Periuk kukus bocor! Ini periuk kukus kesayangan , buah hati pengarang jantung. Saya suka periuk kukus ni sebab penutupnya adalah kaca lutsinar. Kita boleh intai progress masakan yang dikukus tanpa perlu angkat penutup setiap 5 minit.
Kukusan dah mengembang atau membantat tak naik-naik pun kita dah tau , tak ada aksi suspen di sini.
Periuk ini murah saja… Periuk Kukus Padang Besar. Harga periuk kukus tersebut hanya rm 18 ( Ringgit Malaysia : Lapan Belas Sahaja ).
Inilah rupa periuk kukus tersebut ( gambar dari entri tahun 2009)
Memang murah dan kena juga dengan kualitinya. Saya tak kisahlah periuk ni tak berkualiti , nak mengukus saja. Saya tetap suka sebab penutup kaca tu.
Ok, balik pada kisah periuk yang bocor ni. Ada 3 tempat dengan lubang halus sebesar jarum. Bila nak kukus, air menitis jatuh atas dapur.
Cara Tampal Periuk Bocor
1. Pergi kedai hardware – beli plaster tampal atap zink alumunium . Harganya RM 2.00 sekaki.
2. Balik rumah, tampallah periuk yang bocor tu dengan plaster zink tersebut. Tak perlu bawa periuk ke kedai. periuk kemek hitam legam tu malu nak tunjuk kat orang ( tunjuk kat blog tak malu, pula…. hihihi )
Plaster ni ada dua bahagian – atas aluminium dan bawah warna putih tu. Kalau kita tarik keluarkan kertas putih , ada gam disitu. Terus lekatkan bahagian bergam ke atas periuk. Terima kasih Encik Titan kerana bertanya macam mana nak gam. Tak perlu guna gam lain dah…
Tadaaaaaaaaaaa… dah siap tampal periuk bocor. Bolehlah kukus ikan atau buat puding roti karamel tiap hari. Plaster zink aluminium ni boleh bertahan lama, saya dah tampal lubang di sinki dapur lebih 3 tahun masih elok walaupun sinki adalah tempat yang paling aktif di dapur. Kena air , basah setiap hari, tetapi plaster zink aluminium tersebut tak koyak atau bocor.
Beli plaster tampal periuk ni 12 inci , guna sikit je. Sesiapa nak, bagi alamat. Kalau saya simpan pun, nanti dah diselit mana-mana, bila nak guna cari tak jumpa.
Mungkin periuk korang tak bocor kot, maklum beli periuk cap buaya!
Best kalu berjiran dgn akak, blh request puding karamel :p
tq k jie.kebetulan tgh survey periuk,than baru teringat pengukus kesayangan bocor..pening cari benda tampal smpi kat mydin tp tak jumpe..terima ksih skali lagi ye.good info
Emm jimat itu perlu..kan kak jie..hehe
aisehh… tak pernah menampal2 kakjie… hiksss
taktau plak, ingatkan bleh tampal kat atap je.
Saya belum pernah pakai cara macam ni. Kalau bocor tu beli baru je. Dan tentu sekali bila dah beli konon nak beli mahal supaya tahan lama. Kalau saya tau cara macam ni. Periuk-periuk lama saya yang tersimpan tak buang-buang tu saya tampal je..
baca entry nie teringat aruah ayah selalu guna gam nie untuk tampal periuk bocor @ yg sewaktu dengannya….tapi saya baru jer buang periuk bocor hari tu…tapi kenapa saya terlupa ada gam ekkk….menyesal lak buang…huhu
Thanks for sharing kak. Memang ada periuk yg bocor kat umah tu. Tapi selamat ker kalau nak masak ☺☺
Kalau atap kereta bocor, boleh guna cara ini x kak?
selain utk kukus periuk….saya buat tampal dinding tepi sinki dan depan dapur…hehehehe
dpt membaiki periuk yang bocor…
Tengok gambar tampal periuk ni teringat zaman susah kat kampung dulu tolong tampal periuk mak yang bocor!
Kena tunggu periuk belangan bocor. Apa pun tip ini boleh digunakan pada masa hadapan.
banyak gak makcik ni petua ye..ehehe..:D
wakaka
memang nostalgia sungguh!
Dulu-dulu emak dan atuk selalu gunakan kaedah ini untuk menampal periuk belanga kami yang kerap kali bocor disebabkan sudah uzur diperturunkan daripada nenek dan moyang. hehehe
tapi kalau guna teknik sama untuk menampal kawah yang besaq kedabaq itu, jawabnya hazab!.. hehehe
baru tau pasal plaster nih…boleh beli kalau apa2 jadi kat periuk or singki di kemudian hari…:)
Terima kasih di atas perkongsian info… Lepas ni bolehlah tampal periuk bocor sendiri… 😉
plaster tu boleh wat tampal tayar motor x kak jie?:-p
Selama masih bisa diperbaiki baguslah dari pada beli lagi yang mungkin harga periuknya kalau bulan puasa bisa melambung seperti harga daging sapi
Dulu emak selalu guna bila periuk bocor,sekarang dah lama tak nampak dia menampal.
sekarang dah kurang masak..anak2 semua dah ada keluarga sendiri
Dayah tak tau boleh tampal.. nanti nak carik kat hardware la sbb umah mama dayah ada dua tiga periuk kesayangan mama tu yg dah bocor tak boleh pakai tapi mama simpan sebab sayang.. heehee.. kalau dayah dpt tampal mesti mama happy..
Thanks kak.. satu lagi entry berkualiti..
Muahmuahmuah..
kalau tak jumpa, bagi alamat kak jie poskan untuk dayah.
wahh.. kalau dah berjaya tampal semua koleksi periuk bocor mama dayah tu, mesti sebulan dia masak utk dayah 🙂
Hehe… ok kak..klu x jumpa mmg ada niat nk mintak kat akak sikit..hikhik.. (kdg dyh tak phm biler wanita sayang periuk sbb dyh suka klu dpt bar hiihii)
kalau emergency bolehlah guna pelekat tu, tapi kalau saya mungkin dah dapat periuk baru agaknya.
Wife mintak for sure.
hamboiiii… pelekat rm 2 boleh tampal 20 biji periuk. dia beli periuk baru dah rm 40-50
terbukti akak mmg rajin memasak.. hehe,.. tahniah kak..:)
ha ha ha… tatau kak jie malas masak
sebab dok berdua je dgn intan
Kak Jie kalau periuk cap buaya pun rebus ikan pas tu boh lam peti ais biaq seminggu (dasar pemalas ahahahaa…) memanglah tembuih periuk tu. Masa tu tak fikir langsung pasai nak tampal bagai ni terus buang. Fikir2 sayanglah pulak.
kat kampung kalau dah serius tmbuih tu mak buat tanam pokok cekur..hehe
waaa…nak pi hardware cari la..sinki umah mak SA bocor….hehehehe
keringkan tempat nak letak plaster aluminium ni… mesti lega mak sebab benda yg meleleh air tu dah dibaiki
nanti tengok kat umah ada tak periuk bocor.. biasa buang je
tak buagn kot… biasanya periuk tu jadi pasu tanam cekur, tanam pokok kunyit 🙂
hehe, siap bg petua tampal periuk lagi
comel sgt 😉
igt lg dulu mak tampal periuk guna pelekat ni
# sy pun pakai periuk murah jugak
kak jie cari petua kat internet, semua bagi petua boh asam jawa
belum ada yg bagi petua tampal mcm ni..hihi
mana la tau ada org tatau..hiks!
takpe..boleh singgah baling..dengar² situ segala jenis periuk ada dan murah²..hehe
klasik sungguh ni kak jie, last tengok masa sekolah dulu.haha
betoi betoi… periuk belanga kat Baling masih murah…mai la memborong di sini pula
Kalau plaster ni tk perlu pegi kedai , banyak sgt di rumah sbbkay guna utk kerja2 pemasamgan air cond dia 🙂 , tapi tkde tampal periuk lagi ni hehee
oooo…. bee dah tau lah benda tu boleh tampal periuk.
kak jie 3-4 tahun dulu, sinki ada lubang, puaslah dok fikir nak tutup mcm mana
bukan tembuih…mmg asal ada lubang utk boh paip tapi dah ubah suai paip dari dinding rumah…lubang tu tak ada penutup
akhirnya jumpa benda ni..seronok yg amat
tau dah … memang kay selalu tampal2 mcm2 dgn plaster ni .. kalau nak wayaring pun guna juga …
dah memang double tape ek.. canggih kedai2 hardware skrng.. ^^
yup… tapi ni benda lama dah sebab dulu² orang guna untuk tampal atap zink, orang skrg je kurang guna atap zink… dan kak jie tau benda ni 3-4 tahun sudah, tampal sinki.
cari petua periuk bocor kat internet, tak ada orang share cara ni, jadi kak jie sharelah utk surirumah … benda senang
yey! dah ada avatar.. ^^
hehehe…penampal ajaib ni…tp mmg berkesan…selalu jugaklah tampal atap rumah kat kampung dulu2…
periuk kat padang besar murah2…kalau pergi…tak sah kalau takde periuk
orang sekarang mana tau atap zink… atap dia lantai rumah orang..hehehe
sebenarnya tak tau pun benda yang dok tampal atap zink ni boleh tampal periuk..hihi..sekarang dah tau, nak share dengan kaum ibu yang lain , moga mereka jadi hebar!
hohoho…betul jugak…. =)
kat kampung, mak guna benda ni jugak tampal sinki bocor, pendek kata, apa benda benda bocor, mak hentam jer guna benda ni selagi boleh guna….hehehe
mak2 mmg hebat!
gam pakai apa?
tak payah gam.. plaster… yg atas tu aluminium..yg bawah tu kertas putih, kita tarik keluarkan… ada gam.
tempek je… kt periuk..tekan2 sikit.. dah!
tak sampai 1 minit
haaa…ingat yer titan…ilmu rumahtangga ni…hehhee
orang kalau bab ilmu rumahtangga cuma dok ingat pikat suami isteri cara sentuhan fizikal atau feeling aje…cara suami menguruskan rumahtangga mcm ni juga boleh menawan hati isteri.
suami yg serba tau… kerja² pertukangan mudah
take note. dgn gigihnya =)
yang pakai plaster tu gua tahu. Ingatkan ada gam khas ke apa ke..hoho
keh3…gua tau lu tau..
nak lagi kuat, tambahlah apa2 gam yg patut