Dalam perjalanan menghantar Intan ke sekolah
Perkara positif yang saya lihat , kontraktor pembersihan Majlis Daerah Hulu Selangor sapu dan kumpul semua daun-daun yang dipotong atau yang gugur di dalam beg plastik untuk di kutip. Dulu mereka hanya gunakan vacum angin dan sembur ke tepi.
i ♥ MDHS ! Saya boleh cakap MDHS memang terbaik. Saya boleh buat perbandingan kerana 2 rumah yang lain berada di dalam 2 majlis berbeza yang perkhidmatannya ….. ( tak mau cakap perkara negatif)
Sampai ke sekolah, disepanjang laluan boleh nampak pokok-pokok bunga yang cantik seperti Bunga Sakura. Saya tak tahu apa nama bunga yang kembang semusim ini, tetapi apabila deretan pokok-pokok ini mengeluarkan bunga serentak dengan warna putih , pink dan purple hari menjadi ceria.
Balik sampai ke depan gate rumah, ternampak bunga telipok saya juga berkembang.
Ini adalah perkara-perkara kecil yang menerbitkan aura positif di dalam kehidupan seharian sehingga mengatasi aura negatif yang besar menjadi kecil. Kalau kita fokus kepada nilai pemikiran positif, kehidupan seharian akan menjadi lebih senang dan tidak berserabut.
Emm cantiknya bunga sakura ni…tenang jiwa bila melihatnya..
bunga bisa membawa hawa positif bagi kehidupan kita
pernah pergi kursus penceramah tu bagi demo kesan pemikiran negatif dan kesan pemikiran positif terhadap kekuatan peserta
berfikiran positif selalu..
Best best best!
Aura positif macam ni yg nak kena kekalkan dalam hidup seharian. Betul kata kak jie, kalau asyik negatif, hidup mesti rasa serabut dan serba tak kena. Padahal takde orang pun yg kenakan atau sakitkan kita. Kita tak sedar, kita sendiri yg sedang menyakiti diri sendiri.
thanks kak jie berkongsi gambor2 cantik camni =)
sampah kat bilik tu gua kena buang la jawabnya nih..ohh..
konsep konsep macam ni yang kena ada di rumah kita supaya kita kekal positif.. tapi malangnya, ramai suka duduk di bandar2 sekarang ni, pokok pun tak setinggi banggunan, tu yang negative je diorang fikir
Kebersihan sebahagian daripada Iman, hidup MDHS..
suka minda positif…kalau minda positif di sekeliling kita akan ceria dan mudah……
bunga teratai tu rasanya..life must be postive.
cantik bunga tu kak…
sembur angin banyak masalah akan timbul biasanya sampah akan berlonggok dalam longkang dan longkang akan tersumbat..
Nak pergi petik laa bunga telipok tu..tunggu2, raya nanti saya datang ya..hehehe
Harap semua kawasan di Hulu Selangor dapat diselanggara dengan baik. Ada sesetengah jalan ditampal tetapi kurang memuaskan dengan tidak rata dan juga pokok hiasan sepanjang jalan yang kurus kering tak cukup zat.
Susah senang staf MDHS ni siapalah yang tahu. Bila cantik sekerat dua sahaja yang perasan dan menghargai, kalau kawasan jadim hodoh kecoh satu daerah diwar-warkan.
Syabas MDHS.
cantik bunga telapok tu akak teratai kan kak kujie…hehehe
telipok tu waterlily, teratai tu lotus
telipok tu daun berada sama aras dgn air… bergenang kat permukaan air
teratai tu daun dia naik dari permukaan air. biasanya warna pink
teratai tu nama lain bagi seroja… dia ada bau.
penjelasan yang sangat jelas , akak betul2 study jenis2 bunga nih yer…hehe
tu yg best datang lepak2 kat blog kak jie ni…
rasa nyaman jer…macam tgk bunga tu sambil ada prof sedang buat lecturek kat depan…
best!
fikir positif nanti datanglah perkara-perkara yang positif. cantik pemandangan dan gambar di atas. tenang tengok.
boleh jd terapi minda n mata kite……
Sejuk mata memandang .. 😀
betul setuju … saya semalam tersentuh dengan usaha pekerja yang berkerja membaiki tiang lampu isyarat di tengah panas , di tengah jalan .. memang rasa berterima kasih …
walaupun hashtag saya waktu tu hanyalah #kerja
Betul tu saya setuju 100%.. Kita perlu banyak merehatkan minda dengan melihat pemandangan-pemandangan yang menarik… 😉
pokok ala sakura tu nama dia Tabebuaia pentaphylla @ Tecoma. dia akan mula bunga bila musim panas kering. dan selalunya dorang akan berbunga serentak , kalau pokok kat perlis mula bunga, sure kat johor pun akan mula bunga jugak
jadi dapatla kita rasa ala2 spring gitew.. hihi
Saya pun suka tengok bunga-bunga yang ceria. Apapun Thanks kepada MDHS kerana komited dengan persekitaran.
Kehijauan pemandangan sepanjang jalan,
Bunga menguntum kembang pagi,
Apa yang dipandang hati berkenan,
Suaasana tenang menceriakan hati.