“Kesiannya makan sampai licin”
Pernah dengar orang cakap macam ni? Saya selalu sebab anak² saya akan makan bersih tanpa tinggalkan sisa yang boleh dimakan. Tetapi aneh kerana perlakuan ini selalunya menimbulkan simpati orang dengan gambaran anak² saya ini terlalu lapar atau pelahap.
Dari kecil saya ajar mereka, makan sampai habis dan ambil makanan secukup apa yang boleh dimakan , jangan ambil disebabkan ada. Alhamdulillah, Intan pun dah boleh memahami.
Kalau di majlis kenduri, saya beritahu jangan malu untuk bangun 2-3 kali kalau nak tambah makan tetapi patut malu kalau ada makanan bersisa yang tak habis. Tak perlu malu untuk buat baik…
Hadirkan diri dalam majlis menunaikan jemputan kita dah dapat pahala, kenapa nak calarkan kebaikan yang kita dapat dengan melakukan pekara yang Allah tak suka?
Ini adalah tabiat kebanyakkan yang saya nampak dimajlis kenduri. Malu untuk tambah tetapi tak malu untuk membazirkan makanan. Tak rasa menghargai. Tak rasa syukur dengan rezeki yang dilimpahi Allah.
Latih anak dari kecil, dari sekarang kerana mereka melihat perlakuan kita yang akan diteruskan dalam kehidupan mereka. Amal ibadat bukan sekadar melaksanakan hukum tetapi jalan hidup yang kita lalui setiap hari.
Saya bukan yang sangat baik atau tinggi sangat ilmunya tetapi saya seorang ibu biasa seperti diluar sana yang menempuh pengalaman sama dalam kehidupan.
balik kampung petang ni jumpa mak mertua
saya pon rs xsng kalau xdpt habiskan lauk dan nasi dlm pinggan. membazir tu amalan syaitan