Pengetahuan Am

Kata-kata hati

Bertambah kurang seseorang itu berfikir akan bertambah banyak dia bercakap..kata-kata
credit image :chalkboardmanifesto

Mari kita perhatikan kata-kata yang terkeluar ketika kita bercakap… Nak tahu apa rahsianya…?

“Saya Memang……” – seseorang yang menginginkan sesuatu yang boleh memberikan rasa selamat pada diri sendiri.

“Saya Rasa…..” – seorang yangs sensitif dan agak emosi. Pantang tersentuh,angin satu badan.

“Saya Fikir….” – bijak dalam membuat keputusan dan sentiasa berfikir jauh dan terbuka untuk menerima idea dan pendapat baru daripada orang lain.

“Saya Percaya….” – seorang bersemangat dalam hidup dan percaya kepada kebolehan yang dimiliki.

“Pada Pendapat Saya….” – seseorang yakin dengan apa yang dilakukan tetapi harus belajar untuk menimbangkan pendapat orang lain.

“Saya Tahu….” – seseorang yang mempunyai pendapat yang kukuh tentang apa juga perkara.

“Saya Akan….” – sukar berkata “tidak” dalam apa jua perkara sekalipun apatah lagi perkara itu memeng menjadi target utama selama ini . Tetapi ingat, usaha itu pun perlu ada, yakin saja tidak memadai.

© Kujie – kalau entri atau komen dibalas dengan ID Kujie, saya gunakan desktop tetapi kalau saya gunakan ID Jie, saya online dari laptop.   Saya ada 2 ID yang menjadi Author di blog ini.  Kalau tanpa link, saya online dengan  SE

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

56 thoughts on “Kata-kata hati

  1. Saya fikir mungkin rasanya tak akan ada pendapat yang seperti ini yang letak semua idea.

    BAGAKs last blog post..Lawat Blog Kawan

  2. Saya memang rasa dan fikir saya percaya pendapat saya yang saya tahu akan saya tulis kat sini!

    ODs last blog post..Shopping Day… erm…

  3. huhu, tue pasal kalo xde bende nak cakap, baik diam jer.. hehe, tapi kekadang orang cakap kalo diam sgt cam tak betul plak..

    samanosuke_04s last blog post..Jiwang Seorang Geek (part finale)

  4. sebenarnya setiap ungkapa dari mulut kita tuh selalunya akan jadi perhatian orang. Orang yang bijak akan menilai samaada kita ni berkeyakinan atau x,jujur atau kaki belit n sebagainya. :mrgreen: :mrgreen:

    pjans last blog post..Tidur yang terganggu

    1. @pjan, sebab tu kalau nak cakap kena fikir dulu….jgn cakap lepas.
      tengok dulu orang yang nak berlawan dgn kita tu mcm mana..tak boleh hentam serupa dgn semua org…. 😆

  5. alamak mcm terkena batang hidung sayer jer ni huhuhu 😆

    haritzs last blog post..Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi

  6. huhu, informatif sungguh research nie.. huhu, aku paling suka ayat yg tunjuk diri kita lebih superior daripada orang lain.. tak kisah yang mana2 pun..

    samanosuke_04s last blog post..Jiwang Seorang Geek (part finale)

    1. @samanosuke_04, tapi tak semestinya tepat…bergantung juga pada situasi mana kita gunakan ayat tu

      btw..terimakasih kerana sudi singgah tinggalkan jejak

  7. kalau cakap dgn orang yg lebih tu, “saya rasa…”
    kalau buat karangan konpem-konpem la “pada pendapat saya…”
    kalau dengan member-member pula, “saya memang…”

    jadi dikategori yang mana satu ni? konpius. hehehe…

    Mr x7s last blog post..Kontest disebabkan aku dah gila

    1. @Mr x7, itu tandanya org bijak yg pandai menyesuaikan diri
      masuk kandang kambing mengembek
      masuk kandang rimau…cabut lari..

      hehehe..btw..terimakasih kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak di blog kak jie

  8. dalam kategori ni… dah tentu aku adalah
    orang yang no 2.

    sebab itu la ayat kalau aku cakap dengan boss
    kalau die mintak pandangan… erm.. perkara ni kire
    macam psikologi ayat le.. kkekeke.. same gak
    dengan psikologi penulisan…

    thanks untuk tips ni kak jie~

    Azman Ishaks last blog post..Blog aku sungguh bosan?

    1. @Azman Ishak, ramai yang lebih senang gunakan ‘saya rasa…’

      seolah2 kita memberi ruang selamat utk diri sendiri…..sbb itu yg kita rasa, bukan dia rasa…

      hehehehe :mrgreen:

    1. @izzah, betul….. ikut kesesuaian…tapi ada juga beberapa ayat yang lebih kerap

      kak jie rasa….bla…bla…bla…. 😆

  9. Pada pendapat saya apa yang kak jie tulis ni ada benarnya.. hehe.. camna pulak dengan orang yang sentiasa “berkalau” kak jie.. maksudnya apabila bercakap sering gunakan kalau…

    nuaemans last blog post..Terima Kasih Arshavin, Terima Kasih Gunners!

    1. @nuaeman, berkalau- kalau tu sebab dia selalu baca majalah Gila- Gila

      zaman dulu majalah GG ni top…ada topik kalau….kalau

    1. @TokNabe, sy tak perasan la pula

      kadang2 ada blogger yg setting boleh komen hanya dgn akaun blogspot
      kalau mcm tu mmg sy sign in blogspot dulu

  10. Masa mula masuk kerja dulu di kilang ni, bila masuk meeting ya ada mamat sorang ni selalu mulakan ayat dia dengan “mungkin”.
    Bila bos tanya pendapat aja, dia jawab “mungkin…bla..bla..”
    Last2 bos panggil dia Mat Mungkin :mrgreen: :mrgreen:

    1. @iza, mungkin tu dia tak yakin dgn diri sendiri….kalau siap pun tak pe..sbb dia ckp kemungkinan..

      segala pemerhatian menjangkakan kemungkinan :mrgreen:

    1. @Lan Bingka, kita tak mungkin tahu kesemuanya…ilmu ini sgt luas..seperti dunia yg kadang2 gagal kita kenali ceruknya

    1. @Tie, Den pun samo macam ekau..

      yg den tau, OD telah pun memecut laju dgn 65 komen.

      hmm

      payah nie!

      wakakakaa

  11. perghh kak jie wat research ke…
    kalo..”Pada pendapatan saya…org ni adik beradik samy vellu.” hahaha

Comments are closed.