Jika ku tak bangun esok pagi,
Sayangku kau jagalah diri,
Sentiasa ingatkan hati,
Dirimu amat ku cintai.
Andainya dihimpit kesusahan,
Sujud dan mohon pada Tuhan,
Agar diberikan bimbingan,
Meniti hidup bersendirian.
Bila terasa sejuk, pejamkan mata,
Bayangkan dalam dakapanku,
Bila terasa rindu, pejamkan mata,
Kita bersua dalam lena.
~ Jikaku tak bangun esok pagi- OST Cicakman
Saya ada kisah benar, berlaku bulan March 2007. Seorang kenalan blogger yang dikenali sebagai Pak Teh telah kembali ke Rahmatullah pada 11 March 2007 di Hopital Kuala Terengganu kerana Kanser Tulang.
Saya terbaca satu memo pendek tentang kematian di satu forum dan saya rasa orang yang dimaksudkan itu adalah Pak Teh. Dari kisah harian yang saya baca di blog sebelum itu saya tahu sekolah tempat Pak Teh mengajar. Saya cari nombor telefon sekolah Pak Teh melalui directory TM 103 . Saya hubungi pihak sekolah dan mereka mengesahkan berita kehilangan Pak Teh.
kujie said…
PengumumanPakteh ( Ustad Yasin) telah kembali kerahmatullah pada 11 March 2007 di Hopital Kuala Terengganu kerana Kanser Tulang.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan hikmahnya di pinjamkan dikau sekejap di dunia menjadi sahabat kami semua. Ampunkan dosa2nya Ya Allah..ampunkan dosa2 kami ini
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya… Al-Fatihah
6:06 AM
Saya tulis di Cbox blog Pak Teh
07:17am 26/03/07
kujie :
Sy teleh menghubungi sekolah tempat Pakteh mengajar dan Cikgu Yusof, guru penolong kanan telah mengesahkan bahawa pakteh telah kembali ke rahmatullah ..semoga roh beliau ditempat dikalangan orang2 yg beriman..amin
Blog Pak Teh yang entri terakhirnya bertarikh 7/3/2007 dengan tajuk SAKIT terbiar hingga kini dan amat mengecewakan kerana ada manusia yang tidak prihatin masih lagi meninggalkan komen selepas itu untuk bertukar link.
Kalau pengunjung terbaca blog Pakteh ini, bacalah sebaris Bismillah dengan ikhlas agar Pakteh segera pulih.
7 Mac – semakin parah. Hendak berjalan pun sudah tidak boleh. Doktor malam tadi kata, ‘badam’. Dia punya stail macam kayap.
Sehingga kini, link blog Pak Teh masih tersenarai dalam “Teman Tapi Mesra” tanda ingatan seorang teman. Β Link blog saya di blog Pak Teh masih lagi blog lama yang juga telah ‘kehilangan’.
Af-Fatihah untuk arwah Pak Teh.
Β©Kujie ~Blog saya auto login dan email saya boleh diakses oleh suami juga anak-anak. Blog ini juga boleh diakses oleh beberapa orang kawan, terserahlah saja kepada mereka….jikaku tak bangun esok pagi………
assalamualaikum…
begitulah manusia. Setiap manusia pasti akan menemui mati. Dunia ini hanyalah sementara. Dan hidup ini, Allah swt boleh tarik bila-bila masa sahaja. Tidak kiralah sama ada kita sudah bersedia atau tidak.
Maka, beramal lah sebanyak yang mungkin, agar kita dapat bertemu dengan Allah swt dengan amalan pahala yang cukup untuk memasuki syurgaNya. Jadikan dunia ini sebagai jambatan untuk ke akhirat kelak. π InsyAllah…
wallahu ‘alam
.-= hanif´s last blog ....dOsa-DosAku.. =-.
al-fatihah jugakk… sebak rasenya…
.-= Jard´s last blog ..Suspek H1N1? =-.
@Jard, diri kita entah bagaimana pula
Hari ini aku pergi,
meninggalkan kamu,
meninggalkan anak anak kita
meninggalkan rumah yang penuh kenangan,
Hari ini aku pergi,
kerana perintah dari Dzat
Yang telah menancapkan
Getaran di hatiku..
Ketika aku menatapmu
Di sat malam pertama kita.
Hari ini aku pergi
untuk menyenangkan hati seseorang
yang telah korbankan seluruh hidupnya
untuk kebahagiaan kita hari ini
sehingga kamu dan aku berjumpa
dalam keadaan islam
Jika esok
ketika kau terbangun dari tidurmu
kau tak dapati aku disisimu
maka cepatlah bertahmid!!!!
alhamdulilah
Kenapa?
Bukankah Ummul Mu’minin Aishah rha
merasa tenang hidup bersama rasulullah kekasih Allah
maka Rasullullah berkata
“Orang yang paling bahagia adalah orang
yang suaminya keluar ke jalan Allah
kerana…Dia bukan hidup dengan kekasih Allah
tetapi hidup bersama Allah”
jika esok
ketika melihat kamar kita sepi
tak ada canda ceria
seperti hari sebelumnya
Maka..
bayangkan oleh mu
bagaimana rumah sahabiah
suami mereka selalu pergi membawa pedang
Terkadang tak ada khabar
Yang ada hanya kubur..
Tetapi
Mereka tetap katakan
biarlah rumah kami sepi
asalkan rumah rumah diseluruh
alam penuh dengab nur Iman
jika esok tak ada tangan yang memberi suapan
ketika kau makan,seperti yang biasa dilakukan
Yakinlah isteriku
allah akan memberi suapan kepadamu,
Hidangan memiliki 70 rasa di jannah
yang tiada kekotoran dan yang jijik.
bahkan mengeluarkan keringat melebihi kasturi…..
.-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.
@denaihati, terimakasih…terharunya
Tahniah ada pencalonan blog ini untuk Weblog Popular 1Malaysia…
.-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.
@denaihati, erk…ada ke org calonkan blog kak jie
siap erk…tak dpt backlink pun…
Eh , Jie…!!
Dah bangun ke belum ?? Bangun….. bangun…..!! π
.-= Tie´s last blog ..Mati hidup semula =-.
@Tie, pagi ni hujanlah Tie
anak2 p sekolah
abg p seminar
sy sambung tido…hehehehe π
Salam!
saya masih ingat pada cerita awak tu Jie dan saya dapat tahu tentang pemergian pak teh dulu melalui blog awak juga.Saya juga ada tulis entri seperti ini di DIARI dulu selepas kehilangan pak teh…Al Fatihah utk pak teh.
@yatie, kadang2….sy masih berkunjung ke blog pakteh..masih baca entri2 lama dia…Al-fatihah utk Pak Teh
akak ckp pasal pakteh ni, saya teringt belog arwah yasmin ahmad….
huhu
belog yg dulu ade penjaga, bile dah takde, kalau org tatau mungkin masih tinggalkan msg dlm komen box dan chat box…
.-= chekguBH´s last blog ..Jangan – Tinggal – Daku (JTD)…. =-.
@chekguBH, blog arwah yasmin ahmad salah satunya…sebenarnya ada beberapa blog yg kak jie kenal…pemiliknya telah menemui PenciptaNya dan tinggalkan blog tergantung mcm tu
tu la kak…
tuhan tu kalau nak tarik nyawa…nak bagi saket…
senang je…
bile2 mase je…
semua tak boleh dijangka…
alfatihah utk pak teh…
.-= chekguBH´s last blog ..Jangan – Tinggal – Daku (JTD)…. =-.
@chekguBH, al fatihah..moga dicucuri rahmat atas rohnya…
saya nyer blog…adik saya ibu kumbang tau password…andai kata saya dah takder nanti….dier boleh tolong gak war2kan di facebook…. π
.-= cakap kosong´s last blog ..happy bezday utk diri sendiri….umur setakat angka jer kan? =-.
@cakap kosong, eeemmm…. elok tu kalau ada org lain boleh akses blog kita…..
Salam Kak Jie…
Sedih sy baca citer tu.
Namun kematian itu adalah pasti utk kita semua.
Kematian itu bisa terjadi setiap detik tanpa perkiraan terlebih atau terkurang sesaat masa itu.
Kesihatan Akak mcm mana skrg?
.-= Zymazara´s last blog ..Aku Recommend Yang Ini (Sticky Mode) =-.
@Zymazara, kak jie hanya fokus pada blog yg ditinggalkan
bab mati..itu pasti
terimakasih bertanya….tak best nak mention ttg hal peribadi byk sgt kt sini..huhuhu……
tetiba air mata saya menitis. apa yang arwah pak teh alami seperti saya juga. mungkin jenis penyakit yang berbeza. dan mungkin saya diberi masa untuk bertaubat!
bengkak yang dialami di lipatan kangkang sehingga tak mampu berjalan. dekat benar persamaannya.
saya juga teringat seorang blogger perempuan tp tak ingat urlnya yang meninggal kerana barah otak.
agaknya kalau saya tiada, apa akan jadi pada blog saya!?
@megat, sabarlah megat, tiap sesuatu ujian ada hikmahnya
tak sama tetapi mgkn beban yg ditanggung sama beratnya.
blogger perempuan tu kak jie tau kot..saja tak mention kat sini
ada kisah lain sebenarnya..tak nak imbas2lah
byk hati yg perlu dijaga
hmm…. kalau blog tergantung mcm tu aje.. mungkin menjadi satu lagenda!
heheheh
andai esok pagi ku tidak terjaga’ (erk! betul ker pagi, mungkin petang ke,senja ke,malam ke).. huhuhu.. harap2 malaikat yg gerakkan ku itu bermanis muka!
uwakkkkkk
.-= maza´s last blog ..Pondok Kecil Lan Pak Mat Drebar =-.
@maza, betul lah tu….esok pagi
sbb entri ni di post sebelum masuk tidur…mana le tau ..kot kot terusssssssss tido tak bangun2 lagi π
sedihnya la.. neeza pun selalu terfikir benda yang sama Kak Jie. Setakat ni, blog neeza, neeza sorang je tahu password. Tapi kalau neeza takde lagi, mungkin lah ada insan yang tolong tinggal message kat chat box.. π
.-= Neeza´s last blog ..Jumpa kawan-kawan =-.
@Neeza, kawan2 mungkin boleh hebahkan…sehari dua..sebulan dua
setahun ditinggalkan…kadang2 ada penjunjung yg datang tak baca apa 2…terus tulis kt chatroom
salam ziarah, sy dah link, boleh link sy blk..”
heheheh..selalu tgok mcm tu
kak Jie, neeza geram sikit dengan orang yang suka mintak link ni.. dia tak baca apa2 pun tapi tahu nak link aje.. apa dia ingat ni iklan free ke? heheh.. emo lah pulak.. bab gitu dinamakan tak sensitip kan.. π
@Neeza, kak jie pun tau… tak memberi tapi hanya menerima
kak jie lagi, nk tegur , dah lama sgt nak buat entri pasal2 adap2 berblog ke apa2…tapi selalu tak jadi
nk tegur nnt takut di kata berlagak..
Jap…ini pakteh yang mana satu ek?
rasanya baru tadi aku perasan satu komen yang guna user Pak Teh
@KampungBoy, tadi tu pak ngah lah…
kan ade link dia….bacalah dan kenalilah arwah pak teh tu
Salam kakjie…
Blog su pun tak de sesapa yg boleh masuk. Selain su, tak ada sesiapa dlm keluarga yg punya minat yg sama. Macam kak tie… nampaknya blog su akan tergantung begitu saja andai su meninggal.
Semalam baru bercakap dgn suami, siapa antara kami akan ‘pergi’ dulu. Pagi tadi, sesudah subuh, dapat call dari kenalan, ayahnya dah meninggal dunia. π
.-= suara´s last blog ..Ikhlas Yang Dibalas. =-.
@suara, kematian…. sedetik pun tidak kita tahu…
tergantung tak apa su, kalau apa yg ditinggalkan itu boleh memberi manafaat , kebaikan pada org lain
mama. T____T hurm.. teringat hish. asyik2 TAA. bosan ahh!
yonna rasa, cukup la ada sesiapa yang akan update hanya 1 entry memberitahu yang pemilik blog dah tiada. buang segala entry2 lama,shoutbox atau apa.
sebab tu pentingnya ada org lain (at least seseorang) yang tahu id ngan p/w kita. in case kita dah tak berdaya nak menulis or kita dah tiada kat dunia ni.. T__T
mama, sedih. mama ok tak ni?
.-= yonna´s last blog ..Y522 : Pelangi Hidup =-.
@yonna, kenapa nk kaitkan entri mama dgn TAA
mama menulis sebagai seorg blogger dan kisah itu pun kisah seorg blogger yang bukan ahli TAA.
awk yg sendiri tenggelam dan larut dlm kenangan..hehehe
mama sentisa memandang ke hadapan, yg ditinggalkan tak akan langsung mempengaruhi kehidupan hari ni…
Domain dan hosting ni masih ada 11 bulan…. mgkn boleh diteruskan oleh anak-anak…atau..
entahlah..
sbb tu …
tulis benda elok2 saja….moga apa yg ditinggalkan memberi manafaat utk org yang hidup
Kak Jie,
apa yg terjadi kpd blog Pak Teh boleh terjadi kepada sebahagian dari kita, dan apa yg terjadi kpd Pak Teh akan terjadi kpd kita semua. Tk kerana memberi peringatan utk diri dan blog yg akan ditinggalkan. Semoga apa yg ditulis oleh sesiapa saja dlm blog sendiri or org lain punya, semuanya utk tujuan baik2 belaka.
salam. saya suka baca entri yg buat saya sedar….
.-= AyKay´s last blog ..Cadangan untuk berhijrah ke sebelah sana =-.
@AyKay, Betullah tu, kak jie pun kadang2 leka, cuai juga..menulis yg menguris hati orang..takut sgt nanti apa yg ditinggalkan diguna dijalan yg salah
elok kita beringat2, tulis benda yg baik2 je..moga2 apa yg ditinggalkan memberi manafaat pada org lain
Kadang-kadang ada lebih banyak perkara yang boleh terjadi kepada kita yang boleh disamakan dengan kematian. Tetapi kematian yang diketahui kita boleh doakan. Sekurang-kurangnya selepas solat
.-= kruel74´s last blog ..I missed my blog anniversary, but…(final part) =-.
@kruel74, sakit contohnya…..
adehh.. sedihla pulak kak jie..klu saye dah tade mmg tade sape leh tolong hebahkan kat sini sebab org lain tade akses ke dalam akaun saye π
.-= mrs azmi´s last blog ..si comel~ =-.
@mrs azmi, kawan2 online yang kenal kat dunia realiti tak de ke?
Sy sempat gak bekenalan dgn arwah Pak Teh tuh,
malah penah chat. Spt kak Jie gak, link blog arwah
masih kekal dlm blog sy, biarkan sbg kenangan.
Al-fatihah tuk arwah Pak Teh.
.-= Eriyza´s last blog ..Doa Qunut Yang Terbantut =-.
@Eriyza, ye….masa tu
kak jie belajar code “resent comments ‘ dgn Pak Teh
al fatihah utk Pak Teh
sedih juga tgok blog ditinggalkan macam tu, ada beberapa pengunjung yg tak tahu baca terus di tinggalkan komen yg bukan2
lor … jika tak bangun
tunggu pak cik di pintu syurga
kalo pak cik masuk pintu satu lagi tu
kene la kujie tunggu pak cik lama skit ;))huhuhu
@mz, uhhh…pakcik ni
mcm mana sy nk tunggu pakcik
kalau ade org lain lagi awal dok tunggu pakcik…. π
Memang Tie ada terfikir, jika Tie tiada….. agaknya ada ke orang tahu… sebab tak de siapa pun boleh akses blog tie . Mungkin akan tergantung begitu saja, dan buat orang tertanya2.
.-= Tie´s last blog ..Mati hidup semula =-.
@Tie, anak2 Tie tatau ke?
ialah Tie..sebab tu skrg ni kena beringat2…jgn tulis benda2 tak elok..
nanti bila kita tak de..org dok baca
saham tu sampai le kat sini
buat je baik2…byk kali bukan sekali
π π π al-fatihah wat arwa pak teh….
tetibe rase sedih bace post kak jie nih…sob3
.-= kuro´s last blog ..hurmmmβ¦weekend??? =-.
@kuro, kak jie harap kita boleh buat sesuatu
mana la tau…bila tiba masa kita pula
alfatihah.. salamm kak jiee tww
@en_me, salam me
Sedihnya baca post ni kak jie..
.-= zool´s last blog ..Pc telah diperbaiki =-.
@zool, dunia blog, walau kita tak kenal
tapi dekat di hati
hari2 kita hidup dlm kehidupan dia..
al-fatihah…
@zino, al-fatihah..moga Pak Teh dirahmati Allah di sana
Jie..pernah terfikir gak..rasanya tu lah ape yg akan jd pada blog jun..kalau dah x d nnti, siapalah yg nak masak n update kan? cuma berharap, ianya akan jadi sesuatu yg berguna buat anak2 n kawan2..tu aje yg dapat jun bagi…
.-= jun´s last blog ..Basic sweet bun dough (Alex Goh) =-.
@jun, anak-anak Jun tak boleh akses ke blog Jun?
sbb tu sy selalu ingatkan diri sendiri
jgn tulis sesuautu yang buruk….takut kita tinggalkan hal2 mcm tu yg tak dapat di padam….
Why can’t you wake up today? It must be the rain aye! Ha π
@tekkaus, ha ha ha…. betul pun pagi tadi hujan π
:: salam… kekadangnya suasana… keadaan… dan isu semasa menjadikan emosi kita mudah tersentuh… hati terasa sedih, sayu dan pilu…
.-= pak ngah´s last blog ..:: Quit smoking: 13 tips =-.
@pak ngah, Salam Pak Ngah… lama tak bertandang…
mmg pun keadaan sekitar yg mempengaruhi kita
tgok beberapa peristiwa sekitar, kita pun terfikir
‘kalaulah……..aku …….
‘kalaulah jadi kat aku……..
Jie,
sedih juga baca tentang kenangan Jie tu. Al Fatihah buat arwah Pak Teh…
Bagus juga jika blog kita auto loging ya.
Mungkin lepas ni, nak cuba juga auto loging terutama jika komputer yang digunakan memang hanya digunakan oleh ahli keluarga kita yang tentunya sangat kita percayai.
Cuma kalau ada orang lain yang ‘tersilap’ update, hehehe, boleh celaru minda..
.-= Kak Long´s last blog ..Anugerah Kecemerlangan =-.
@Kak Long, mgkn anak2 saya yg akan menulis kot nanti…mana le tau , kan
kalau share mmg bahaya auto login..tak pasal2 haru biru nanti π
mama….. wat hepen? π₯
@CMD, nothing π