Sujud Tilawah Dalam Solat Ada Ayat Sajdah
Motivasi

Sujud Tilawah Dalam Solat Ada Ayat Sajdah

Tilawah ertinya bacaan, sujud tilawah ertinya sujud bacaan.

Di dalam al Quran, ayat -ayat  ini biasanya ditandakan dengan tanda yang berbentuk seakan-akan dorm masjid .

contoh ayat sujud tilawah

Ayat inilah disebut ayat sajdah dan sujudnya disebut sujud tilawah.  Apabila dibaca ayat tersebut, kita disunatkan bersujud.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.

Sebenarnya saya nak bercerita pengalaman bersembahyang subuh dan imamnya melakukan sujud tilawah. Ini pengalaman pertama kali dan menjadi kejutan juga kepada saya.

Masa ke Langkawi melihat LIMA 2013 , kami bersolat subuh di masjid berhampiran jeti Kuala Kedah. Imam baca surah yang panjang dan terus terang saya tak tahu surah apa. Kemudian imam terus sujud dan bangun meneruskan bacaan surahnya.

Bagi orang yang pertama kali alami keadaan ini, agak terganggu sedikit kerana saya hampir melakukan rukuk sebelum tersedar dan terus sujud. Perbuatan imam melakukan sujud di dalam solat sebelum bangun menyambung bacaan surahnya adalah pengalaman kali pertama.

Saya tak tahu dan teringat pun mengenai Ayat Sajdah ni sehinggalah semalam bila mengaji dan terjumpa tanda ayat sajdah , terus teringat kejadian tersebut.

Kemudian barulah saya ingat balik hari tu adalah hari Jumaat.

Kalau berlaku kes seperti ini dan makmum tidak mengetahui imam telah melakukan sujud tilawah sehingga imam mengangkat kepalanya daripasa sujud, solat tidaklah batal. Ruang solat perempuan biasanya terlindung dan jauh sehingga kita tidak dapat melihat perbuatan imam.

Cara melakukan sujud tilawah di dalam sembahyang ialah disunatkan bertakbir tanpa mengangkat tangan.

bacaan sujud tilawah

Bila melakukan sujud tilawah, bacaannya adalah seperti ini.

Walaupun waktu kejadiaan tersebut berlaku  ada tanda tanya di dalam hati, akhirnya saya sangat beryukur kerana peristiwa tersebut menyebabkan saya memahami keadaan dan cara melakukan sujud tilawah sekiranya membaca ayat sajdah di dalam sembahyang.

Moga pengalaman saya ini boleh dijadikan panduan kepada pembaca.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Sujud Tilawah Dalam Solat Ada Ayat Sajdah

  1. salam…saya ada mengikuti solat tarawih 20 rakaat dislh satu masjid…selps solat tarawih, imam ada melakukan solat 3 rakaat dimana rakat pertama setlh bacaan surah imam trus sujud selps tu rakaat ke 2 dan ke 3 br ada rukuk n sujud… solat apekah itu?? selps itu br imam lakukan solat witir 2 dan 1 rakaat…tk!

  2. hmm,,saya juga alami hal yg sama dg anda waktu sholat subuh pagi ini…buat saya terkejut,tapi trakhir saya ingat tentang sujud sajadah…

  3. Saya rasa boleh imam beri peringatan pada makmum-makmum yang beliau
    akan melaksanakan sujud Sajadah dalam solatnya nanti supaya makmum tak terpingga-pingga.Tak salahkan?

    1. Tak salah, rasanya iman dah beri peringatan atau makmum dah tahu ( penduduk tempatan ) sedangkan kami adalah pelancong… dalam mamai mamai memandu jauh…sampai depan masjid, dah masuk waktu.

      Masjid sedang diubahsuai, bilik perempuan dan bilik wuduk perempuan juga sedang dibaik pulih… bagi orang luar yang tak biasa keadaan masjid, mesti ambil masa untuk mencari bilik berwuduk …bila dah siap..saf semua dah bersedia.

      Bahagian perempuan cuma ada 2 orang penduduk tempatan…itu yang terkeliru..tak ingat hari tu hari Jumaat. Bagi makmum tempatan yang dah biasa, dia dah tahu.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Resepi Nasi Kabsa Beras Basmathi JasmineMy Profile

  4. Nak mahir cara solat ni,mana tahu satu hari nanti boleh jadi imam sujud sajadah.

  5. Selalunya imam hanya akan baca surah sajdah utk sujud tilawah, dan bukan surah lain yg ada tempat sujud.

    Penghafal surah tu akan sedar akan ada sujud, tp ramai yg tak hafal akan pelik. Moga Allah beri kita hidayah utk hafal dan amalkn tiap2 mlm.

    Dikatakan Rasulullah takkan tidur sehingga beliau baca surah sajdah dan al mulk tiap mlm. Ikut pengalaman saya surah sajdah mudahkn utk kita bangun tahajjud.
    Jom terjah post menarik dari Jomjalan ..7 Tip Keselamatan Di Bilik Hotel Yang Penjenayah Tidak Mahu Anda TahuMy Profile

  6. biasanya solat subuh kat masjid2 besar/negeri mmg imam akan baca surah sajadah tiap2 hari jumaat. kalau kat surau2 tu mmg jarang la nak jumpa.

  7. dah tak ramai imam yg baca surah yg panjang2 ni. mungkin nak kejar masa.

    kalau baca sirah Nabi s.a.w Nabi s.a.w ada baca ayat Al-Quran yg panjang di tepi Kaabah sambil diperhatikam oleh Orang kafir mekah. Sampai pada ayat yang ada ayat sajdah..Nabi s.a.w terus sujud tilawah diikuti oleh kesemua orang-orang di sekeling Nabi s.a.w termasuklah orang-orang kafir pun sujud sama.
    Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Bukalah Hatimu- UmbrellaMy Profile

  8. Imam di Masjidil Haram dan Nabawi sekarang dah kurang lakukan sujud sajadah kerana 1. ramai jemaah yg tak tahu sujud sajadah
    2. ramai imam yg fikir sujud sajadah di solat subuh jumaat wajib sehingga banyak masjid dan surau yg lakukan setiap minggu sedang Rasulullah buat berselang-selang bukan setiap minggu.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Tarikh baru Seminar Buat Duit dengan BlogMy Profile

  9. Saya teringat masa dalam umur 12 tahun,pernah sekali sholat subuh sajdah ni di masjid,ketika tu atuk ajak teman,masa tu memang konfius sgt,bila tanya arwah atuk,dia kata kamu beruntung sebab pagi ni imam ni buat sholat Subuh Sajdah.Emak ada kata seumur hidup mesti kena sekali buat sholat nih 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Awas Iklan Lucah Di Blog AndaMy Profile

  10. dulu masa kat asrama tiap2 minggu ada sujud sajdah. mula2 tu mmg tak tahu.

    bila dah tahu dan ada sedikit sifat nakal, saya selalu masuk bersolat lambat sedikit. bila dah habis sujud sajdah baru la mula solat… Tapi la ni kalau ada kesempatan mmg akan cuba berjemaah di surau atau masjid.
    Jom terjah post menarik dari staibaqhang ..TIPS Edit gambar : Square Crop…My Profile

  11. baru-baru nia ada baca kat majalah Iman x silap..baca pasal sujud sajdah..kebetulan malam tu mengaji and ada simbol kubah masjid tu..terus buat sujud sajad dengan suami. x hafal bacaan sujud sajadah tu..nasib suami hafal, dia baca kuat, saya ikut je..
    Jom terjah post menarik dari wanie ..Ini bukan beli ikan dekat pasarMy Profile

    1. Alhamdulillah…. kalau mengaji kita nampak tanda, kita tahu
      ramai yang faham
      pengalaman yg diceritakan adalah kali pertama surah yang ada ayat sajdah ini dibaca dalam solat. Surah ini biasanya surah yang panjang…. dan bagi kali pertama alami, rasa terkejut sebab terlupa bab sujud tilawah ni.

      bayangkan tiba-tiba iman terus sujud tanpa melalui tertib solat ( rukuk ) dan bangun semula menyambung bacaan surah.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Sujud Tilawah Dalam Solat Ada Ayat SajdahMy Profile

  12. Salam Kak Jie,
    Saya pun baru tahu kerana baru sahaja kisah ini diceritakan dalam tazkirah di surau malam tadi… Tak sangka ianya di kupas pula oleh Kak Jie. Namun surah ini teramat jarang dibaca ketika berjemaah krn ramai yang tidak mengetahuinya… takut timbul keraguan dan mengganggu makmum yg tidak mengetahui hingga membawa ketidak kusyukan malah boleh membawa kpd batalnya sembahyang.
    Terima kasih kerana berkongsi dan memberitahu…
    Jom terjah post menarik dari Bin Muhammad ..Keindahan Warna-warni – Keceriaan dan Ketenangan DiriMy Profile

    1. W’salam

      Kalau dalam bacaan al Quran kita nampak tanda boleh terus buat sujud tilawah
      tapi kalau dalam solat, memang jarang sangat dibuat
      inilah pengalaman dan dikongsi untuk ingatan diri sendiri juga kawan-kawan yang lain

Comments are closed.