Dua tiga hari ini saya rasa ramai sangat orang dalam kekeliruan, mencari fakta, mencari berita sehingga hal-hal tersebut seolah-olah merumitkan kehidupan sendiri.
Tak semua persoalan perlukan penjelasan, mungkin kita tidak faham apa maksud dari semua Qada dan QadarNya, tetapi pasti Allah ada jawapan atas semua itu.
Gunakan kesempatan untuk kebaikan sebelum segalanya terlepas dari genggaman.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk…
©Kujie ~ hati-hati meskipun sekadar didalam hati
sumber : email
Peringatan yang sungguh bermanfaat buat diri ini yang selalu lupa.. 🙁
.-= nuaeman´s last blog ..Nilai sebuah Kereta atau Anak.. =-.
Salam kakjie…
Bersangka baik tu penting untuk ketenangan dan kebersihan hati kan kak jie? Tak mudah, tapi tak jugak susah. Pendek kata, apapun tak mustahil.
.-= suara´s last blog ..Ikhlas Yang Dibalas. =-.
Semoga kita menjadi manusia yang dapat mengamalkan segala yang dianjurkan oleh agama kita.
Terima kasih berkongsi tips tersebut.
.-= Kak Long´s last blog ..Anugerah Kecemerlangan =-.
zaman sekarang sgt susah nk bersangka baik,sbb selalunya bila bersangka baik ade je yg ambil kesempatan.
wah kak jie… thanks ye nasihat berguna.
kekadang kite ni sokmo luper.. hehehe~
agak same jugak lebih kurang tazkirah dihari isnin
hehehe~
.-= Kreuger´s last blog ..Arghh.. Nuffnang, apa dah jadi? =-.
apa yang sebenar benar nya di cadangkan adalah untuk kujie memandu arah para pembaca ke halaman lain sekiranya mereka berminat untuk menimba lebih ilmu pengetahuan …
sekiranya kujie mempunya ‘resources’ itu …
sadaqallahul’azim
bersangka baik samalah ertinya dengan merendah diri kan kak Jie. Takdelah kita rasa kita aje yang bagus… moga dijauhkan dari sifat mazmumah…
.-= Neeza´s last blog ..Jumpa kawan-kawan =-.
Ini ciri orang yang mengenal akan Allah. Orang yang hidup dalam Syariaat, Tharikat, Makrifat dan Hakikat. Walahualam
.-= haritz´s last blog ..Mudahkan =-.
sayugia ingin pak cik mengesyorkan agar kujie sedia kan frenli ‘link’ ke paparan atau halaman maya untuk rujukan siapa dia syeikh abdul qadir jailani yang di maksudkan. mudah untuk pembaca mengenali beliau dan menambah pengetahuan serta menyegarkan ingatan lama.
sekadar cadangan …
@mz, pakcik..tu kat bawah tu sy tulis…sumber dari email..
mgkn ada email2 yg meragui tetapi email ini baik utk diri saya..kalau tidak bermanafaat utk org lain tetapi utk diri saya…insyaallah
Lagi satu, kat blog ini saya letakkan ” penafian”
Ini adalah laman peribadi dan segala pandangan yang diletakkan di sini adalah pandangan peribadi pemilik. Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini.
Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.
Ada artikel di sini tidak dapat saya kesan penulis asalnya, sekiranya adalah penulis asal sila hubungi saya untuk dikreditkan.
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca halaman ini, semoga anda mendapat pengalaman yang menyeronokkan.
©Kujie
@mz, Syaikh Abdul Qadir A-Jailani adalah ahli SUFI terulung hidup sekitar awal tahun 500 Hijrah…untuk membaca isihatinya sila baca buku bertajuk Menjadi Kekasih Allah.
.-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.
Ya! All gives the others the benefits of doubt. Always look at things differently! ;D
suka entry ni…bersangka baik sangat penting. automatik kita jadi lebih tenang.
untuk diri iza sendiri, bersangka baik telah membawa ke daerah2 asing yang mengujakan 😎
p/s: baru balik dari KL, sakit kepala…sebab tu tengok purple ni
.-= iza´s last blog ..Aku belum bersedia… =-.
Sangka baik… lebih baik
.-= kruel74´s last blog ..A prayer for Yasmin Ahmad =-.
Salam hormat wahai kujie.
Sewajarnya inilah kata – kata yang perlu dipahat dihati sanubari seorang muslim.
inilah sifat yang diwajibkan dalam ISLAM………insyallah bila semua umat islam amalkan jadi kita menunjukkan akhlak baik…akhlak Nabi
.-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.