Motivasi, Rumahtangga

Semarak Cinta

Saya sudah menikah dan pasangan saya baik sekali. Tetapi sejak akhir² ini saya merasakan ada kekurangan dan perasaan cinta itu semakin menipis. Tiba² hadir rasa cinta pada seorang perempuan yang lain walaupun setengah mati saya cuba menahannya.

Ini sebuah hikmah – Bahawa tiada yang kekal. Cinta yang pernah terasa membara itu pun tidak kekal. Akan ada habisnya, dan akan ada tumbuhnya. Hikmah ini, pada akhirnya, akan mengajarkan satu hal: hanya Allah yang kekal.

Itu sebuah ujian – Allah sedang membuat kita merenung sumpah kita ketika menikah dulu. Pasangan kita akan semakin hilang sempurnaannya. Tapi sepatutnya, kita menerimanya apa adanya dia. Kita pernah bersumpah di akad nikah dulu untuk bersamanya di dalam susah dan senang.

Ini peluang untuk doa – Hentikanlah mengeluh, menyalahkan pasangan kita dengan menyakitkan hatinya begini dan begitu, sehingga kita tidak lagi mencintainya. Jika Allah tidak lagi mencintai kita, apakah kita akan menyalahkan-Nya? Lihatlah pada diri kita, bercerminlah. Apa yang kita perbuat, sehingga Dia tidak lagi mencintai kita. Demikian pula dalam hal cinta pada pasangan kita.

Jika cinta kita pada seseorang terasa semakin hambar, mohonlah untuk disegarkan, ditumbuhkan kembali. Jika kita mencintai yang terlarang, maka mohonlah pula agar syahwat cinta itu dipadamkan.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Semarak Cinta

  1. Saya baru bernikah 2 minggu lepas….slps 2 minggu melayari rumah tangga suami sy terpaksa btanggungjawab d atas kesalahannya terlanjur dgn seorang janda sehingga mengandung…saya benar2 kecewa,sedih dan hanya tuhan yg tahu betapa saya benar2 terluka…

  2. kadang-kadang walau mcm mane pun kite usaha untuk kekalkan rasa sayang die pada kite, kite tetap akan kehilangan cinte dia selagi hati kite pun tak dapat setia pada Ilahi yang selalu mencintai kita walaupun begitu banyak kecurangan kite pada-NYA…

  3. Jie, betul kata Jie….ikatan perkahwinan selalunya atas dasar cinta….kalau perasaan cinta itu semakin menipis with time, then, memang kita mesto mohon pada Allah agar dikuatkan hati dan dipanjangkan jodoh…nauzubillah….

  4. Saya bersetuju dgn semua pandangan yang bernas dari kawan². Jika apa² musibah atau ujian fizikal atau pun perasaan, berbaliklah pada diri sendiri. Tak perlu menyalahkan pihak lain/pasangan kita. Kita renung diri kita sendiri dulu sempurnakah kita untuk mendapat yang terbaik.

    Seperti kata kumpulan Kalajengking ” What you give you get back”. Jika selama ini kita sering berbuat baik kepada orang² yang dipertanggunjawapkan, nestaya Allah turunkan hidayah berbentuk bahagia hati dan kelapangan hidup pada kita.

    Love you all………. muaaach!!

    p/s skrg ni saya teramat sibuk…terimakasih kerana tidak jemu² berkunjung.

  5. Jie..ummi setuju dengan OD..memang kita selalu alpa dgn apa yang ada di dpan mata dah cukup sempurna sebanding dgn kita sebenarnyaa…apa dipandang orang lain yang belum tentu sebaik yg di dalam genggaman..kalu kita sayangkan pasangan kita..kita harus boleh menegur buruk dan baik demi kebaikan bersama..apalah ada pada paras rupa..sedangkan budi baik juga jadi ukuran..itu yang kita cari sebenarnya..jgn saling menyalahkan..Kita sepatutnya berasa beruntung bila pasangan lebih menyayangi kita, dari kita menyayangi dia..Betul kata orang tua, cari orang yang betul2 sayangkan kamu..bukan kamu saja sayang kan dia..
    Kalu sume org bersikap dan berprinsip begitu, damailah sesebuah perhubungan itu..Memang orang ketiga ni kdg2 dtg sebagai ujian sahaja..kita ada akal dan berfikirlah dengan waras..mana intan mana kaca..Pertelingkahan adalah sesuatu yang biasa, bila dpt diurai dengan jalan dan akal yang waras, akan lebih mengakrabkan lagi hubungan..Betullah, ujian datang kerana Allah sayangkan kita..takut kita terlalu terleka..

  6. Kak Jie, walaupun sebanyak mana kasih dan cinta kita kepada pasangan,kita mesti sedar qadak dan qadar Allah.Jadi,usaha dan doa hendaklah berterusan agar kita sentiasa istimewa di hatinya dan dia sentiasa istimewa di hati kita. LUV YOU K.JIE…

  7. Salam Jie…
    Komen sapa yang Jie removed tu? Ekekekeekekeke… nak gak tahu…

    Jie, suspense aje bila baca mukadimah entri nih… sabar je aku. OD sokong kata Combi tu dan juga kata-kata yang lain-lain.
    Selalunya, perkara ni berlaku apabila kita gagal melihat kebaikan pasangan kita lagi dan hanya sering memikirkan tentang kekurangannya sahaja.

    Apabila itu berlaku, maka, dengan sengaja kita akan menjemput roda ketiga ke dalam hidup kita. Kita lihat, roda ketiga tu manis belaka sifatnya, yang nyata adalah sifat luarannya sahaja untuk memikat hati kita. Orang rumah, serabut bak puntianak kata kita.

    Bila dah bercinta dengan roda ketiga, barulah kita tahu baik buruknya dia. Bila dah betul-betul kenal dengan roda ketiga nanti, barulah kita teringatkan pasangan yang kita nikahi sejak sekian lama, yang menyintai baik buruk kita. Barulah kita sedar, dialah sebaik-baiknya pasangan untuk kita.

    Semasa itu, baru kita menyesal… tetapi pada masa tu, kita dah tak boleh nak buat apa dah terutama kalau roda ketiga tu seorang yang psiko… yang boleh memporak-porandakan hidup kita dan juga mengancam keselamatan isteri dan anak-anak kita.

    Ingat tak pesanan orang tua-tua? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya.

  8. perasaan cinta yang semakin menipis… kenalah bina lebih banyak benteng penahan ombak yang menghakis dan mengukuhkan yang sedia ada, kehadiran objek asing hendaklah ditapis dengan objektif untuk memastikan tidak membawa wabak ke dalan negara. namun semuanya bergantung kepada ketua negara itu sendiri… hehehe…

  9. ramai yg ckp..ni penyakit biasa zaman ni..hmm, betul k? wallahualam..yg pasti, sape dah pernah tgk n rasa sendiri aje yg tau..banyak iktibar yg boleh ambik jie…sedikit pengalaman dan perhatian:-
    1) setiap pasangan kita adalah yg terbaik buat kita..anggap ini satu ujian atau peringatan mungkin kita/pasangan dah terlalai dimana2…
    2) setiap ujian tu…bermakna..Tuhan masih ingat n sayang kat kita..satu titik untuk memikirkan kembali..kat mana salah n silap sendiri..sbb kita selalu nampak salah org aje, selalu lupe..mungkin diri sendiri penyebabnya.
    3)bersyukur..kerana masih sempat memperbaiki..insyaallah, selepas ujian yg pahit tu..akan datang kebahagian.mungkin lebih baik dr sebelumnya..yg penting sabar!

    yg pasti…peringatan untuk sendiri…heee

  10. jgn expect peribadi seindah Rasullulah saw jika peribadi kita tak semanis Khadijah……

    semoga setiap keluhan kecil membawa lebih bahagia

    semoga kita telus dlm perhubungan agar mendidik hati mencerna keikhlasan…

  11. stiap manusia diberikn perasaan inginkan sst yg lebih dari apa yg tlh dimiliki. kkurangn & klebihn yg ada pd diri individu kdg tu mbuat keadaan yg tak sepatutnya berlaku, terjadi. Kita hanya perlu kembali pd Allah, & insyaallah, Dia akan menolong… krn hanya Allah Yg Maha Sempurna dan tahu mana yg terbaik utk kita.

  12. kalo di muara tidak juga ketemu. mudik2 lah ke hulu. atau tunggu saja di situ. mengejar takdir atau sabar menunggu ..

  13. bila kita mula lupakan ALLAH..ujian akan diturunkan kpd kita semoga kita kembali tersedar dari mimpi2 ..dan kembali kpdnye memohon pertolongan dan dipermudahkan urusan kita didunia & akhirat..

    ~ wallahualam ~

Comments are closed.