Datin Sri Lepaskan Anak Ikan

Datin Sri Lepaskan Anak Ikan

Seperti yang diceritakan di entri dibawah – Talapia Merah Mati Sekolam, petang Sabtu saya ke kedai ikan. Ada banyak stok anak ikan talapia yang baru sampai. Saya beli 50 ekor sahaja. Tengoklah kalau perlu, akan ditambah. Seekor anak ikan talapia merah sebesar ini harganya 15 sen. Saya jemput Datin Sri Intan Safura untuk melepaskan benih anak-anak ikan talapia ke kolam sekangkang anak kera tepi rumah.  Saya bukan ternak ikan talapia,…

Talapia Merah Mati Sekolam

Talapia Merah Mati Sekolam

Balik dari bercuti raya , satu kolan ikan mati – ikan talapia termasuk juga si Bulan ikan kaloi yang saya bela sejak 5 tahun. Penutup saluran air terbuka dan semua air mengalir keluar.  Lubang air keluar seperti bulatan merah  di dalam gambar. Panduan Ternak Ikan Tilapia! Klik Disini! Nasib baik kejadian baru berlaku dan ikan makin elok.  3 jam suami habiskan masa untuk siang ikan hampir 50 ekor sebelum kami…

Tepus Tanah Baling

Tepus Tanah Baling

Balik kampung raya baru ni sempatlah juga ke kebun. Untuk makluman, kebun kami bukan di belakang rumah, jaraknya dalam 5 KM. Kena masuk melepasi kebun-kebun orang lain. Kena menyeberang anak sungai yang sejuk dan dingin. Selepas menyeberang anak sungai, kena melalui denai jalan seperti ini.  Redup dan sejuk. Inilah pokok  “tagan”  iaitu pokok pertama yang di tanam  pada hari pertama tanah yang kami beli ini bertukar tangan.  Balik dari pejabat…

Jalan Raya Titian Batu

Jalan Raya Titian Batu

Assalamualaikum dan Salam Syawal 1435H Lama sungguh tak update blog. Tak lah sibuk mana pun, tapi mood nak bercerita dah makin kurang. Mungkin sedang alami fasa awal blogger menopause. Macam mana sambutan raya korang? Moga semuanya berlangsung dalam suasana penuh keberkatan. Saya tahun ini menyambut 1 Syawal bersama keluarga suami. Tahun ini kesemua anak mak 11 orang, 8 menantu dan 21 cucu ada bersama. Secara tradisinya keluarga kami akan berkumpul…