampai ke jalanraya 😆
wahh cite dongeng ni mmg yonna tak pernah bace pun 😀
hee patot la cangkerang dia retak sana sini :p
yonnas last blog post..tinggal tanda tanya?
@yonna, yeyeye….. kena tau gak sikit2
klau kita yg tak wariskan pada anak2…sapa lagi
erm…okey gak ek kalau carik buku2 cerita rakyat tu…
leh cerita ngn budak2, boleh jadi bahan dalam kelas…
erm…akak dah tukar gmar profile akak ek???
it’s so u kak…
heeee
chekguBHs last blog post..Double Happiness and Joyfulness, Alhamdulillah…
@chekguBH, elok tu cekgu..boleh baca dgn anak murid
dah lama arr tukar….
sedih tau………cute mcm tu…cekgu baru prasan
best gak layan cerita cenggini..nak baca utk anak, anak kecik lagi..layannn
sufians last blog post..Tutorial Adsense untuk Domain Parking
@sufian, ambil tau..nnt sampai masa….leh citer kt dia
cerita kanak2 best….
penuh dgn fantasi..
smpi skrg suka baca..
🙂
@kutaksempurna, kak jie skrg baca sbb nk cerita dgn anak2
kalau kita tak cerita…lama2 pupus
dulu pernah beli ada satu buku neh
tajuka dia bermulanya dengan tup tap
dah takde pun buku tuh. hehe 🙂
@KNizam, lor…peliknya tajuk buku tu 😆
@KNizam, ada lagi tak buku “bermulanya dengan tup tap tu”? aku pun pernah baca buku tu..mmg best sangat, cerita rakyat seluruh dunia. skrg teringin sangat nak baca lagi, tapi tak pernah2 nak jumpa lagi.
budak2 zaman sekarang masih suka dengan citer kartun luar negara
citer kartun negara kita tak banyak sangat la kak jie
kalau ada pun kadang2 saya rasa cam mengarut ajo
😀
happy weekend kak jie
rindu kat akak
bila laa nak deting ni ???
Lilys last blog post..Lepas Rindu
@Lily, salam lily..nnt kalau kak jie ke sana, sampai lah hajat kita
ada byk….kan kak jie beli buku 366 cerita..satu ari satu tu
ye la byk lagi erita dongeng yg esei tak tahu…tp cerita kura2 ni pernah baca ke tak ek…tak ingat la…
Active Bloggers last blog post..Review On RefererX 4.0
@Active Blogger, kisah2 jenaka pun byk
lah. macam tu ker.. 😐
@titan, beli arr buku tu..ada byk lagi kisah dongeng rakyat malaysia yg tak tau…
Ini versi BD pulak. Pada zaman dahulu orang Melayu buat jamban sekali dengan jambatan. Sepotong batang kelapa melintasi parit, atau sungai kecik. Bila nak melepas dia bertenggong atas jambatan@jamban itu. Akan halnya si kura-kura, suka sangat mengendap orang melepas. Dia tunggu di bawah jambatan sambil mendongak ke atas. Macam-macamlah dia nampak. Pada satu hari seorang budak lelaki yang dah seminggu tak melepas pergi melepas. Kura-kura nampak burung budak tu sama macam kepala kura-kura lain yang sedang mengajaknya berlawan. Lalu si kura-kura memagut burung budak itu. Budak itu terkejut dan menjerit. Pada masa yang sama, semua isi perutnya terhambur. Terlalu keras dan banyak, menghentak cengkerang kura-kura – sampai retak….
belalangdewas last blog post..MISTERI BUDAK HILANG
@belalangdewa, ngeri pula nak cerita kat anak2 versi ni…
Waaah….!!
Nampak gaya acara merempit sudah bermula!!
Bersemangat betul pokcik gumok tu mengejar opahnya….hi hi…
Laju opah…… laju lagi !!
Ties last blog post..Budak sekolah sekarang
@Tie, kita dok tepi tukang sorak ye tie
Ha ha….
Hari ni kita jadi kanak2 riang….. huaaaaaaaaa……..
Tie memang suka baca cerita2 dongeng ni. Selagi tak abis satu buku, memang tak boleh henti. Lama tak baca laaa… nanti nak cari kat kedai. He he..
Ties last blog post..Budak sekolah sekarang
@Tie, cerita kanak2..penuh fantasi….. akhirnya yg baik dpt balasan baik, yg jahat terima balasan….
Ingat lagi cite kura2 tu masa duduk di Pahang baca atas library bergerak
kruel74s last blog post..Wealth are to be shared (especially among friends)
@kruel74, lama tu…. yg best cerita knp ayam mencakar tanah 😆
ayah neeza suka beli buku cerita masa neeza kecik. Untuk galakkan kami baca buku. Cerita yang neeza ingat – merak dan jarum emas..
kebanyakan cerita2 rakyat ni bagi teladan kan Kak Jie.. bagus untuk anak2 baca..
sekarang ni, nak kena cari balik la..
heheh.. amboi Intan.. takut mama letak racun yeee.. huhuu..
Neezas last blog post..Games anak-anak dolu dolu.. 😉
@Neeza, cerita kanak2 di akhirnya akan bagi kita teladan…. kisah2 masyarakat..
kak jie pn dah lupa neeza….nk kena ulangkaji
tak pernah lak dengar cerita pasal kura kura ni… time kecik terpengaruh ngan cerita barat la ni.. hehehehe
Adrys last blog post..Album Baru In-Team 2009 Allahu Rabbi
@Adry, tau pun…anak2 kak jie pn mcm tu la
tak kenal pak pandir..tak kenal lebai malang
a’ah la macam ni macam mana shya nak bercerita ngan anak shay…
shay sendiri tak tahu pasal cerita dogeng rakyat nih…
dulu2 masa time sekolah rendah ada gak la tv1 atau tv2 buat animasi pasal cerita sang kancil ngan buaya tu…
sekarang cerita upin ngan ipin jerk yang banyak…
@shay, belilah buku tu shay….byk cerita..366
satu hari satu…hehehehe
Hehe.. Buku tu.. Dekan pernah nampak. Waktu kecik2 nak je beli time kereta/van2 buku datang ke sekolah. Haha. Tapi x beli pun. Xtau kalo ayah ada beli kat umah skang sbb dia Cikgu. Kot-kot ada bahan untuk murid-murid.
Dekans last blog post..US – Wanted: Penggodam komputer untuk bantu kerajaan
@Dekan, ada kot..buku ni sgt elok utk ibubaba….bedtime story
dulu masa kecik RTM selalu siarkan cerita-cerita sang kancil…sangat menghiburkan.. 😆
Lan Bingkas last blog post..Nak ‘smackdown’
@Lan Bingka, tapi skrg ni anak2 nk cerita yg warna warni…yg cantik…
mengapa kucing tanam najis dia pun ade gak..macam2 tp syok.. 😛
Mohd Hafifis last blog post..Hadiah Untuk Lelaki
@Mohd Hafifi, ooo kucing taku harimau tue….skrg ni ingat2 lupa..nk cerita semula kt anak2 pun dah lupus mcm player kaset rosak zaman dulu2.
ada cerita best. mengapa ular tidak berkaki
@Kak Kujie, aa.. sila2 cite.
ubeys last blog post..Cara2 Menjadi Dewa Dalam Arena Memancing (2)
@Kujie, kenapa ular sawa takde bisa pun ade kan kak jie?
Mohd Hafifis last blog post..Semangat Kita
@Mohd Hafifi, a’aha….mcm2 cerita..kalau kita tak tau
mcm mana nk cerita kat anak2
dia org tu kalau cerita Disney Channel boleh hafal
yeap! maza sokong 100% apa yg Kujie katakan itu..
huhuhu
marilah kita berpatah arah, balik ke pangkal….
Kenangilah dan sayangilah Budaya, Bangsa dan Bahasa Melayu anda!
huhuhu
terharu den woo…
hehhehehe
mazas last blog post..Perjalanan Terhenti Lagi: Sg. Buluh
@maza,
hai..tak de cerita penglipurasa ke ari ni?
dlm buku ni ada cerita Labah-labah Buncit dari N.Sembilan..
hahaha..sapa yg buncit tu..?
@Kujie, ooo
ekau nak cerita ekau yg buncit yo.. den no hal punyo….hehehhhe
@maza, Oooo…. Tie tahu sapa yang boncit !! 😉
Ties last blog post..Budak sekolah sekarang
@Tie,
uiks! ekau pun samo nak mengaku?!
baguslah tu……hehhhehe
mazas last blog post..Perjalanan Terhenti Lagi: Sg. Buluh
Teringat saya pasal buku ni saya ada beli buku ni utk anak saya .. masa tu umurnya dalam 4 tahu kot. Hehe… mana la dia tau membacakan? tapi saya beli jugak takut2 tak jumpa lagi selepas tu. Alhamdulillah sekarang buku tu dah jadi bacaan dia…… menarik buku tu.
@TokNabe, saya seronok baca buku ni, leka sebab banyak sangat cerita…tak tunggu setahun..sehari je abis utk sebulan punya cerita….
a’a.. hehe. makin lame makin x igt lak. dlu ade dgr2 cite ttg jarum dgn anak helang. aa. x igt da. haha. minda dah tercemar dengan anasir2 luar
ubeys last blog post..Cara2 Menjadi Dewa Dalam Arena Memancing (2)
@ubey, citer ibu ayam je yg dia ingat
nak kena sumpah dgn sang kelembai ni…. 😆
@Kak Kujie, haha. 😳 citer rakyat la. tp kan. klu bukan parent, sape lagi nk didik anak dengan cite2 klasik kita. nk harap sekolah, skrg tumpu ngn math n science je. media lak susah nk wt bisnes dgn kisah2 klasik ni2. bgs2. ble la nk bergelar ayah ni. 💡
ubeys last blog post..Cara2 Menjadi Dewa Dalam Arena Memancing (2)
@ubey, kak jie pun tak berapa ingat cerita klasik dulu kala ni..zaman dulu2 mana lah sempat mak ayah nk cerita itu ini…adik beradik berderet bersusun paku..:)
skrg ni…anak2 rajin benar bertanya itu ini
kena one step in advance