“Kesiannya makan sampai licin”
Pernah dengar orang cakap macam ni? Saya selalu sebab anak² saya akan makan bersih tanpa tinggalkan sisa yang boleh dimakan. Tetapi aneh kerana perlakuan ini selalunya menimbulkan simpati orang dengan gambaran anak² saya ini terlalu lapar atau pelahap.
Dari kecil saya ajar mereka, makan sampai habis dan ambil makanan secukup apa yang boleh dimakan , jangan ambil disebabkan ada. Alhamdulillah, Intan pun dah boleh memahami.
Kalau di majlis kenduri, saya beritahu jangan malu untuk bangun 2-3 kali kalau nak tambah makan tetapi patut malu kalau ada makanan bersisa yang tak habis. Tak perlu malu untuk buat baik…
Hadirkan diri dalam majlis menunaikan jemputan kita dah dapat pahala, kenapa nak calarkan kebaikan yang kita dapat dengan melakukan pekara yang Allah tak suka?
Ini adalah tabiat kebanyakkan yang saya nampak dimajlis kenduri. Malu untuk tambah tetapi tak malu untuk membazirkan makanan. Tak rasa menghargai. Tak rasa syukur dengan rezeki yang dilimpahi Allah.
Latih anak dari kecil, dari sekarang kerana mereka melihat perlakuan kita yang akan diteruskan dalam kehidupan mereka. Amal ibadat bukan sekadar melaksanakan hukum tetapi jalan hidup yang kita lalui setiap hari.
Saya bukan yang sangat baik atau tinggi sangat ilmunya tetapi saya seorang ibu biasa seperti diluar sana yang menempuh pengalaman sama dalam kehidupan.
balik kampung petang ni jumpa mak mertua
saya senyum sahaja kalau oran kata “mak aih licin”, dengan harapan mereka faham lah, Jangan Membazir!
kalau kenduri tu ma, memang ah yonna takkan bangun 2-3-4 kali unles tu kenduri kawan baik, mmg lauk pengantin pun yonna tibai hahaa.
eh tapi. mulut puaka la kan kalau cakapkita pelahap bila makan sampai licin pinggan! dah beli makanan, makan sampai abeh la! nak membazir buat apa?
kadang tu sakit hati kalau org tak mampu nak abehkan sesuap jeee nasik dlm pinggan dia! haihhh
nasihat jugak nih. dulu saya selalu makan tak habis, sekarang licin.. pantang sebut makanan terus lapar.
Betul juga tu….
makanan harus dihabiskan….
kalau ditinggalkan dan buang mcm tu
sama seperti kita beri makan syaitan
Mubadzir kalau makanan itu bersisa dan tak habis.
Jadi apa yang Kak Jie ajarkan pada anak2 itu benar, tak perlu mereka malu untuk mengamalkannya nie..
samalah. kalau gi kenduri..selamba aje tambah. haha..
Betul-betul berselera hingga tidak ada baki yang ditinggalkan.
saya makan sampai licin jugak..hehe..kalau yang jenis berkuah lagi la..kawan² tengok je mangkuk sampai licin
semua tu bergantung dengan apa yang diajar di rumah.kalau yang diajar tu baik,baik la jadinya.kalau yang diajar tu sebaliknya,sebaliknya la jugak jadinya.
apa yang kak kujie ajarkan kat anak2 ni bergantung pada pandangan individu masing2.tak semua orang yang bersetuju dengan apa yang kita setuju.
apapun apa yang kak kujie ajarkan tu mesti ada sebab2 yang bagus pada pandangan kak kujie.pandangan mata orang lain tu jangan dikisahkan sangat.asalkan kita tak ajar yang bukan2 kat anak2 tu sudah memadai 🙂
betul2.. kalau budak kecik tak habis makan,camtu lah.. biasa nampak situasi ni.. mungkin kecik2 pn kita camtu.. 😆
saya dari kecil family ajar makan habiskan.. lepas tu pinggan kena letak dapur.. lama2 bila dah besar pergi rumah orang,dah terbiasa bawak pinggan ke sinki lepas makan..
Siapa pulak cakap macam tu? ish ish.. pelik betul
Saya memang pantang kalau makanan ni dibazirkan, lagi-lagi nasi. Memang bad mood kalau tengok nasi banyak setengah periuk lagi terpaksa dibuang begitu sahaja.
saya lagi suka orang tu habiskan makanan.lagi2 kalau kita belanja dia atau buat kenduri.habis dia makan.lega sebab dia gembira menikmati makanan yg ada..dia kenyang,kita gembira
mula2 nak tanya, makan apa tu 😆
lepas tu baru bagi komen
daripada Ka’ab ibn Malik berkata, Sesungguhnya Nabi menjilat jari jemarinya (selepas makan) sebanyak tiga kali. (At Termizi dalam kitabnya Syamail Nabi)
kenapa tiga kali? sebab nabi hanya makan guna tiga jari.
rasanya jawapan paling ampuh bila orang tanya kenapa makan jilat jari, katakan “saya ikut sunnah nabi. yang hebat2 saya tak mampu, yang simple2 ni jadilah.”
😐 Situasi Sis sama macam kami adik beradik
Memang mak & ayah didik kami makan sampai licin
Jgn membazir..kawan2 dulu pun ada yang kata saya neyh lahap bila makan…sbb apa??? pinggan licin sbb makan…
Kdg2 terasa jugak..tapi masa tuh dah tak terfikir nak lawan kata dgn di0rg…redha jee..
Huhuhuu…tapi sy bangga dgn didikan mak & ayah sy!!! Didikan mereka yang tak ada pada kwn sy yg lain… hihi =)
Orang juga selalu kata kita kuat makan! Padahal sepinggan macam dia jugak. Kalu dia tak habis lak, orang sangka dia diet!
kalau anak makan tak habis, emak pastikan tolong habiskan…
betul tuh kak kujie, anak malu atau x sebenarnya adalah dari didikan ibu bapa, ajar anak jadi berani itu lebih baik utk masa depan diorang, saya setuju
Latih dari kecik , cabaran tu akan dapat hasil bila dia org dah faham… 😆
Dalam kes ni, kena sorok pinggan ke? Atau ambil makanan banyak sampai tak habis supaya jangan nampak macam orang baik?
Itulah persepsi masyarakat kita hari ini. Ada sahaja yang tak kena, buat ini.. dianggap begitu. Mereka suka berfikir “diluar” kotak sangat gamaknya, tu sebab benda yang takde apa-apa pun, dikisahkan macam berat, contohnya cam makan sampai licin tu.
Prinsip Aleesha senang jer, jangan malu utk berbuat baik, tapi malulah untuk menunjuk-nunjuk kebaikan tu dikhalayak umum.
Ada pepatah Aleesha dengar, “soroklah kebaikanmu seperti mana kamu menyorokkan kejahatanmu”..
terbeliak mata kalau tengok orang ambil makanan macam bukit.. kalau saya memang tak larat nak habiskan.. 🙂
Bagus amalan camni, tak lah membazir
kalau bab makan kat tempat kenduri, rata-ratanya memilih untuk ambil makanan dalam kuantiti yang banyak dan hanya seorang dua je antara mereka tu yang dapat habiskan makanan tu..selebihnya memang tak habis pun di makan.
setakat ni saya selalunya makan sampai habis, memanglah sesuai dgn badan saya yang besar ni, kata orang yang melihat..mungkin dah biasa , tidak pernah membuang2 makanan.
kalau makan buffet nampak semua membazir..dan tamak tak hengattt
habit saya kalau nak tambah nasi atau lauk mesti ada baki nasi dipinggan baru tambah lagi…tapi itu memang habit, tak boleh kikis kerana tindakan luar sedar…selalunya nasi dipinggan habis tapi baki nasi dan lauk bawah tudung saji itu yang membazir…untung sungguh ada di bumi Malaysia dan rugi sungguh membazir rezeki sedia ada…
Joom ajak anak2 kita ke Kemboja lihat kesusahan umat Islam di sana pasti terkesan di hati dan tak suka membazir makanan.
betul tu kak jie..orang kita ni banyak pengaruh dari barat..orang barat kan suka makan tak habis..kalau orang kaya lak, dh jadi kebiasaan..
Itu tandanya kita tak sukakan pembaziran lg2 bab makanan…klu saya bkn setakat pinggan licin, jari pun jilat sampai licin…
terharu saya…tang makan ngan garam tu..sob sob sob
Selalu sangat memerhati makanan yang banyak bersisa di dalam pinggan semasa majlis kenduri dan jamuan. Kalau masa kecil dulu, nenek kata, jangan tinggalkan sebutir nasipun dalam pinggan, nanti nasi tu menangis. Walaupun bila kita dah meningkat dewasa, kita tahu yang makanan tu tak boleh menangis, tetapi kata-kata itu tetap berkesan hingga kita akan pastikan tiap makanan habis dimakan.
Senario malu @ malas bangun untuk tambah makanan memang patut dikikis.
teringt plak chii pada sorang kwn..kalau dia makan..walau sikit atau byk..mesti dia akan tinggalkan sikit sisa..bila dia tanya..kata nya sebab da terbiasa..pelik pun ada…
Sanagat setuju dengan kakak. Sudah sampai masanya persepsi salah tu diubah…
ade jugak ea orang berfikiran camtu..
mkan sampai licin la bagus.. kalau mkan x habis, nnti nasi tu menangis.. huhu
nak latih dari kecik tu susah,
sebab kekadang nyer bebudak tu dah tak larat makan,
mak bapak nyer sayang punya pasal tak marah,
tak paksa makan jugak..
so bebudak jadi lemak.
haih, banyak pocket nak kena belajar dari kak jie nih 😀
aduh kak… kawan-kawan saya ramai yg begitu… lagi-lagi klu makan buffet… saya pernah tegur… tapi bagai mencurah air ke daun keladi… tak suke la… kadang2 dlm hati saya terdetik : ‘ambil banyak-banyak kemudian tak habis dimakan, kesian org yg datang kemudian tak dapat makan…’ agaknya diorg yg suke bazir2 makanan tu tak terfikir kot org yg kemudian – yg belum makan… 🙁
sekarang ni mmg saya slalu tegur anak klu makan tak habis… slalu je bising2 masa nak senduk makanan… ambil sikit dulu… nnt tak habis… klu nak lagi nnt tambah… hehehe… nak makan pun bising… terukkan?… ;p
siapa kata hidup di bandar lebih mewah dari hidup dikampung. hakikatnya, hidup dibandar lebih susah. rasa apa yang nurul rasai
banyak berlaku semasa bulan ramadhan. buffet buka puasa. ambik penuh 1 pinggan, tapi bila makan sikit je. orang lain pun ada yang tidak merasa
Akak, saya setuju sangat,baru tadi saya makan kek yg ofismate bawa ke ofis tapi ada pulak org kata saya pelahap sdgkan saya cuma menghabiskan sisa kek itu sbb rasa membazir sungguh bila buang begitu saja, anak saya juga pernah orang cakap ‘kesian’ sebab makanan dan kebetulannya badan dia sedikit ‘besar’ berbanding kanak-kanak seusianya.
terus-terang, saya sentiasa diajar utk bersyukur sejak kecil sebab saya datang dari keluarga susah, bila makan nasi lauk sayur, kwn-kwn mesti mengata saya, tak cukup duit atau nak jimat, sdgkan saya rasa nasi lauk sayur pun sudah cukup utk menampung rasa lapar daripada saya ambil lauk macam-macam tapi tak habiskan dan kemudian buang.
ya la kak..mmg kena latih anak2 dari kecik lg agar jgn membazir
salam kakjie,
soalan sivik tahun 4 PKSR 2 ada bertanya tentang adab2 makan..
dan apa yang mengecewakan.. ramai yang tak dapat skor..
dalam bab ini.. rasanya bukan salah cikgu tak ajar tapi amalan seharian yang menjadi panduan..
lihatlah orang sekarang.. makan sambil berdiri pun takda hal..
saya dah biasa lepas makan hisap jari oh kak kujie. nikmat! 😀
Tu la kadang2 pelik dgn org yang membazir2 ni. Sayn ni kalau makan pasti nak kena licin. Tak suka membazir. Rupanya pandangan orang saya lahap la kut.
mmg ajar anak makan sikit2 dulu.. so, anak pun boleh terima.. lagi satu, mmg tul pun, ape yg mak ayah buat, anak2 akan tgk dan ikut.. jadi mak ayah kena tunjukkan perkara2 baik..
saya kalau makan memang akan habiskan..sebab pernah rasa makan nasi dengan garam semata dan pernah makan bubur nasi cair je sebab takde duit.. 🙁 nak minta duit ibubapa atau adik-beradik saya malu.. 😳
masa dengan dengan ibubapa susah2 pun ada la juga telur atau ikan masin atau ikan rebus dan masih ada sayur walaupun hanya pucuk ubi atau pucuk paku dari kebun..saya dah kerja makan nasi dan garam je..memang menangis masa makan tu..
tapi bila depan orang saya makan sampai licin orang kata saya macam kebulur sangat..macam orang tak pernah makan sedap..macam orang tak pernah makan kat hotel..macam orang tak pernah makan kenduri..macam orang kampung..
ye memang saya sedar saya asal dari kampung..tapi masih terpaku dalam hati ni saat saya terpaksa makan bubur nasik cair takde perisa masa tinggal di bandar..ok saya menangis lagi bila ingat2 balik..T_______T
Setiap hari saya berdepan dgn orang makan tak habis,contoh buffet di hotel,mereka ambik penuh pinggan termasuk desert sekali,seolah2 mereka tak pernah jumpa makanan.
Terasa macam nak sekolahkan mereka ..tetapi customer dgn staff ada batasan,tegur dalam hati jer lah. 🙂
Assalamualaikum,
Saya juga sering kena tanya macam tu “lapar sangat ke sampai kutip makanan kat jari?” Padahal, dah jadi habit untuk licinkan apa yang ada di pinggan dan di jari. Malangnya, ada orang kata “kenapa tak sopan kutip makanan kat jari ni? tak senonoh tau tak? Huh, pengotor!”
Itukan jari sendiri. masa makan tadi, kita gunakan jari yang sama kan? Pelik betul! Ke saya yang pelik?
Selamat balik kampung KakJie…Deepavali di kampung ya
saya pun selalu cakap dengan anak2 memang tak suka tengok diorang buang makanan , tapi memang cabaran juga nak fahamkan mereka ..
Betul sangat setuju! Sunnah nabi makan hingga licin, pastu hisap jari 🙂
sama lah ayah sy mmg dari kecik dah ajar makan mesti habiskan, tiap yg kita makan tu ada keberkatan. ambik sikit dulu, jgn tamak. sampai skang kat mana2 pun mmg amalkan, lantakla org nak anggap sy kebulur ke apa. sy takkan bazir2kan makanan.