Isu Semasa

Gwiyomi tu ape?

Gwiyomi  yang sebutannya adalah Kiyomi.

Benda ni saya dengar sebulan lepas, tetiba menjadi fenomena rakyat di Youtube. Korea sangat berjaya dalam marketing, contoh Kpop.  Cara mereka menguasai dunia alaf baru dan  terus menjadi virus sensasi.

Gwiyomi / Kiyomi bermaksud comel/ cute tapi bukan gedik!

Lagu asal dinyanyikan oleh penyanyi Korea bernama Hari dan pergerakkan jari dicipta oleh Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB .  Tarian menggunakan jari jemari ini juga dipanggil sebagai “1 +1 = Gwiyomi”

Antara lirik Kiyomi Song yang yang dialihbahasa dalam Bahasa Inggeris

1 plus 1 equals Kiyomi
2 plus 2 equals Kiyomi
3 plus 3 equals Kiyomi
Ki- Ki- Kiyomi, Ki- Ki- Kiyomi
4 plus 4 equals Kiyomi too
5 plus 5 equals Kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Kiyomi
I’m Kiyomi

Kita pun sebenarnya dah ada lagu-lagu comel macam tu, contoh lagu ni yang kita sering nyanyikan waktu di tadika.

Satu-satu saya sayang ibu,
Dua-dua saya sayang ayah,
Tiga-tiga sayang adik kakak,
Satu-dua-tiga sayang semuanya…

Ini contoh Kiyomi Song yang betul-betul cute dan comel oleh Gail Sophicha dengan Ukulele . Kebanyakkan yang diupload di Youtube terlebih gedik.

Nota : Gedik -gedik Kiyomi Song pun berkali ganda lebih baik dari video PSY terbaru, Gentleman. Tengok sekali imbas dan itulah yang terakhir.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Gwiyomi tu ape?

    1. ha ha … ni edisi betul betul comel…yang anak-anak dara belasan tahun dok buat tu tak sanggup nak share, tak berkenanan,
      budak 7 tahun buat , comel dan cute!

    1. sebelum ni kami anak beranak adalah sesekali dok kiyomi kiyomi
      tak sangka pula ada org kita yg sanggup share kt utube tu

      budak2 7 tahun ni buat comellah… santun tanpa gedik
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gwiyomi tu ape?My Profile

Comments are closed.