Ingat lagi minggu lepas saya seperti kepompong yang baru menjadi rama-rama mabuk laut makan sate kerang?
Hampir seminggu juga saya mengalami alahan teruk kerana mentedarah 28 cucuk sate kerang. Keadaan lebih dramatik dengan gatal² pada luka² jatuh masa kena ragut.
Orang degil akan dapat balasan, kan? Seperti peribahasa antan patah, lesung hilang.
Mungkin kerang itu diperoleh dari kawasan yang airnya tercemar, kekotoran dan toksik yang terkandung di dalamnya telah mengakibatkan saya alami alahan yang teruk.
Kerana habitat kerang yang hidup di dalam lumpur dan pada kebanyakan waktu membuka cangkerangnya untuk mengumpulkan sumber makanan menjadi tempat terbaik bagi aktiviti bakteria dan virus .
Kerang rebus atau kerang bakar?
Kerang bakar membuatkan kita memakan kesan lumpur yang menjadi unsur karbon dan tar, rebus pula menyingkirkan lebihan lumpur dalam cangkerang.
Saya tak pasti sate kerang tu direbus dulu atau tidak. Walaupun dok kerunaih adalah satu nikmat, tetapi saya dah serik untuk makan kerang lagi apalagi untuk sengeh macam kerang busuk.
p/s – Intan tanya kenapa saya tak lahirkan dia awal²… tak seronok skrg ni….masuk sekolah rendah, Angah dah ke sekolah menengah, nanti masuk sekolah menengah, Angah dah habis Tingkatan 5.
Bukan salah ibu mengandung , ok!
©kujie – Rosak bawang ditimpa jambak – Kerosakan seseorang itu disebabkan oleh kelakuannya sendiri
salam kujie..alhamdulliah kat rumah ni klu bakar kerang atau masak lala dan sejenis dengannya tak pernah lagi kena alahan…
klu mcm tu kat rumah kerang dah takleh masuklah…
kesian si intan tu…mungkin dia rasa ralat tak sama usia dgn abg dia.
skrg ni ira dan imran pun gap jauh dgn abg dan kakak-kakak dia..
ina kls last blog post..Capati oh Capati
lambat jugak ek kak jie nyer luka sembuh. sokmo mkn mende gatal ek?? ekekkeke…
ayam pun silap aribulan takleh makan. hueeeeeeeee…
marila mkn daging belaka . adehh…. 😛
Zanas last blog post..Bagaimanakah!!
@Zana, org degil , susah nak berpantang
ada satu je yg tak baik2….kt sendi
dok gerak sana sini
mana bawang nya ?? 😕
Am memang tak makan seafood sebab gatal… jumpe doktor inject terus elok…
ams last blog post..I’m Full Time Internet Marketer
@am, dah tak boleh makan sate…kita makan bawang je lah
tu peribahasa yg bermaksud – Kerosakan seseorang itu disebabkan oleh kelakuannya sendiri.
sedapnya kerang.. sedapnya kerang..
tp saya dah lama pantang binatang ni.. dah baper tahun dah… sbb taknak jd macam kakjie la… hik hik hik..
org degil, dptlah balasannya 😛
@kutaksempurna, hehehe…org degil mcm tu la
sekali kena..baru sedar diri 😆
kerang skrg ni memang sgt tercemar. dah la memang perairan tercemar tambah pulak kerang bela yang diaorg bagi mkn ntah hapa. so kalo nak mkn kerang better la rebus betul2 sampai beul2 masak.
salam perkenalan untuk kak jie
pjans last blog post..Tidur yang terganggu
@pjan, betul tu…skrg ni byk sgt pencemaran
yg diternak ..dia org bagi makan nk suruh cepat besar
cepat boleh dijual
dia tak kira kesan….sbb bkn dia yg makan
mcm tu gak buah2an yg dimport dr thailan
kt sana tak de kawasan racun seranggan..dia guna yg power2
kesan pada kita yg makan
dia tak makan…dia jual
salam kenal..terimakasih krn singgah blog kak jie
best kerang ni tp jadi gatal kulit bila sy makan.. 😛
Mohd Hafifis last blog post..Hadiah Untuk Lelaki
@Mohd Hafifi, tapi..benda yg patang mcm ni la best nak juga 😆
Suka juga makan kerang rebus atau bakar. Tapi tak boleh selalu sangat
abgputras last blog post..The Web is not ready for Chrome yet!
@abgputra, betul la tu abg putra….jgn lebih2..nnt kenalah penyakitnya
makan kerang yek….sy tak minat sangat makan benda yg melecehkan…makan benda yg memudahkan contoh ayam ke…daging ke…tak payah nak kena buka cengkerangnnya. Pening kepala mak sy nak pilih lauk utk adik2 yg lain2 ragam 🙂
Active Bloggers last blog post..Melayu Boleh Online Dan Cabaran SEO 2009
@Active Blogger, senangnya hidup….mkn yg mudah2..
hehehehe
senanglah isteri nak masak
seingat saya kerang ni utk resdung kalu,,,aduihhh gataei
AyKays last blog post..Umur Dewasa dan Liku-Likunya
@AyKay, kak jie tak de resdung
tak de gatal2 seluruh badan
cuma badan lemah….. mcm terawangan…tu arr….mabuk laut mcm tu
akak kena ragut tu kat mana? kat rawang ke sekitar umah akak…?
@shay, ada link2 yg entri ni..klik la baca
mcm tak best nak ulang kisah2 yg tak best tu
kerang bakar sgt syurgaaaaaaaa hahahha
err mama alah teruk? so badan gatal2 la eh? haih teruk nya penangan :p
tu la,ikut kan geli mkn kerang sebab dr lumpur. tp tu yg sedap T__T
tu la ma,intan tu mmg jauh beza dr abg2 dia kan? hahaa
cepat je dia besar 😀
yonnas last blog post..you don’t know me
@yonna, tak de la gatal2…
cuma…loya dan muntah2…mgkn mama makan ubat2 utk kaki ari tu
mmg arr….dlm rumah ni dia sorang je status kanak2
mcm tak sabar nak jadi besar
nak make up katanya
kerang bakar sedap
kerang rebus pun sedap
Sib baik Iza tak dak pantang dengan sea food, pantang jumpa iya 🙂
Cuma la ni duk beringat ya lah, jangan makan banyak sgt hehe…
@iza, lama dah tak pekena seafood…. apa nak buat tahan je la
ada byk lagi makanan lain yg best2kan..kan
Kerang bakar padang kota..!! sedap weih..!!
nikillass last blog post..Tag lagi.. Haish…
@nikillas, rindunya nak merendek kat padang kota 😆 😆
woo..kerang ni mmg menggatalkan.
teringat time nak raya dulu²..
berkilo kerang mak beli nak masak rendang.
keliling besen dok buang cengkerang.hehe..
lawak je soalan intan tu.
hmmm..adik beradik bai semua dah habis sekolah menengah.
kecik sekali je yg belajar lg.
mcm tak sangka dh jd keluarga besar.
bila la bai nak membesarkan lg keluarga ni.hehe..
fiezabaiduris last blog post..Pisang dan hati
@fiezabaiduri, a’aha…bai
time nk sambut raya
dok keliling besen….. satu kopek..msk besen
dua kopek msk mulut
cepat abis
itulah….entah mcm mana terfikir ngape dia je yg masih kanak2
woo…kerang bakar sedap tu…
Lan Bingkas last blog post..Culture Unplugged Video
@Lan Bingka, sedapppppp….mmg sedapppppppp
sedap dok mengaru
Rasanya makan kerang memang menjadi pantang kalau cedera berdarah yg tertanggal kulit ni.
huhuhu
kalau tak elok juga allergy itu, elok jumpa segera Doktor atau Pakar.. sebelum kaki berulat dan kena p…o… t… o… ** ** **
wakakakka
mazas last blog post..Kisah Dapur: Soto
@maza, eee…ngeri tu nk bayangkan
mcm cerita Shahnon Ahmad Ranjau Sepanjang Jalan
kak jie… pantang jgn tak pantang. kang jenuh nak garu…
saya pun tak leh makan seafood banyak2 resdung. kalau terlebih had mula la gatai sana sini. tp favourite tu susah nak elakkan. saya makan ubat resdung org kampung… siap promote tu… =)
@izan, parut tu makin baik dah
kalau tak sbb ni pun…mmg kerang tu pandang makan
mesti gatal
tapi suka gak…hehehe
kak jie tak de resdung…ade napsu …:)
Hah! Sahkan, Jie. Jeng jeng jeng hari tu? He he he… get well soon. Take care of yourself. Opah jauh nak berleter… mwah.
Nak bagi mesej kat Maza boleh tak kat sini?
Assalamualaikum wbh Maza,
Semoga diberkati Allah selalu. Opah dah pergi ke rumah Maza dan dah tengok dah soto yang Maza hidangkan tu. Amboih dia. Makan sorang-sorang. Sampai hati tak ajak opah dan atuk anney makan sekali. Anyway, sebelum opah melalut dan Jie murka kat aku, opah nak cakap, opah tak leh nak komen kat blog Maza, thus, hantar surat terbuka kat sini. Harap ambil perhatian.
Yang benar,
Opah De.
ODs last blog post..Banyaklah Dia Punya Cengkadak!!!
@OD,
Akhirnya surah OD sampai juga dibawa oleh angin lalu..
hehheee
nanti maza tepekan utusan OD ini.. hehehhe
Thank you OD…
@maza, 25%
Dulu suka makan kerang bakar. Cecah sambal cili Thai, fulamak…
kruel74s last blog post..However good the young have become, wisdom still come with age….
Kalau tak leh makan tu jauhkan kak jie..
Saya pun elak2kan makan makanan laut cam sotong., kerang,kepah..
Walaupun tak kena gatal2 tapi agak bahaya…
zools last blog post..Daging rebus
huhu, salam ziarah.. tak pasti nie first time ke ataupun time2 yang lain aku lawat blog nie.. btw, aku dulu x suka gak ngan kerang, sebab bau dia busuk.. tapi skang nie kalo dah ader sos cili tue, tibai jer… hehe
dr.oracles last blog post..Jiwang Seorang Geek (part finale)
walaupun luka kak Tie dah nak sembuh, banyak bacteria masih berkeliaran kat kulit tu.. bila makan kerag, happy lah bacteria tu… depa buat party tupperware 😈 yariba!! yariba!! heheee…
Kak Jie jaga diri ya… semoga cepat sembuh…
Neezas last blog post..Muka kita berubah 7 kali?
huhu… akak alah ngan kerang ek…
hahaha.. kiranya intan tak sempat sekolah sama sama ngan angah la yer… hehe
Adrys last blog post..Monsters VS Aliens Movie Review
makan satey kerang kat tanjung karang ker kak Jie….
izzahs last blog post..Semalam di Pesta Buku
@izzah, tul la tu izzah…kt tepi pejabat pos tanjung karang tu
2 minggu berturut2 g sana
Hahahahah… dulu saya pernah cakap dengan emak saya… kenapa saya ada 4 orang akak, tapi takde abang?
Mak saya cakap “itu kena tanya ayah kau”… sebab korang lahir ikut “acuan”. hahahahah… seronok pulak bila kenangkan waktu kecik ni.
p/s: anak kak jie mesti bijak. sebab anak yang banyak bertanya ni jaringan neuron dalam otak dia banyak.
@rohaizad, dia blk dok cerita kawan2 yg ada abang, ada kakak satu sekolah
mgkn best kot tgok adik beradik kongsi makanan 😆
kadang2 soalan tak dijangka
Ooo…..ye laa….bila dlm keadaan luka hampir sembuh tu patut dielakkan makan benda2 gatal ni. Jie memang tak ingat atau sengaja tak nak ingat ?? Hi hi….
Kalau dah kerang pun Jie alahan teruk, janganlah cuba makan ketam pulak ! Lagi dasat tau !! 😯
Ties last blog post..sunroof
@Tie, ketam?
jgnlah sebut seafood skrg ni
mengidam yg amat…………tapi nk buat mcm mana
kena la tahan napsu
Kerang memang paberet saya tu…. kekadang banyak juga saya mentedarah kerang ni terutama yang rebus. Alhamduillah setakat belum pernah kena sakit perut lagi.
kalau ada alahan…. jangan makan benda alah ni, hehe… kalau tak mengaru ler. 😀
TokNabes last blog post..Pulasan & Rambutan
@TokNabe, mmg tak boleh pun…mgkn sbb sy makan ubat2 lain
selalu tak de teruk sgt mcm kali ni
mengatal lagi tu…sedap sgt mengaru
jangan salahkan kerang kalau jie dah telan 28 cucuk. kira banyak tu… tak perlu kaji dari mana kerang tu berasal… kajilah cara nak kurangkan makan supaya sesuai dengan perut. perut jie kecik, kan…? hihiii
belalangdewas last blog post..PILLOWCAKE…
@belalangdewa, muahahaha…………. kena berleter la pula 😆
28 cucuk tu bkn saya sorang…abg, intan, angah & sy
bagi 4 baru je tak sampai pun 7
perut mcm stokin juga
akak kena ragut? bila tu kat mana? bahaya kan sekarang ni…
@shay, dah lebih 2 minggu shay
masa kak jie g cari hadiah korang tu..kaki masih luka
memandu gak g rawang